Followers

Tuesday 14 February 2017

Formula Kit Siang Bakal Ubah DAP Menjadi .....


Sebagai manusia ada masanya kita sihat dan ada masanya kita jatuh sakit ! Itu lumrah dalam kehidupan dan begitu juga MMI , dalam persekitaran yang panas ini demam dan batuk menyebabkan beberapa perkara tertangguh.

Walau bagaimanapun kita punya pilihan untuk merubah keadaan itu dan semuanya terletak pada diri kita sendiri.Begitu juga halnya dengan perkembangan politik semasa , walau kurang sihat tidaklah bererti MMI tidak mengikuti perkembangan dan sesuatu yang menarik telah berlaku dalam tempoh beberapa waktu ini.

Sama ada ianya adalah keputusan bersama atau keputusan individu tertentu MMI tak pasti , cumanya kehadiran Zaid Ibrahim menyertai parti DAP sudah cukup untuk menceritakan apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam DAP dan Pakatan Haprak.

Pada pandangan MMI , ini adalah formula Kit Siang yang sedang terkial-kial menyatukan parti-parti dalam kem pembangkang yang kini dilihat sedang berdepan dengan krisis identiti.Kemasukan PPBM sebagai rakan sekutu sebelum ini walaupun secara tersuratnya dilihat memberikan kelebihan buat Pakatan Haprak , realitinya ia mengundang rasa tidak senang sebahagian besar daripada ahli DAP sendiri.

Bermula di Pulau Pinang lagi , kita sudah melihat bagaimana wakil-wakil DAP dalam DUN sudah memperlihatkan rasa kurang senang mereka dengan agenda kerajaan negeri yang lebih terarah kepada kepentingan peribadi serta kepartian sedang usaha dan agenda melibatkan rakyat jauh tersasar.

Selepas itu lontaran suara ahli akar umbi DAP yang secara total menolak hubungan DAP dengan Tun Mahathir yang dilihat mereka sebagai songsang dan tidak selari dengan dasar parti DAP itu sendiri.

Kemudiannya keputusan 4 orang pemimpin DAP Melaka bertindak keluar parti !


Mereka keluar parti kerana mereka telah hilang kepercayaan terhadap parti dan kecewa dengan barisan kepimpinan. Parti DAP juga telah menyimpang dari matlamat dan objektif parti, alasan-alasan yang kita semua sudah sedia maklum kecuali mereka yang masih terbuai dalam lakonan puak DAP. baca seterusnya di blog Dr MiM

MMI melihat suasana dan keadaan ini bakal mempengaruhi keputusan para ahli DAP selepas ini memandangkan tindak-tanduk pemimpin tertinggi DAP pada hari ini dilihat lebih terarah kepada mengejar kedudukan untuk menguasai Putrajaya.

Desas-desus dan pendedahan yang dibuat oleh Tunku Aziz berkaitan perjanjian sesama DAP dan PPBM untuk meletakkan nama-nama pemimpin dikedudukan nombor satu dan dua nampaknya semakin diperlihatkan melalui usaha yang dilakukan.

Isunya apakah ini yang dimahukan oleh ahli-ahli DAP ?

Menguasai Putrajaya mungkin menjadi sebahagian daripada matlamat mereka tetapi bersama dan bekerjasama dengan PPBM serta Zaid Ibrahim sebagai orang baru dalam DAP ?

MMI tak nampak gandingan ini bakal menghadirkan sesuatu yang baik khususnya kepada penyokong-penyokong DAP sebaliknya apa yang bakal berlaku sekiranya Pakatan Haprak berjaya menguasai Putrajaya adalah ; 

Perebutan untuk menguasai kedudukan hiraki tertinggi sesama parti melibatkan DAP , PPBM , PAN , PKR akan berlaku !

Ahli-ahli dan penyokong DAP di akar umbi akan sekali lagi dipergunakan untuk kepentingan politik mereka-mereka yang menguasai Dinasti Lim seperti mana yang kini sedang berlaku di Pulau Pinang !

Banyak agenda DAP tidak boleh dilaksanakan atau ditentang oleh parti-parti dari Pakatan Haprak sendiri khususnya melibatkan dasar kesamarataan memandangkan kehadiran PPBM bersama Tun Mahathir bukanlah atas asas tersebut.

So untuk apa Kit Siang , Guan Eng dan konco-konco Dinasti Lim bermati-matian mempertahankan hubungan tersebut ?

Penyokong DAP harus sedar apa yang sedang berlaku dan sedang diusahakan itu bukanlah untuk kamu ! Sebaliknya ia dibuat atas dasar untuk menguasai kedudukan tertinggi dan memenuhi agenda peribadi mereka-mereka yang bersekongkol dalam Dinasti Lim !

Dan kehadiran Zaid Ibrahim sebagai ahli keluarga DAP yang baru sebenarnya bukan atas dasar keyakinan terhadap parti itu tetapi dengan agenda untuk meminimakan penguasaan Dinasti Lim supaya PPBM dan Tun Mahathir lebih berperanan dalam menentukan hala tuju Pakatan Haprak !

Sebagai ahli DAP yang baru Zaid sudah pun memperlihatkan kecenderungannya terhadap Tun Mahathir apabila menyatakan dengan jelas sokongannya terhadap Tun Mahathir.
KUALA LUMPUR, Feb 10 ― Datuk Zaid Ibrahim believes Tun Dr Mahathir Mohamad is currently the de facto Opposition Leader despite repeated denials by Pakatan Harapan.
Zaid, in an interview with Malay Mail Online, said the former prime minister is currently the only leader with the calibre to unite and lead the Opposition in the absence of Datuk Seri Anwar Ibrahim who is in prison.
“I think he is the de facto leader now,” Zaid, a former party colleague of Dr Mahathir, told Malay Mail Online.
“He is the only leader with an opinion, strong, who has the experience,” he added.continue 
Dan melihat keyakinan Zaid sebagai ahli DAP terhadap Tun Mahathir , Apakah ini juga petanda bahawa pendedahan Tunku Aziz itu benar ?

Sebab itulah MMI kata formula Kit Siang ini bakal merubah DAP menjadi parti bertaraf Pak Angguk dan tidak lagi mampu mengawal serta menguasai Pakatan Haprak seperti mana yang telah mereka lakukan sebelum ini.

Akhir sekali MMI tertanya-tanya  , Apakah DAP sebelum ini percaya dan menerima Tun Mahathir ?

Semua game bro !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels