Followers

Friday 14 April 2017

Lagi Kepincangan DAP Yang Bakal Hilang Dari RADAR ROKET !!


Kalau kita perhatikan DAP ni cukup suka bila timbul isu-isu tentang UMNO dan kerajaan BN lebih-lebih lagi isu-isu membabitkan wakil-wakil parti yang angkat kaki.Tengok macam mana DAP berpesta apabila Tun Mahathir dan suku-sakatnya umum tinggalkan UMNO , siap boleh berpeluk lagi lupa segala apa yang pernah berlaku sebelum tu.

Bab ambil kesempatan politik jangan cakaplah , habis di seluruh negara dicanang dan agen-agen DAP yang lain macam PKR ,PAN , PPBM pun sama-sama balun hentam UMNO dan BN.

Tapi bila kena batang hidung sendiri puak-puak ni selamba ja , keluar "statement" bodoh dan bingai macam DAP ni tak ada apa-apa.

Untuk makluman semua , DAP pun sebenarnya tengah kelam kabut dan berdasarkan apa yang MMI dengar (macam Rafizi jugalah "hearsay" hehehe) disemua peringkat sekarang ni sudah pun berlaku rungutan dan pertikaian tentang penguasaan Dinasti Lim yang terlalu mencengkam sampai tahap kuku besi.

Puak-puak DAP yang lain dah tak boleh nak terima lagi dah cara konco-konco Dinasti Lim ni sebab pada anggapan mereka ianya sudah terlalu keterlaluan !

Antara yang terbaru UGUTAN daripada Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Dr Edwin Bosi (gambar atas) yang sebelum ini dispekulasikan bakal keluar DAP, kini mengugut partinya bahawa beliau akan bertanding sebagai calon Bebas atau menyertai parti lain jika beliau tiada dalam senarai calan untuk PRU-14.

Ini adalah berikutan khabar angin khabar angin tercetus bahawa beliau tidak lagi dicalonkan untuk mempertahankan kerusi DUN Kapayan.

Edwin berkata beliau masih menunggu keputusan daripada Pengerusi DAP negeri itu, Stephen Wong mengenai kedudukannya itu.

“Saya ada bertanya Stephen ketika mesyuarat Jawatankuasa Negeri baru-baru ini dan beliau mengatakan tidak dapat memberi jaminan sama ada saya akan dicalonkan semula atau tidak.

“Sehubungan itu, saya mahu pengerusi memberikan keputusan mengenai kedudukan saya dan jika sah saya tidak lagi dicalonkan di Kapayan, saya akan bertanding sebagai calon Bebas atau menyertai parti lain,” katanya, Khamis.

Sampai ugut bro !!!!

MMI yakin mamat ni kemungkinan boleh kelal sebab ugut tapi kalau benar apa yang dia kata MMI yakin dan pasti semua benda ni akan hilang dari radar roket !

Tak percaya ampa tunggu !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels