Followers

Sunday 6 November 2016

UMNO vs DAP Memahami Realiti Politik Pasca PRU14


Walaupun MMI agak sibuk dengan tugasan harian tidak bermakna MMI langsung tidak mengikuti perjalanan politik negara.Cuma keterbatasan itu menjadi sedikit halangan namun MMI akan berusaha dan akan pastikan untuk terus menulis.

Kali ini MMI nak mengajak semua untuk sama-sama kita hayati apa yang telah diungkapkan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia , Tan Sri Annuar Musa bahawa apa yang bakal kita tempuhi dalam waktu terdekat ini adalah satu pertarungan dua kuasa politik terbesar di Malaysia.

MMI percaya apa yang diungkapkan ini adalah jelas dan ianya perlu difahami dengan sebenar-benarnya supaya kita tidak tersalah langkah.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata persaingan politik dalam negara ini sebenarnya melibatkan antara UMNO yang menerajui kerajaan dan Dap pula mengetuai pembangkang.

Menurutnya itulah hakikat sebenarnya yang sepatutnya menjadi penilaian kepada rakyat dan bukannya berasaskan kepada isu-isu semasa.

“Pusing ikut mana-mana pun kita akan nampak begitu. UMNO menerajui kerajaan manakala Dap mengetuai pembangkang. Kita percaya PKR itu dikawal oleh Dap… Amanah dikawal oleh Dap… Azmin dikawal oleh Dap.

“Dan ini adalah perkara pokok yang kita mesti jelaskan”, katanya pada sidang media sebelum program Pemimpin Bersama Akar Umbi, di Bangunan UMNO Selangor di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi Dap mempunyai latar belakang yang berbeza dengan apa yang ada pada UMNO dan parti komponen BN lain termasuk parti yang berpecah daripada UMNO.

“PKR, PPBM dan Pas adalah parti politik yang berpecah daripada UMNO sedikit sebanyak mereka mendokong asas ideologi yang hampir sama.

“Namun Dap mempunyai DNA politik yang berbeza,” ujarnya.

Oleh kerana itu beliau seterusnya percaya Dap akan meletakkan calon-calon Melayu terutama di Selangor dalam pilihan raya umum akan datang sebagai salah satu strategi mereka agar kerusi yang dimiliki lebih besar daripada rakan-rakan mereka yang lain.

“Manakala PKR dan PPBM dan Amanah akan menjadi ‘junior partner’ …. dan Dap telah berjaya dalam tindakan mereka membuat ‘infiltration’ (menyusup masuk) terhadap rakan kongsi mereka. Mereka telah pecahkan Pas…mereka telah berjaya infiltration dalam PKR… mereka juga saya percaya ‘infiltration’ dalam PPBM sebab itu adalah kaedah politik Dap

“Strategi Dap cukup mudah. Mereka telah berjaya lemahkan MCA dan parti-parti berasaskan kaum Cina yang lain dengan mewujudkan kaedah ‘fear’ dan ‘hate’ masyarakat Cina secara bersentimen”, katanya.

Apabila Dap telah berjaya mengumpulkan sokongan kaum Cina jelas beliau lagi strategi mereka seterusnya adalah  untuk memecahkan orang Melayu.

“…dan untuk pastikan ini Dap terima Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar, dan Mohamad Sabu walaupun mereka tahu ketiga-tiga parti ini ini mempunyai DNA politik yang berbeza dan mempunyai asas ideologi yang berlainan namun mereka sokong kerana mereka tahu untuk menumbangkan BN mereka perlu memastikan berlaku pula perpecahan di kalangan orang Melayu,” ujarnya.

Beliau seterusnya menambah sekiranya berlaku pertukaran kuasa ianya bukan soal perpindahan kuasa tetapi DNA politik itu akan mencorakkan keseluruhan sistem dan struktur pentadbiran dalam sesebuah kerajaan.

“..dan ianya jika berlaku akan memberi impak serta implikasi terhadap sistem politik sesebuah negara,” katanya.-MediaUMNO 

MMI kata masing-masing ada hak untuk menerima atau tidak dan begitu juga dengan pilihan ideologi politik masing-masing.Cumanya MMI nak berpesan janganlah kerana ideologi politik itu kita akhirnya terpaksa menggadaikan apa yang menjadi milik kita hari ini.

INGAT sudah ada dikalangan mereka yang begitu berani untuk menegur titah Sultan walaupun titah itu untuk memelihara keamanan dan perpaduan sesama kaum !

Its up to you guys ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels