Followers

Monday 10 September 2018

Bila Mereka Sudah Mendapat Kuasa !


Sejak Pakatan Harapan berjaya mempengaruhi rakyat Malaysia dengan pelbagai janji manis sepanjang siri kempen pada PRU14 yang lalu, rata-rata rakyat begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk melibat kerajaan Barisan Nasional ditumbangkan.

Ketidaksabaran itu bukan hanya terarah kepada penggerak-penggerak parti dalam Pakatan Harapan yang juga rakyat Malaysia tetapi turut menjadi tumpuan rakyat biasa. Mereka mahu melihat BN segera ditumbangkan dan ada di kalangan mereka juga mahu supaya Najib Razak dijatuhkan.

Rata-rata rakyat Malaysia mahu segera dibebaskan daripada apa yang mereka istilahkan sebagai beban ( tak perlu bayar GST, hutang PTPTN dihapuskan, harga minyak petrol dikurangkan kepada  RM1.50 seliter, Tol dimansuhkan dan banyak lagi).

Modus operandi Pakatan Harapan ini telah dimudahkan lagi dengan kehadiran bekas pemimpin UMNO sendiri iaitu Tun Mahathir. Beliau bukan sahaja hilang deria politik tetapi menjaja cerita-cerita berunsur fitnah malah mendiamkan diri tanpa sepatah pun perkataan walaupun ada berita-berita yang disampaikan kepada rakyat oleh pemimpin lainnya adalah jelas fitnah tanpa sebarang bukti kukuh melainkan ungkapan-ungkapan propaganda dan menimbulkan persepsi.

Tuduhan perompak dan merompak adalah makanan ruji harian walaupun kita tahu siapa sebenarnya perompak !

Hakikatnya tanggal 9 Mei 2018 keputusan PRU14 secara rasminya telah berpihak kepada Pakatan Harapan dan sudah tentu kumpulan ini perlu membentuk kerajaan. 

Seperti mana semua sedia maklum Tun Mahathir mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia.

UMNO menerima keputusan ini dalam pelbagai keadaan dan sampai ke saat ini UMNO telah pun menjadi pembangkang di Malaysia.

Satu keadaan dan situasi yang memerlukan perancangan teliti memandangkan ini pertama kali UMNO menjadi pembangkang setelah lebih dari 60 tahun sebagai kerajaan.

Walaupun ada suara-suara minoriti di luar sana yang resah dengan perkembangan ini, MMI percaya penelitian terhadap langkah seterusnya jauh lebih penting. Biar geraknya sedikit perlahan tetapi hasil daripada penelitian itu mampu memberikan impak yang besar kepada parti yang harus bangkit kembali.

Tak perlu MMI terangkan panjang lebar apa penelitiannya atau apa perancangannya lagi pun rakyat sudah pun membuat keputusan pada PRU14 yang lalu untuk menolak UMNO jadi tak perlu kelam kabut.

Biar UMNO tentukan hala tujunya sendiri dan sampai masa ianya akan berlaku !

Dalam semua keadaan itu, rasanya di waktu artikel ini ditulis, ramai kalangan mereka di luar sana sudah pun merasai sendiri situasi PERUBAHAN yang begitu didambakan sebelum ini.

Hakikatnya PERUBAHAN itu telah pun berlaku cumanya ia bukan berdasarkan JANJI tetapi berubah daripada JANJI kepada satu siri PEMBOHONGAN yang merujuk kepada KEGAGALAN !

Janji 100 hari dan pelbagai kepincangan di peringkat kementerian yang membawa kepada berlakunya perkara-perkara paling ANEH seperti permohonan maaf kerana tersilap bicara dan kesilapan titik perpuluhan selain menyalahkan kerajaan terdahulu adalah satu tindakan yang cukup memalukan !

Sedarlah bahawa rakyat telah dipergunakan dalam siri PEMBOHONGAN politik paling besar pernah dicipta dalam sejarah politik negara dan rakyat sudah pun menjadi mangsa.

Tidak cukup dengan itu kerajaan Pakatan Harapan mencipta KEGAGALAN paling dasyat dalam sejarah pentadbiran negara dan sudah pasti rakyat jugalah yang menjadi mangsa.

Realitinya disebalik semua perkara diatas, tanpa kita sedar sebenarnya turut wujud elemen perkauman dan keinginan untuk berkuasa yang sudah begitu lama disimpan.

Di waktu orang-orang Melayu sedang dipergunakan ..... ada bangsa lain menyepi malah mampu pula untuk ke hulu dan ke hilir malah hadir beramai-ramai dalam acara-acara besar.

Dulunya sewaktu GST diperkenalkan kumpulan inilah yang paling menentang dan menjadi jurucakap bebas menyampaikan dakyah kononnya kerajaan zalim tapi kini apabila SST diperkenalkan dengan kadar yang sama malah jauh lebih tinggi, kumpulan ini hilang ! Suara mereka tiba-tiba lenyap dari muka bumi Malaysia !

Kenapa ????

Mereka sebenarnya adalah kumpulan yang paling berkira di waktu itu malah tidak sesekali mahu berkongsi dengan semua rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu dan kenapa pada hari ini kumpulan yang sama langsung tak kisah dengan SST, harga petrol dan lain-lain ?

Mereka sudah mendapat KUASA !!!!!!!!

KUASA itu bukan biasa-biasa kerana mereka punya kaki dan tangan untuk membentuk acuan mulut sang pemimpin yang mengaku bekerja untuk rakyat lebih dari 20 jam dan mungkin kerana jam itulah akhirnya berlakunya pemberian projek bernilai jutaan ringgit untuk si anak dan hal membabitkan syarikat minyak !!!!

Tidak cukup dengan itu kerana kuasa-kuasa inilah juga kumpulan yang sama akan sekali lagi mempergunakan kedudukan mereka untuk menjadikan proses pilihanraya sebagai alat mainan apabila Anwar Ibrahim diberitakan akan kembali dalam sedikit masa lagi yang akan menuntut salah satu kerusi parlimen dikosongkan.

Mereka kecoh dengan semua itu ... bagaimana dengan janji kepada rakyat ?

Haa tepuk .....

MMI

10 comments:

  1. Kami tak kisah janji 100 hari tuu..
    Misi singkir Najib berjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BODOH KE BENGAP

      Delete
    2. Mulut kata tak kisah, tapi dalam hati menangis menghiba sebab semua dah kena kantoi kena kenching Atok. Kesian, jangan risau, nanti PRU15 pangkah je BN/PAS. Anda mampu mengubahnya.. kih kih kih.

      Delete
    3. Abah Turon, bila kau nak celik? Jangan lama sangat lena, bangun & lihat sekeliling kau

      Delete
    4. bangkai abah turon ni....

      Delete
    5. Abah turon ni spesis mna...? Melayu islam ker atau sesat dr hutan mna....?
      Ini org tiada sensor kemelayuan rakyat yg mewsrisi negara ini dr turun temurun.. yg hidup dn mati hny di tanah air ini. Tiada lg tmpat lain utk ank mlyu tumpang hidup mghirup udara Allah taala.. ttpi amat malang sekali jk abah turon ni dr keturunan mlyu yg mnjd pndokong kehancuran org mlyu sndiri. Spa diri anda utk menidakkan keutamaan bgsa mlyu tuan empunya tanah air ini.. adakah kmu dr keturunan si kitol yg mnjual melaka kpd portugis.. akhirnya org mlyu dijajah beratus tahun.. dicucuk hidung tanpa bebas mlkukan apa yg diwariskan dr Nabi saw dn malu utk mghayati budaya melayu yg hmpir ditinggalkn oleh golongan muda. Ini semua adalah kesan buruk dr fahaman golongan Abah turon yg mnjdi perosak bgsa melayu dn islam di negara ini... Abah turon tdk menyedari kerana masih tidur di siang hari kerana dibuai hayunan dap. Klu abah turon ni mlyu bererti dia sedang belot trhadap bgsanya sendiri. Dia sedang meracuni dan merosakkan pemikiran org2 mlyu
      Mk org ini sgt merbahaya kpd org mlyu. Org2 mlyu perlu memikirkan di mna tmpat yg sesuai utk org2 spt ini...

      Delete
  2. mmg lh x kesah sbb uneducated(bodoh).. haha

    ReplyDelete
  3. najib dah jatuh so what, apa yang kau dapat? lu tanya lu jawab , hahaha

    ReplyDelete
  4. Kita melayu mesti sedar diri. Siapa melayu di tabah melayu dan siapa cina di tanah melayu..
    Siapa tuan rumah dan siapa tetamu.. Tetamu tanah melayu di bagi betis nk paha, skrg dah naik kepala..
    Melayu yg tak faham dan tak sedar keadaan yg sebenar akan biar dan anggap cina2 ini adalah rakyat tanah melayu..

    ReplyDelete
  5. Seperti Qarun yang lapar harta, Deware lapar kuasa! buat apa saja! fitnah dan pembohongan memang pakaian dan budaya darah dia!

    ReplyDelete

Labels