Followers

Friday 27 January 2017

Apa Cerita Salleh Man Bila PAS Tolak DAP ???


Pada ketika DAP mula menguasai dan mencengkam Pakatan Rakyat , parti-parti politik yang bersama pada ketika itu bolehlah diibaratkan sebagai terjerat !

DAP dilihat begitu bijak mengatur permainan apabila memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap Anwar Ibrahim yang pada ketika itu masih lagi bebas melata ke serata pelusuk negara menghadiri ceramah-ceramah politik PR.

Sehinggalah Anwar Ibrahim didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara , DAP sedikit demi sedikit mula mengubah strategi dengan menjadikan Pakatan Rakyat sebagai medan untuk mereka menguasai kem pembangkang.

Kesannya apabila berlakunya perpecahan dalam PAS sehingga wujudnya PAN , DAP tidak lagi mahu menoleh kebalakang mereka bukan sahaja mahu melupakan segala jasa PAS selama ini tetapi bertindak lebih dasyat dari itu dengan mengusir PAS daripada Pakatan Rakyat.

Malahan apabila Pakatan Harapan diwujudkan , DAP dengan lantang menolak sebarang usaha untuk membawa masuk PAS bersama dengan parti-parti pembangkang yang lain.

PAS di kecam dengan begitu teruk sekali , bukan sahaja oleh DAP tetapi PAN juga turut berbuat demikian manakala PKR dilihat lebih kepada membisu dan cuba menjaga hati kedua-dua pihak walaupun parti itu dilihat tunduk kepada DAP .

PPBM pula yang hadir kemudiannya dilihat turut berusaha untuk mendapatkan sokongan PAS namun semuanya tidak menjadi.

Paling mengejutkan setelah semua kecaman itu dibuat terhadap PAS , DAP tiba-tiba melalui Lim Kit Siang menghulurkan salam perdamaian serta mengharapkan PAS kembali bersama-sama dengan parti-parti pembangkang yang lain dalam Pakatan Harapan.

Namun keputusan akhir PAS menolak usaha tersebut kerana  tidak mahu terjerat dengan permainan DAP.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, sebelum ini mereka telah dikhianati oleh DAP, oleh itu tidak mungkin Pas terjerat lagi dengan permainan mereka.

“Saya juga merasakan DAP mempunyai strategi dan agenda dengan kembali mengajak Pas bekerjasama. Apa jua keadaan, kita memang tolak kerjasama ini,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan van kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kota Bharu Kelantan.

Persoalannya setelah keputusan tersebut dibuat , apakah yang bakal berlaku terhadap wakil tunggal PAS di Pulau Pinang ?

YB Salleh Man merupakan wakil tunggal daripada parti PAS yang kini menjadi Adun di Permatang Pasir.Selain daripada terlibat dengan konflik sesama PAS di Permatang Pauh , Salleh Man masih lagi menjadi ahli PAS yang terus menyokong Pakatan Harapan.

Dalam satu kenyataannya YB Salleh Man berkata “Saya menafikan akan meninggalkan Pas dan akan sertai Amanah. Saya adalah Adun Pas dan ahli kerajaan. Saya akan bersama dengan Kerajaan Pulau Pinang,” katanya kepada media sebelum ini.

Sebelum itu pada sekitar November 2015 yang lalu , Pas Permatang Pauh telah mengumumkan keputusan untuk memutuskan hubungan dengan YB Salleh Man.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan dalam ulasannya terhadap keputusan tersebut berkata ianya dibuat kerana  Salleh Man dengan jelas menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP dan bertentangan dengan pendirian Pas pusat.

Oleh kerana itu apabila PAS sekali lagi menyatakan pendirian mereka untuk menolak kerjasama dengan parti DAP maka kedudukan dan status YB Salleh Man perlulah diperjelaskan.

Bagaimana YB Salleh Man masih lagi menjadi ahli PAS sedangkan beliau secara terang-terangan menyokong Pakatan Harapan yang ditolak oleh PAS ?

Rasanya PAS perlu segera melihat isu YB Salleh Man ini sebagai keutamaan memandangkan apa jua keputusan yang telah dibuat , banyak pihak khususnya keliru dengan pendirian yang tidak selari ini.

PAS perlu konsisten dalam membuat keputusannya ! sumber

MMI nak kata PAS janganlah senyap pula ! Keputusan kena buat takkan sanggup tengok MARUAH tergadai dekat DAP kot ??

Salleh Man terang-terang sokong DAP , Tak payah ambil tindakan ker ??

Jangan main politik banyak sangat !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels