Followers

Showing posts with label Chua Soi Lek. Show all posts
Showing posts with label Chua Soi Lek. Show all posts

Friday, 2 August 2013

GEMPAR Chua Soi Lek Akan DIGULINGKAN !! Eloklah Tu ...


Sebelum ini pun MMI dah kata Chua Soi Lek harus letak jawatan kerana MCA secara keseluruhannya GAGAL dalam segala segi.Sebagai parti yang mengaku membawa suara kaum Cina di Malaysia seharusnya parti ini jauh lebih kuat dan mendapat sokongan akar umbi namun mungkin kerana faktor politik pembangkang menjadikan MCA seolah-olah tidak bernyawa.

Bagi MMI jangan hanya menyalahkan pembangkang kerana dari pemerhatian MMI sendiri MCA mempunyai masalah apabila di peringkat akar umbi pun wakil-wakil parti ini di lihat GAGAL menjalankan kerja-kerja politik mereka malah di sesetengah kawasan langsung tidak aktif.

Terkini sudah ada suara dari kalangan pemimpin MCA sendiri yang mahukan Chua Soi Lek supaya berundur.



Tukar saja dan pastikan pemimpin selepas ini mampu menggalas tanggungjawab , jangan pilih yang hanya pandai cakap saja tak guna !! Bila dah ada ganti jangan lupa buat kerja elok-elok ....

MMI

Monday, 15 July 2013

Aku Dah Cakap Ada BARUA Dalam BN !!!


Tak tahulah apa lagi yang di biarkan , dalam tempoh masa 2 tahun kebelakangan ini sebenarnya dah ramai orang Melayu khususnya ahli-ahli UMNO yang di tipu oleh puak-puak cauvinis ini.Kalau 2008 yang lalu ianya diibaratkan sebagai "lesson" daripada rakyat kepada kerajaan kini selepas PRU13 rasanya ia bukan "lesson" lagi tetapi kerana kelemahan yang sememangnya berlaku dalam komponen Barisan Nasional itu sendiri.

Mana perginya hampir sejuta lebih ahli MCA ? Jangan dok menipu lah kalau bukan beralih arah kepada rakan lelap mereka DAP.

Malah tindak tanduk mereka sejak kebelakangan ini juga cukup jelas menunjukkan kegagalan paling maksima MCA dalam berdepan suasana politik tanahair.

PRU13 , apa yang di sumbangkan oleh MCA ? HANYUT !!! Chua Soi Lek selaku Presiden parti pun tak mampu lagi mengekang tabloid utama mereka , lihat saja The Star apakah ianya masih relevan sebagai saluran media Barisan Nasional ? Huh HAMPEH !!!

Terkini pula dok kalut kononnya kecewa apabila ramai pelajar Cina gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2013/14. 

Menurut Soi Lek, dia akan membawa isu ini kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana kononnya menjadi tanggungjawab MCA untuk mempertahankan kepentingan dan kebajikan orang Cina.

Alo brader.... lu mau bising apa? Orang Cina dah tak mau MCA lagi. Lu duduk diam-diam layan cucu lagi baik. Biar orang Cina jumpa DAP mintak selesaikan masalah ni. Lu lupa ke, berapa ramai Cina yang bagi undi kat MCA berbanding yang bagi undi kat DAP? Lu jangan sibuk-sibuk, Cina dah tak suka sama lu.

Dan juga MCA jangan la pulak kata kononnya nak mempertahankan kepentingan dan kebajikan orang Cina, sebab kalau betul MCA nak jaga kepentingan dan kebajikan orang Cina, tentu ADUN Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong tak akan dikenakan apa-apa tindakan oleh MCA kerana menerima jawatan EXCO dalam pentadbiran kerajaan Johor. Walhal suara Datuk Tee itu adalah suara untuk mempertahankan kepentingan dan kebajikan masyarakat Cina! Aiyaaa Soi Lek... wa ingat lu sudah nyanyuk la!!!

Sebelum ni pun MMI dah sarankan supaya Soi Lek ni berundur bukan apa sebab LENGAI sangat !! Naik meluat dah tengok MCA ni sebab cakap banyak kerja HAMPEH !! Baca Sini 

Sudahlah jangan main sorok-sorok lagi , MCA dalam komponen Barisan Nasional ibarat JASAD tanpa ROH..Sesuatu perlu di lakukan bagi membuktikan kesetian MCA terhadap Barisan Nasional.

Bagaimana ?? Chua Soi Lek harus berundur kerana beliau bertanggungjawab terhadap prestasi BURUK MCA sejak pilihanraya 2008 yang lalu bukan dengan buat kalut kononnya nak perjuangkan kaum Cina !!


MMI

Thursday, 27 June 2013

Kerja Tak Buat Bercakap Banyak !! Lu Apa Hal ???


Jika melihat kepada keputusan PRU 12 & 13 sudah cukup untuk menggambarkan betapa lemahnya pasukan MCA dalam membantu Barisan Nasional bagi mencapai kemenangan.Malah di beberapa kawasan kelibat MCA boleh di katakan langsung tidak kelihatan.Pengalaman MMI sendiri , kepimpinan MCA di peringkat akar umbi langsung tidak membantu jentera Barisan Nasional yang bertungkus-lumus bekerja untuk parti.

Sama ada pihak tertentu nak terasa dengan apa yang MMI catatkan di atas terpulanglah kerana itu adalah hakikatnya dan MCA khususnya kepimpinan utamanya harus menerima kenyataan ini.

Begitulah MCA dalam suasana penuh dramatik yang melanda kem sendiri pun mereka masih lagi mahu bersuara.Nak tahu juga yang bersuara tu untuk siapa agaknya ?? Ada sorang kawan tu siap maki hamun lagi sebab katanya sepanjang proses pilihanraya apa yang mereka (MCA) buat ? 

Chua Soi Lek selaku Presiden MCA seharusnya menerima kekalahan besar yang menimpa parti pimpinannya dalam pilihanraya lalu dan menjadikan ianya sebagai kayu ukur untuk terus bersuara.Beliau seharusnya sedar bahawa majoriti kaum Cina di Malaysia menolak MCA malah ianya sudah di kesan sejak PRU12 yang lalu.

Namun apakah MCA sedar akan perubahan ini ? Rasanya tidak dan mereka terus-terusan alpa dalam merangka strategi serta perancangan untuk mendapatkan kepercayaan kaum Cina untuk terus bersama MCA dan Barisan Nasional.

Terkini Chua Soi Lek bersuara lagi beliau menggesa kerajaan Melaka beserta majlis perbandaran supaya membenarkan pedagang-pedagang Cina untuk terus menjalankan perniagaan mereka di pasar malam Jonker Walk.

Beliau mahukan lalulintas di Jonker Street kembali disekat seperti sediakala agar kenderaan yang lalu lalang tidak menghindar kegiatan bisnes orang Cina.

Dalam kenyataan akhbarnya semalam, Dr Chua berkata:
“The famous Jonker Street in Malacca was created to showcase not just about the variety of Chinese and Baba Nyoya local delicacies and cuisine but also the rich cultures of Malaysia.”
Betulkah Jonker Street ada mempamerkan kekayaan pelbagai budaya Malaysia ataupun ia sebenarnya lebih menjurus kepada penjualan barangan tiruan buatan Republik Cina?  

Tidak cukup dengan itu turut membantah keputusan tersebut ialah timbalan presiden MCA Liow Tiong Lai yang mengkehendaki Jonker Walk dibuka semula dengan segera.

Bercakap di sidang akhbar semalam, Liow berkata, “Kami tidak bersetuju dengan tindakan (Ketua Menteri Melaka) itu”.

Pada sidang media yang sama, ketua pemuda MCA Dr Wee Ka Siong menegaskan bahawa “Jonker Walk bukanlah punca kepada kesesakan lalulintas yang berlaku di bandaraya Melaka”. Baca Sini 

Presiden MCA Dr Chua menjelaskan tangan mereka terikat kerana partinya tidak mempunyai wakil exco dalam kerajaan negeri. sumber 

Nampak sangat apa yang sedang dilakukan oleh MCA dan mungkin mereka sedang berusaha untuk menjadi hero kepada kaum Cina dengan berjuang untuk survival peniaga-peniaga di Jonker Street yang majoritinya adalah kaum Cina.


Kepada pimpinan MCA kalau nak buat kerja pun bukan macam ni punya kerja..Jangan ingat orang kat luar tak nampak apa yang kamu lakukan , senang cerita kalau betul nak perjuangkan nasib peniaga di Malaysia kenapa hanya bersuara tentang Jonker Street ? Kenapa tidak bersuara tentang nasib peniaga-peniaga lain khususnya bangsa Melayu yang dah lama di tindas oleh Rejim DAPigs di Pulau Pinang ?

Alo brader lu apa hal ? Buat kerja jangan asyik bercakap !!!!

Baca juga di SINI 

MMI.

Monday, 5 November 2012

MCA Cabar Pakatan Haprak !!


Nampaknya isu melibatkan HUDUD sudah memasuki era baru bilamana parti politik bukan Islam juga sering kali membicarakannya.Tidak salah mereka membicarakan soal HUDUD namun MMI lebih suka sekiranya ianya dibicarakan dalam konteks ilmiah bukannya dipolitikkan sepertimana yang dilakukan PAS dan Pakatan Haprak sebelum ini.

Kesan daripada itu maka seluruh umat Islam di Malaysia dapat melihat dengan jelas sekali bagaimana PAS yang kononnya meletakkan Islam sebagai perjuangan utama mereka sanggup bersahabat pula dengan DAP sedangkan DAP sendiri secara terang-terangan menolak Islam khususnya dalam pelaksanaan HUDUD (kenyataan Karpal Singh langkah mayat aku dulu).

MCA juga tidak terlepas daripada terlibat dalam insiden ini dan sebahagian besarnya menjadi mangsa komplot juak-juak Pakatan Haprak dalam isu HUDUD.Apa pun yang berlaku MCA sudah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mereka dan ianya sangat menarik untuk kita baca.

KENYATAAN RASMI PRESIDEN MCA MENGENAI ISU HUDUD VERSI PAS

1. Saya ingin merujuk kepada fitnah permainan politik Pakatan Rakyat berhubung dengan isu pendirian MCA berkaitan dengan perjuangan Enakmen Hudud PAS bahawa kononnya MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia.

2. Saya telah berbincang dengan Ustaz Fathul Bari dari Pertubuhan Ilmuan Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan dari beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.

3. Ingin saya tegaskan di sini bahawa, ketika MCA bangkit untuk menentang perjuangan Enakmen Hudud versi PAS, MCA sebenarnya tidak menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politk ( PAS ) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama ( Islam ). Isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik ( PAS ) itu adalah agama Islam.

4. Saya seringkali menyatakan bahawa pendirian politik Pakatan Rakyat selalunya konsisten untuk tidak konsisten. Dahulu Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh sendiri bangkit mempersoalkan Sultan Perak,Sultan Azlan Shah mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Istana seharusnya bebas daripada sebarang penglibatan politik. Namun begitu , dalam isu pertikaian MCA terhadap Hudud versi PAS pula Pakatan RAKYAT hendak melibatkan Yang di Pertuan Agong demi memenuhi hawa nafsu dan kepentingan politik mereka sendiri.

5. Sekirannya Pakatan Rakyat benar–benar konsisten untuk memperjuangkan keadilan demi agama dan umat Islam, maka mengapa mereka hanya berdiam diri apabila pemimpin DAP iaitu Ngeh Koo Ham dalam tweetnya yang jelas menunjukkan beliau menghina dan memperlekehkan Islam apabila beliau menyatakan protest umat Islam terhadap Sam Bacile adalah satu perkara yang terlalu membazir masa dan tenaga. Peliknya juga dalam isu penghinaan Islam oleh pemimpin DAP ini mendapat ramai pemimpin PAS yang keluar menyokong dan mempertahankan beliau.

6. Selain itu, kami telah bersama menuntut kemerdekaan negara dan membangunkan negara hingga ke tahap ini. Tidak pernah sekalipun MCA melakukan sesuatu tindakan yang mengecam Agama Islam dan pengamalannya di Malaysia.

7. Sepertimana MCA menghormati agama-agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu, MCA juga peka dan menghormati sensitiviti umat Islam negara ini, apatah lagi, Islam adalah agama rasmi persekutuan.

8. Hal ini terbukti dengan sokongan dan penerimaan MCA terhadap perlaksanaan Rukun-rukun Islam di negara ini seperti pembinaan masjid-masjid, institusi Tabung Haji yang memudahkan umat Islam menunaikan haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah-sekolah Agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan yang paling utama, MCA tidak pernah menentang malah menyokong dan mendokong bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dengan agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sejak Merdeka.

9. Rakyat perlu tahu pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam. Manifesto PAS 1986 dalam muka surat lima menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan. “Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam. 

Oleh itu, dalam sesebuah Negara yang demokratik maka MCA hendak menyeru Pakatan Rakyat supaya meletak kembali Hudud sebagai salah satu manifesto mereka dalam pilihan raya akan datang ( PR 13 ) sepertimana PAS meletak manifesto Hudud terhadap bukan Islam pada pilihan raya 1986 demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi.

10. MCA juga ingin mencabar pendirian PAS dan PKR dalam isu berkaitan tentang kenyataan Karpal Singh supaya melangkah mayat beliau dahulu sekirannya Negara Islam hendak ditubuhkan di Negara kita dan sama ada kenyataan tersebut merupakan kenyataan yang berbaur menghina Islam atau tidak. Keduanya , mereka juga perlu menyatakan pendirian mereka terhadap Tweeter Ngeh Koo Ham sama ada tweetnya yang mengatakan Are Muslim Wasting Too Much Time and Energy On This ( Protest Sam Bacile )?

11. MCA sekali lagi hendak mencabar pendirian DAP sama ada mereka bersama – sama MCA menentang pelaksanaan Hudud Versi PAS atau tidak ? Sekirannya mereka menyatakan mereka tidak berkongsi pendirian yang sama dengan MCA dalam isu Hudud versi PAS maka mereka perlu tampil memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong pelaksanaan Hudud Versi PAS di negara kita. Diharapkan DAP tidak lari dan sembunyi daripada cabaran pendirian mereka dalam isu ini. Mereka hanya perlu menyatakan pendirian sokong atau tidak.

12. Justeru itu, saya sebagai Presiden MCA ingin menegaskan bahawa MCA adalah sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi. Oleh itu, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi maka Pakatan Rakyat perlu meletak Hudud versi PAS dalam manifesto mereka dalam Pilihan raya yang akan datang (PRU 13).

Seandainya ia diterima dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia maka MCA akan menghormati kehendak rakyat Malaysia.

DATUK SERI DR CHUA SOI LEK
PRESIDEN MCA

Thursday, 25 October 2012

Isu Hudud - Pakatan Haprak Mula Bertempik !!!!!


Puak-puak Pakatan Haprak nampaknya bersungguh-sungguh menggunakan talian hayat yang ada untuk betul-betul menghentam UMNO dan BN.Jika sebelum ini mereka terdesak dan ketandusan isu kini dengan isu Datuk Seri Chua Soi Lek serta MCA yang dikatakan menolak hudud maka bertempik sakanlah juak-juak Paktan Haprak termasuklah mereka-mereka  yang bukan dari kalangan orang Melayu Islam.

Pakatan Haprak Perak akan menghantar surat kepada Sultan Perak yang juga Ketua Agama Negeri berhubung tindakan MCA khususnya Datuk Seri Chua Soi Lek tidak henti-henti menghina Islam.

Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik berkata, surat berhubung perkara itu juga akan dihantar kepada Mufti dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kenyataan Soi Lek sebelum ini jelas mengherdik agama Islam dan menceroboh ke dalam urusan hal-ehwal agama Islam.

Kata beliau, perbuatan Chua Soi Lek sangat menyentuh sensitiviti umat Islam dan berpotensi menyebabkan ketegangan kaum dan agama.

Ekoran itu juga, Pakatan Haprak Perak ujarnya turut mencabar kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Soi Lek atas Akta Hasutan.

Tu dia punya kalutnya puak-puak ni bila kena dekat orang !!

MMI pun hairan macam mana puak-puak tu boleh kata Soi Lek tak henti-henti hina Islam ? Lepas tu pula siap bagitau ianya menyentuh sensitiviti umat Islam dan berpotensi menyebabkan ketegangan kaum dan agama. 

MMI tak nafi kenyataan Soi Lek salah dan MMI antara blogger yang turut memuatkan entri mendesak supaya beliau memohon maaf di atas tindakannya Baca Sini namun melihat juak-juak Pakatan Haprak dengan tindakan sedemikian rupa mengingatkan MMI terhadap tindakan mereka sebelum ini yang juga melibatkan isu yang hampir sama.




Jika isu Soi Lek tindakan terus digerakkan bagaimana pula dengan kes Karpal Singh yang terang-terangan menolak Islam malah perkataan yang keluar dari mulut beliau lebih dasyat bilamana ungkapan "Langkah Mayat Aku Dulu" sudah lama berkemundang sehinggalah yang terkini.

Karpal juga dengan nada tegas telah menyatakan tidak akan berkompromi dalam soal hudud dan mungkin juak-juak pencacai Pakatan Haprak khususnya PAS terlupa mereka sendiri sudah pun melacurkan perjuangan Islam mereka kepada perjuangan "Negara Berkebajikan" demi memenuhi tuntutan sebagai rakan parti dalam Pakatan Haprak.

Jelas sikap "Double Standard" dalam soal ini amat jelas diamalkan oleh mereka.

Persoalan mengapa agaknya sebelum ini mahupun hari ini juak-juak Pakatan Haprak langsung tidak pernah menyerahkan sebarang memo mahupun mengadakan sebarang demontrasi terhadap Karpal Singh kerana beliau lebih awal turut menolak hudud ?

Nampak sangat sikap mereka hanyalah untuk memesong pandangan rakyat dan mengheret isu ini menjadi isu politik demi menagih undi untuk diisi kantung nafsu mereka menuju Putrajaya.

Pssttt Tolak sebarang usaha menghina dan mencerca agama Islam !!!

MMI.

Tuesday, 23 October 2012

GEMPAR KRISTIAN & BUDDHA Bakal Ranapkan Islam Di Malaysia !!


Apakah reaksi pertama apabila kita membaca tajuk entri diatas ? Apa benar kristian dan buddha bakal ranapkan Malaysia ? Adakah orang-orang Islam di Malaysia bakal diperangi oleh orang-orang kristian dan buddha ? Mampukah negara seperti Malaysia bertahan daripada segala kemungkinan ? 

Inilah sebenarnya lontaran persepsi yang mampu menimbulkan kekacauan dan rasa tidak senang masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara kita.Malah MMI yakin dengan ungkapan seperti diatas ianya bakal menyebabkan orang-orang kristian dan buddha turut merasa marah kerana ianya barangkali bukan agenda mereka.

Begitulah juga hakikatnya hari ini apabila Chua Soi Lek dalam perhimpunan MCA baru-baru ini berbicara soal hudud yang mendapat liputan meluas semua media di Malaysia khususnya media-media politik.

Chua Soi Lek dan barisan pimpinannya harus sedar menyentuh sesuatu perkara yang melibatkan institusi agama apatah lagi agama Islam khususnya di Malaysia ini bererti seluruh pimpinan MCA sebenarnya sedang bermain dengan api.

Mereka harus sedar bahawa api yang sedang dinyalakan ini bukan saja mampu meleburkan MCA malah seluruh bangsa Cina dan mereka-mereka yang selalu menjadikan Islam sebagai bahan politik murahan.

MCA dan Chua Soi Lek perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam kerana kedangkalan mereka menyentuh isu hudud yang jauh menyimpang daripada maksud sebenar hukum Allah SWT itu.

MMI tidak akan berkompromi dalam soal ini kerana ianya melibatkan maruah Islam dan orang-orang Islam di Malaysia.Chua Soi Lek selaku Presiden MCA seharusnya mengambil tahu apa itu hukum hudud bukannya membuat tuduhan secara membabi buta apatah lagi dalam perhimpunan MCA yang mampu mengundang pelbagai persepsi yang tidak baik.

Kenyataan " menolak pelaksanaan hukum hudud, dari dulu sehingga kini. Pelaksanaan hukum ini akan menjejaskan keharmonian dalam kalangan rakyat beragama Islam dan bukan Islam " adalah satu kenyataan paling biadap daripada pimpinan MCA kerana ianya jelas merupakan satu tuduhan tidak berasas yang sepatutnya dirujuk kepada rakan komponen seperti UMNO terlebih dahulu bagi mendapatkan gambaran sebenar.

Malah MCA yang sebelum ini pernah mengadakan pertemuan dengan Ustaz Fathul Bari bagi mendapatkan pandangan berkenaan hukum hudud seharusnya tahu bahawa isu hudud bukanlah isu yang seharusnya dijadikan sebagai bahan mahupun perkara yang harus diperbincangkan dalam perhimpunan MCA apatah lagi menjadikannya sebagai salah satu resolusi persidangan.

MCA harus sedar bahawa mereka sudah pun mengistiharkan parti mereka sebagai parti yang menentang Islam dan menentang Islam bererti menentang umatnya menentang umatnya bererti menentang UMNO di Malaysia.

Apakah MCA juga mempunyai pendirian yang sama dengan DAPigs dalam Pakatan Haprak ? Jika inilah yang menjadi pendirian MCA maka sudah sampai masanya MCA harus diterajang keluar dari Barisan Nasional.


Kepada seluruh umat Islam di Malaysia , kita sedang berdepan dengan satu senario yang cukup membimbangkan dan kerana itulah maka gerakkan seluruh saf kita untuk pastikan orang-orang Melayu dan Islam bersatu dibawah satu bumbung.

Mungkin tidak ramai yang sedar akan perkembangan ini namun percaya atau tidak semuanya bermula apabila orang-orang Islam dalam Pakatan Haprak terlalu memberikan ruang kepada puak-puak cauvinis ini memijak kepala mereka dan kerana kelemahan inilah maka cauvinis lainya sedikit sebanyak sudah berani menyuarakan pendirian mereka yang sama sekali tidak berasas malah boleh dikatakan sebagai pencetus kepada kekacauan.

Di ketika ini samada UMNO mahupun PAS usah menuding jari antara satu sama lain kerana masing-masing sedang berdepan dengan pihak-pihak yang sedang berusaha menghina agama Islam.

MMI menghormati pandangan YAB PM apabila menyatakan bahawa kita menghormati pandangan rakan komponen dan sememangnya ia selari dengan apa yang kita pegang selama ini iaitu kontrak sosial.Malah parti UMNO dan PAS sendiri pun sentiasa melaungkan untuk berusaha supaya golongan seperti MCA dan DAPigs dapat memahami Islam dan ketika Islam itu sudah difahami oleh mereka barulah pelaksanaan seperti hukum hudud akan diperbincangkan ini diakui sendiri oleh pimpinan dari kedua-dua parti UMNO dan PAS. 

Walaupun begitu kita juga perlu tegas dalam soal ini kerana ianya mampu melahirkan rasa benci dikalangan orang Melayu sendiri seterusnya akan mengakibatkan undi protes berlaku sekali lagi dalam pilihanraya ke-13 nanti dan natijahnya BN mampu kecundang.

Percaya atau tidak jika BN kecundang kali ini maka kecundang itu cukup perit dan sakit malah memerlukan tempoh masa bertahun-tahun lamanya untuk kembali sebagai kerajaan Malaysia.

Kerana MCA merupakan parti komponen dalam Barisan Nasional maka MMI mendesak Chua Soi Lek dan seluruh pimpinannya HARUS SEGERA MEMOHON MAAF kepada seluruh umat Islam di Malaysia !!

Demi Agama , Bangsa dan Negara SEBARKAN !!

MMI.

Labels