Followers

Friday 13 April 2018

Bukti Kenapa Akta Berita Palsu Itu Penting


Tular di media sosial beberapa hari lalu tentang satu poster melibatkan program Barisan Nasional Permatang Pauh yang telah diubah suai sehingga mendapat reaksi banyak pihak. 

Seperti mana yang dapat kita lihat dalam kedua-dua poster diatas jelas sekali ianya merupakan satu tindakan yang amat mengelirukan apabila maklumat sebenar diubah sehingga ada dikalangan mereka-mereka diluar sana percaya.

MMI sewaktu menjelajah dalam talian turut menemui pautan-pautan tertentu yang secara jelas menyebarkan poster ubah suai tersebut dan dari cara pengolahan dan penyampaiannya pihak yang terlibat mereka menganggap ianya adalah benar.

Satu perkara yang amat membahayakan kerana ia mencetuskan satu tanggapan negatif, contohnya dalam penyebaran poster cermin mata yang diubah kepada baju dalam.

Kerana itulah akhirnya Cikgu Zaidi selaku Pengerusi BN Permatang Pauh membuat keputusan untuk membuat laporan polis seterusnya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat.

Kebetulan pula Akta Berita Palsu turut sama diwartakan pada 11 April 2018.

Nak dijadikan cerita, MMI antara yang mendapat panggilan telefon dari seorang kenalan yang kebetulan mengenali pihak yang terlibat !

Melalui percakapan kami, MMI difahamkan pihak yang terlibat itu sudah tidak senang duduk memandangkan respon berkenaan penyebaran poster terbabit telah mendapat perhatian diseluruh negara.

Bimbang dengan laporan polis dan bimbang dengan Akta Berita Palsu yang memperuntukkan denda maksimum RM500 ribu pihak terlibat dikatakan mahu bertemu dengan Cikgu Zaidi dan membuat permohonan maaf.

Akhirnya satu pertemuan berlaku di Permatang Pauh dan MMI mendapat makluman kedua-dua pihak telah menyelesaikan isu yang berbangkit.


So apa yang MMI nak sampaikan disini adalah keputusan pihak kerajaan untuk mewartakan Akta Berita Palsu adalah tepat dan apa yang berlaku dalam isu membabitkan BN Permatang Pauh ini adalah BUKTI kenapa akta ini perlu diwujudkan.

Sama ada sedar atau tidak kerana kewujudan akta inilah pihak yang terlibat tampil membuat permohonan maaf kepada Cikgu Zaidi.

Bayangkan sekiranya kita masih lagi belum mempunyai akta sedemikian ?

Jom sokong Akta Berita Palsu dan sama-sama kita tangani FITNAH !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels