Followers

Wednesday 12 July 2017

Tun Mahathir BISU Kerana Rasuah Politik DAP


Sehingga artikel ini ditulis Tun Mahathir masih lagi membisu berhubung isu pemilihan CEC parti DAP yang sudah pun diarahkan oleh RoS supaya parti itu mengadakan semula pemilihannya.

Ramai yang sedar kemelut yang membelenggu parti cauvinis itu bukanlah disebabkan kerja-kerja sabotaj mana-mana pihak seperti mana yang diwar-warkan oleh suku-sakat DAP tetapi disebabkan oleh ketidakpuasan hati ahli daripada parti itu sendiri.

Ahli-ahli DAP itu kemudiannya membuat laporan kepada RoS dan sejak itu siasatan telah pun dilakukan.

Semenjak itu jugalah tidak ada mana-mana pihak daripada DAP khususnya pimpinan yang kini bermaharajalela dalam Dinasti Lim mengambil kisah tentang laporan dan dakwaan yang dikemukakan kepada RoS malah mereka lebih terarah untuk menganggap ianya sekadar satu lagi permainan politik sehingga ada dikalangan ahli DAP sendiri yang dipecat atas pelbagai alasan walaupun kita tahu alasan utamanya kerana terlibat dalam laporan dan dakwaan tersebut.

Kini setelah keputusan dibuat maka DAP perlulah segera mengadakan pemilihan semula dan ianya harus dipantau oleh pihak RoS termasuklah memberikan tempoh masa tertentu yang mewajibkan parti tersebut menyelesaikan pemilihan semula.

Bukannya menjadi Pak Turut dan Cina Buta yang hanya menunggu tindakan DAP tetapi tampil sebagai badan yang MAMPU memberikan ARAHAN sejajar dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Dalam masa yang sama MMI melihat peranan khususnya seorang pemimpin yang hari ini mengaku kononnya begitu komited dalam hal ehwal membabitkan penyelewengan , rasuah , salah guna kuasa dan yang seangkatan dengannya.

Di mana pemimpin ini tatkala isu membabitkan hal perundangan yang sebenarnya sudah pun menjadikan status parti DAP itu sebagai HARAM mula dipersoalkan ?

Mana suara Tun Mahathir ????

Beliau seharusnya tampil dan mengarahkan DAP supaya segera menyelesaikan permasalahan yang berlaku mengikut peruntukan undang-undang sedia ada bukannya membisu seribu bahasa.

Kalau kita amati apa yang disuarakan oleh Tun Mahathir semenjak menjadikan DAP sebagai sahabatnya maka jelas sikap membisu ini adalah disebabkan oleh kepentingan politik yang kini menjadi agenda utama untuk menjatuhkan kerajaan BN dan kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Apatah lagi dalam tempoh waktu terdekat PRU14 bakal mengambil tempat sudah tentulah sikap membisu ini dilihat sebagai berkepentingan.

Percayalah bahawa sikap sedemikian merupakan amalan RASUAH yang MMI labelkan sebagai RASUAH POLITIK !

Tun Mahathir yang sering menyerang kerajaan BN kononnya tidak telus dan mengamalkan rasuah serta menekan rakyat akhirnya terkulai di tangan DAP walaupun apa yang berlaku dalam parti DAP itu adalah satu tindakan yang rasanya jauh lebih dasyat dan hina daripada tuduhannya terhadap UMNO , kerajaan dan YAB Perdana Menteri.

Realitinya walaupun ramai yang beranggapan Tun Mahathir hari ini tidak ada bezanya dengan Guan Eng dan Lim Kit Siang tetapi sedarlah wahai warga Malaysia , Tun Mahathir hari ini jauh lebih teruk dari itu apabila tunduk dan bisu semata-mata kerana RASUAH POLITIK DAP !!!

Hancing beb !!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels