Followers

Showing posts with label Khalid. Show all posts
Showing posts with label Khalid. Show all posts

Friday, 16 August 2013

Agenda Sosialis~ Syiah Kini Di Pulau Pinang ?!!


Seorang kenalan memaklumkan pada MMI kelibat Khalid Ismath di kesan berada di Bertam Kepala Batas dalam dua tiga hari ni dan khabarnya mamat ni check-in di Motel Bertam Kepala Batas.Ada apa-apa program atau perhimpunan pula ka ? Soal kenalan MMI tadi.

MMI sendiri kurang pasti , cumanya berdasarkan isu terkini mungkin kehadiran Khalid Ismath ada kena mengenanya dengan kemasukannya ke USM Pulau Pinang selain dari pertemuan dengan puak-puak seangkatan dengannya.

Berkenaan isu kemasukan Khalid ke USM ia menjadi isu panas dalam masa yang singkat. Ramai yang mengkritik USM berhubung kemasukan aktivis Syiah, Khalid Ismath ke Universiti APEX ini yang mengambil Pengajian Jarak Jauh dalam bidang Sains Politik.

MMI sendiri tidak berpuas hati dengan kemurahan hati pihak USM menawarkan tempat kepada budak ini walaupun hanya menerusi program PJJ dan bukannya sepenuh masa seperti yang disangkakan oleh banyak pihak. Namun, dalam hal ini, ia harus dilihat dari sudut teknikal termasuk aspek perundangan yang membenarkan Khalid Ismath membuat permohonan tersebut.

Kita tinggalkan kemelut tersebut buat sementara. MMI yakin pihak pengurusan USM mempunyai mekanisme sendiri dalam hal ini dan boleh mengawal pengaruh Syiah serta sikap biadap Khalid Ismath ini kelak.

Apa yang menarik perhatian MMI ialah dua keping gambar yang memaparkan Khalid Ismath mengadap Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu sebaik tiba di Pulau Pinang bersama sekumpulan penyokong sosialis termasuk Komrad Haizal yang sebelum ini pernah beberapa kali mencetuskan isu berkaitan bendera kebangsaan.Turut bersama dalam kumpulan terbabit adalah Ahmad Tarmizi Abdullah Ahli Majlis MPSP.


Khalid Ismath disambut oleh Mat Sabu sebaik tiba di Pulau Pinang bersama kumpulan penyokong sosialis Malaysia. Lokasi : Restoran Sri Bawal, Pajak Song, Pulau Pinang. 

Menurut info yang diterima, pertemuan tersebut bukanlah pertemuan biasa-biasa. Jika perkara ini benar, maka sewajarnyalah USM memberikan perhatian yang lebih kepada isu Khalid Ismath menyambung pengajian di USM. Tujuan dia ambil PJJ juga perlu diteliti. Melalui program ini, Khalid Ismath mempunyai banyak masa terluang untuk menjalankan aktivitinya.

Sebelum ini juga ada desas-desus kuat mengatakan parti-parti pembangkang cuba menguasai politi kampus di USM namun gagal kerana proksi mereka seperti Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), Student Progressive Front (SPF), Kumpulan Cap Ayam, Majlis Mahasiswa Bertindak (MMB) dan sebagainya sering tewas dalam setiap pilihan raya kampus yang diadakan.

USM menjadi target utama dan juga beban besar kepada pembangkang kerana ia berada di dalam negeri di bawah pemerintahan DAP tetapi sehingga kini mereka belum berjaya menawan kampus ini secara mutlak.

Beberapa siri cubaan membawa masuk pengaruh politik luar yang pro-pembangkang juga sering gagal, malah dipatahkan lebih awal. Ia termasuklah cubaan menganjurkan siri demonstrasi tertentu di luar pagar USM, membawa masuk aktivis sosialis mahasiswa seperti Adam Adli dan Bawani dan banyak lagi. Hal ini menceritakan betapa sukarnya bagi pembangkang menembus masuk ke dalam USM seperti yang dilakukan oleh mereka di Lembah Klang.

Justeru dengan kehadiran Khalid Ismath ini, ia menjadi harapan baru kepada pembangkang dalam merealisasikan usaha terdesak mereka itu . MMI tidak pasti adakah perkara ini menjadi perhatian pihak USM setelah pelbagai maklumat diberikan. Namun yang jelas, Khalid Ismath datang bersama pengaruh dan agenda yang besar dan ia menuntut perhatian yang sewajarnya oleh USM.

Sementara itu, maklumat yang diterima sehingga lewat petang semalam, Khalid Ismath masih belum mendaftarkan diri di USM. Justeru statusnya sebagai pelajar masih belum disahkan walaupun rekod dalam senarai kemasukan jelas memaparkan namanya sebagai calon pelajar PJJ di universiti ini. 

Kena beringat sama bro ..


MMI

Sunday, 11 August 2013

Hukum HUDUD Hanya Apabila RAKYAT Sokong ~ Khalid Samad


Hukum hudud hanya akan dilaksanakan jika PAS mentadbir kerajaan pusat dan melakukan pungutan suara yang keputusannya mendapati sebahagian besar rakyat mahukan undang-undang Islam itu, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad.

Dalam meneruskan hasrat PAS untuk melaksanakan hukuman itu negara ini, Khalid berkata, buat permulaan ia akan dilaksanakan di Kelantan terlebih dahulu.

Ini disebabkan PAS merupakan parti dominasi yang menguasai kerusi DUN yang terbanyak setelah menang di negeri pantai timur itu sejak 22 tahun lalu.

"Untuk membuat perubahan tersebut, kita memerlukan sebuah kerajaan pusat yang tidak menghalang dan itu harapan kita bahawa PR akan memerintah. Dan atas desakan rakyat Kelantan itu sendiri akan membenarkan ia dilaksanakan. 

"Kita boleh membuat referendum dan minta rakyat Kelantan menzahirkan sokongan terhadap perlaksanaan hukuman hudud dan kita laksanakan dahulu di Kelantan. Yang pentingnya, akhirnya undang-undang yang dilaksanakan bergantung kepada penerimaan masyarakat. 

"Jika mereka nakkan Islam, maka mereka akan tuntut supaya undang-undang Islam dilaksanakan. Kalau dipaksa nanti timbul masalah," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Antarapos di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Menurut Khalid, langkah-langkah untuk menjalankan hudud telah diusahakan semenjak tahun 1990-an oleh Menteri Besarnya ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun hasrat itu terbantut di tengah jalan apabila Nik Aziz menerima surat bantahan daripada kerajaan pusat.

"Di Kelantan memang kita nak jalankan, tetapi seperti yang dijelaskan oleh Nik Aziz, bila nak dilaksanakan setelah Enakmen Rang Undang-undang Islam diluluskan yang mengandungi hukuman hudud, Nik Aziz ada menerima surat dari Kerajaan Pusat untuk melarang perlaksanaannya kerana dikatakan bercanggah dengan perlembagaan negara buat masa ini," katanya.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa tindakan Mahkamah Syariah adalah terhad kepada tiga (3) tahun penjara, enam kali sebatan dan denda berjumlah sehingga RM 5,000 yang mana ia menjadi salah satu penghalang kepada perlaksanaan hukuman hudud di Malaysia.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini mempersolkan 'ketakutan' orang ramai terhadap hudud sedangkan ia adalah sebahagian undang-undang Allah SWT dan PAS bertindak menjalankan kewajipan untuk menyenaraikannya di dalam undang-undang Kelantan.

Beliau bertegas hudud harus ditegakkan seiring dengan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Walau selantang mana PAS memperjuangkan isu hudud di negara ini, parti itu tetap mendapat tentangan oleh rakan-rakan sekutunya di dalam Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP yang dilihat tetap berpegang kepada perjanjian bersama di mana perlaksanaan hukum hudud tidak termasuk di dalam perbincangan pakatan itu.

Mengulas lanjut, Khalid berkata adalah menjadi harapan peribadinya agar hukum hudud dapat dilaksanakan apabila PAS menjadi kerajaan pusat, walau ini mungkin mengambil masa yang lama.

Khalid selain itu berbangga dengan pencapaian PAS dan Pakatan secara keseluruhannya atas kejayaan mereka memperluaskan kefahaman agama di Selangor, berbanding sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN).

"Di bawah Pakatan, di negeri-negeri kita diberi kebebasan untuk menyampaikan risalah kita. Contoh Selangor jika di bawah BN tak boleh buat program-program tazkirah, kuliah dan sebagainya.

"Melalui Pakatan, matlamat PAS tercapai di dalam erti kata menyampaikan kefahaman dan penjelasan tentang perundangan dan sistem pemerintahan Islam," katanya lagi.

Kerjasama PAS melalui Pakatan telah bermula semenjak 2008 di mana gabungan PAS-PKR-DAP itu berjaya memenangi sebanyak 82 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen selain menafikan majoriti dua pertiga yang dipegang BN semenjak kemerdekaan 1957.

Pada PRU-12, Pakatan berjaya menguasai Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang, namun hilang Kedah pada PRU-13 yang lalu.sumber 

MMI

Saturday, 18 May 2013

Sekarang Masa Aku Pula !!!


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan menolak desakan ahli-ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR supaya timbalan presiden parti Azmin Ali dilantik sebagai Exco kanan kerajaan negeri Selangor, menurut sumber-sumber parti itu.

Kemelut itu memaksa Khalid membatalkan pengumuman senarai exco kerajaan negeri yang dijadualkan berlangsung hari ini.

ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar memberitahu Antarapos bahawa Khalid hanya dijangka mengumumkan exco kerajaan negeri minggu depan.

Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad turut mengesahkan Khalid hanya akan membuat pengumuman minggu depan, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Menurut sumber-sumber parti, pada satu mesyuarat malam tadi, ramai di kalangan ahli MPP mahu Azmin di lantik sebagai Exco kanan kerajaan negeri, sesuai dengan bakti dan kedudukkannya dalam parti.

Bagaimanapun cadangan itu dibantah oleh Khalid “yang mahu mengekalkan wakil-wakil PKR yang sedia ada kerana merasakan mereka berjaya menjalankan kerja dengan baik,” kata sumber itu.

Selain menjadi Timbalan Presiden PKR, Azmin adalah juga pengarah pilihan raya parti itu dan telah memimpin PKR Selangor sejak tiga tahun lalu.

“Ahli-ahli MPP bersetuju bahawa Azmin telah memainkan sumbangan amat besar memastikan PKR memenangi 30 kerusi Parlimen selain mengekalkan Selangor dengan majoriti dua pertiga,’ kata sumber itu.

“Beliau juga berundur secara baik untuk memberi laluan kepada Khalid menjadi MB demi menjaga perpaduan dan kestabilan parti. Justeru ahli MPP berpendapat Azmin patut di lantik menjadi Exco kanan,” kata sumber itu.

Ditanya mengenai pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat itu, sumber itu berkata Ketua Umum PKR itu mengambil sikap tidak mahu terheret dalam perbahasan itu.

“Beliau menyerahkan kepada presiden (Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail) untuk membuat keputusan. Presiden pula tidak dapat mengambil keputusan yang jelas dan perkara itu tergantung macam itu sahaja,” tambah sumber itu.

Menurut beliau, Azizah bagaimanapun “membayangkan” beliau turut bersependapat dengan Khalid untuk meminggirkan Azmin daripada Exco kerajaan negeri.

Sumber itu berkata penolakkan Azmin oleh Khalid dan Wan Azizah untuk jawatan itu mengejutkan ahli MPP yang yakin parti itu akan memberikan pengiktirafan sesuai kepada Azmin.

Lebih mengejutkan adalah apabila mesyuarat itu dimaklumkan bahawa Khalid akan mengekalkan semua pegawai kanan di pejabatnya termasuk Setiausaha Politik Faekah Husin dan Setiausaha akhbarnya Arfa'eza Aziz.

Adalah difahamkan MPP parti sebelum ini menegaskan dua pegawai itu di pindahkan berikutan rungutan Khalid terlalu bergantung kepada mereka untuk membuat keputusan yang membabitkan kepentingan PKR.

Azmin sendiri sebelum ini, menekankan bahawa Menteri Besar Selangor tidak boleh merelakan dirinya dicucuk hidung oleh mana-mana pihak dalam menggalas tanggungjawabnya.

Selain Xavier, tiga Exco kerajaan negeri daripada PKR adalah Elizabeth Wong, Yaakob Sapari dan Rodziah Ismail.antarapos 

Cerita mudah sekarang masa aku pula lah naa..Hari tu hang buat leceiii Azmin noo !!! 

MMI.

Tuesday, 14 May 2013

Menteri Besar Selangor Angkat SUMPAH Hari Ini , Katanya Ada Yang Nak Boikot ?!!


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar hari ini sekali gus menamatkan spekulasi siapa pemimpin Pakatan Rakyat yang akan memegang jawatan tersebut.

Sumber terdekat di pejabat Menteri Besar berkata, Khalid akan memulakan penggal keduanya sebagai menteri besar selepas mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut sumber itu, Khalid dijadual menghadap Sultan Selangor semalam di mana Tuanku akan menasihati beliau berhubung beberapa isu.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata, beliau tidak menerima sebarang jemputan untuk majlis angkat sumpah itu tetapi memberitahu adalah mustahil beliau akan menerima jemputan tersebut pada Isnin.

“Paling awal pada Selasa. Notis sehari sudah cukup,” katanya.

Khalid mengangkat sumpah buat pertama kalinya sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas pilihan raya umum ke-12 manakala ahli exco negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac, 10 hari kemudian.

Pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lalu, Pakatan memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, menunjukkan peningkatan daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.

Bagaimanapun, selepas kemenangan itu, tiada jaminan bahawa jawatan menteri besar akan dikekalkan oleh PKR kerana parti tersebut memenangi sedikit kerusi berbanding PAS dan DAP.

PKR hanya memenangi 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi.

Beberapa hari lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali menyuarakan sokongan kepada Khalid sebagai menteri besar.

Sementara itu, penganalisis politik berkata sesiapa yang dipilih oleh Pakatan perlu mengetepikan perbezaan politik dan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu-isu yang melibatkan rakyat di Selangor.

“Saya percaya sudah tiba masanya untuk MB baru bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu-isu melibatkan rakyat di Selangor, terutamanya isu air.

“Kerajaan negeri itu juga harus bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan tanpa mengira perbezaan ideologi politik dan memastikan semua keputusan tidak membebankan rakyat,” kata Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) kepada Bernama.

Ada yang nak boikot ker ???

MMI.

Saturday, 6 April 2013

Anwar Makin TENAT PKR Selangor RASUAH !! #TolakPR #SayangiSelangor #PRU13


Semalam semua dah sedia maklum mamat ni dah buat pengumuman akan bertanding di Permatang Pauh.Hahaha sebelum ni bukan main nak bertanding di Perak la di Selangor la alih-alih tak berani pun.Apa yang MMI nak citakan kat ampa ni sedikit sebanyak akan menunjukkan betapa Anwar ni sememangnya penakut dan langsung tidak bertanggungjawab.

Untuk makluman ampa semua Anwar ni merupakan penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor.Jadi maksudnya segala pergerakan kewangan dan yang sewaktu dengannya juga berada di bawah pengetahuannya.

Yang menjadi kemuskilannya sekarang adalah Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dikaitkan pula dengan amalan rasuah.Tu dia mai kot mana rasuah pula sedangkan puak-puak nilah yang selalu mengutuk dan menuduh kerajaan serta UMNO rasuah ?


Walaupun tuduhan rasuah tersebut berkisar kepada parti PKR namun ianya berlaku di Selangor dan dalam cawangan Khalid Ibrahim sendiri.Dari mana datangnya dana tersebut kalau bukan dari dana-dana tertentu contohnya dari kerajaan negeri mahupun parti atau dari tangan-tangan ghaib yang ada kat luar sempadan Malaysia tu.

Seorang anggota di cabang PKR yang diketuai Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini membuat laporan ke atas menteri besar Selangor itu atas dakwaan menyalahguna dana berjumlah kira-kira RM20,000 dari cabang parti itu.

Satu video yang disiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di portal Youtube menunjukkan anggota cabang berkenaan, Airos Shahidin Manaf yang membuat laporan berkenaan atas dakwaan tidak menerima penjelasan sewajarnya berhubung isu tersebut.



Hah puas hati ? Najis yang di bawa Anwar kini sudah terpalit di seluruh Selangor dan busuknya bukan saja di hidu oleh rakyat tetapi juga juak-juak PKR sendiri.

MMI nak tanya satu soalan berdasarkan laporan SPRM yang dibuat tu masih ada kaitan dengan UMNO ker ??

Kepada Khalid Ibrahim lepas ni jangan la pula dok buat gagap nak jawab soalan ni yer , dah 6 bulan puak-puak tu bagi masa ang buat apa ? 

Apa punya Menteri Besar , siap ada penasihat ekonomi lagi tu tapi RM20 ribu pun nak rembat !!

RM20 ribu tu sikit sangat takkan Khalid nak balun ? Sapu duit Rumah Urut dengan Pasir selangor pun dah kaya raya khalid oi.

Tapi mungkin la Ronnie Liew (rumah urut) dengan Anwar Ibrahim (pasir) dah belasah semua tak bagi kat Khalid rasanya..

Untuk semua ampa kena baca juga apa yang RajaPetra tulis ni sebab ianya jelas sekali menunjukkan semenjak Pakatan Haprak mentadbir Selangor isu rasuah tak pernah selesai Baca Sini 

Paling sempoi Anwar buat bodo ja , Khalid ang selesai sendiri lah....

So moral of the story puak-puak Pakatan Haprak ni bercakap ja banyak , kalau sekali tengok dengan dengar cakap mereka dah macam burung merpati putih tetapi di sebalik tu semua lebih dari gagak yang makan bangkai.

MMI.

Friday, 22 March 2013

SAMAN Lagi Kali Ni 5 Billion Pula

Mahkamah Tinggi menetapkan 5 April bagi pengurusan kes saman oleh dua pemilik tanah terhadap kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menuntut ganti rugi RM5 bilion berhubung pengambilalihan tanah di Mukim Ijok.

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas kes berkenaan disebut di depannya.

Peguam B.Thangaraj dan Azad Bashir mewakili pemilik tanah LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd manakala pegawai penasihat undang-undang negeri Selangor Ahmad Fuad Othman mewakili Abdul Khalid dan defendan lain.

Azad memberitahu media mahkamah menetapkan tarikh itu bagi membolehkan Abdul Khalid dan defendan menfailkan pembelaan.

Dia ni SERABUT !!
Selain Abdul Khalid, pengarah tanah dan galian Selangor, pendaftar hak milik negeri itu, pentadbir tanah Kuala Selangor serta kerajaan negeri Selangor dinamakan sebagai defendan.

Kedua-dua pemilik, yang juga sebuah syarikat pembangunan tanah, mendakwa defendan tanpa alasan kukuh meneruskan polisi "land grab" bagi mengambil alih tanah yang diberi milikan kepada mereka.

Syarikat itu mendakwa defendan mempunyai pengetahuan penuh bahawa tanah itu telah diberi milik kepada mereka bagi pembangunan bersepadu di kawasan Revolusi Hijau Bukit Cerakah di mukim itu dan juga pembangunan lain seperti bangunan perniagaan termasuk perubatan, rekreasi, sekolah dan asrama. Syarikat itu memohon, antara lain, deklarasi bahawa keputusan defendan untuk mengambil alih tanah berkenaan pada 2011 dan 2012 adalah tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai kesan undang-undang.

Keseluruhannya, plaintif menuntut ganti rugi berjumlah RM5 bilion bagi kehilangan tanah itu, faedah serta kos. -BERNAMA

MMI.

Friday, 1 February 2013

Khalid Caca Marba AKUI SPR BERSIH !!


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar secara sinis mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mahu membubarkan Dun Selangor lebih awal.

Noh berkata, kenyataan itu secara tidak langsung membuktikan bahawa Abdul Khalid telah bersetuju bahawa daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah bersih.

Beliau berkata, pemimpin pakatan pembangkang sebelum ini berdolak-dalik mengatakan Selangor tidak mahu mengadakan pilihan raya serentak dengan Kerajaan Persekutuan selagi SPR tidak membersihkan daftar pemilih.

“Kita mengucapkan syabas kepada Menteri Besar Selangor. Beliau sendiri nampaknya tidak sabar-sabar hendak membubarkan Dun dan mengadakan pilihan raya. Beliau secara tidak langsung telah bersetuju bahawa daftar pemilih SPR telah bersih,” katanya kepada Sinar Harian, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdul Khalid yang tidak menolak kemungkinan untuk membubarkan Dun Selangor lebih awal iaitu selepas sambutan Chap Goh Meh hujung bulan ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, jentera BN Selangor sudah bersedia bila-bila masa sekiranya Dun dibubarkan dan yakin akan menawan semula negeri ini.

“Kita berharap pakatan pembangkang akan menerima apa sahaja keputusan pilihan raya itu nanti. Kita tidak mahu apabila kalah, macam-macam tuduhan yang dilemparkan kepada SPR dan juga BN.

“Kita juga berharap PRU13 berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi atau tindakan tidak sepatutnya daripada penyokong dan pemimpin parti pembangkang,” katanya.

Mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa mereka tidak akan mengikut jejak Selangor membubarkan Dun, Noh berkata, itu membuktikan bahawa pakatan pembangkang semenangnya tidak pernah sepakat.

“Dalam membuat keputusan yang begitu besar yang melibatkan kepentingan rakyat mereka tidak sehaluan, ini menunjukkan pakatan pembangkang sdebenarnya sebuah parti yang cacamarba. Mereka tidak layak untuk mentadbir sebuah negeri mahpun negara,” katannya.

Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menasihati rakyat agar membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kebajikan dan masa depan yang terbela.

Betul kata Noh Omar , puak-puak Pakatan Haprak ni caca marba selalu sangat buat benda merapu dah tu langsung tak ada kesepakatan.Ada kawan bagitau MMI pemimpin Pakatan Haprak hanya akan bersatu apabila ada demontrasi diatas jalan bab tu memang cukup suka tapi kadang-kadang depa lupa juak Melayu penjilat Anwar yang paling ramai penuhkan jalan manakala juak Dapigs semua duduk dalam hotel tengok kot tingkap ja..Apa punya haprak !!

Bayangkan kalau Pakatan Haprak perintah negara Perdana Menteri baru suruh angkatan tentera bersiap sedia , Menteri Pertahanan dah suruh pi serang dah !! Apa jadi ?? 

MMI.

Wednesday, 19 December 2012

TAHNIAH Buat Rakyat Selangor ?!!!


Kepada rakyat Selangor , Tahniah MMI ucapkan kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab.Diberitakan Khalid Gagap sebagai Menteri Besar Selangor sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya hinggakan boleh mengeluarkan duit sendiri untuk membeli sebuah bas mewah bagi dihadiahkan kepada sahabat karibnya Anwar Ibrahim.

Sejauh mana kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid benar-benar mengambil berat tentang rakyatnya ? Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut baca dibawah.

1. Kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar Khalid Ibrahim nampaknya sekali lagi membebankan rakyat apabila menaikkan bayaran lesen 90 jenis perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mulai tahun 2013.Tambah membebankan,pihak berkuasa tempatan juga turut mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan Barisan Nasional.

2. Antara yang turut dikenakan ialah Rumah Kebajikan orang Tua,Rumah Orang Kurang Upaya dan Pusat Penjagaan Kanak-kanak.Golongan ini rata-ratanya mendapat sumber kewangan dari sumbangan dan derma orang ramai.Malahan,kebanyakan rumah kebajikan ini beroperasi dalam keadaan daif. Tindakan ini dilihat akan hanya membebankan mereka malah kami menjangkakan ini akan memberi kesan negatif pada jangka panjang terhadap golongan tersebut.

3. Saya berpendapat bahawa,premis yang beroperasi bagi tujuan kemasyarakatan ini perlu dikenalpasti dan diberikan lesen untuk beroperasi agar pemantauan boleh dilakukan. Namun untuk menaikkan harga lesen, ianya dilihat membebankan.

4. Lebih menyedihkan,kebanyakan pusat jagaan yang beroperasi secara persendirian ini tidak mendapat perhatian penuh dari pihak kerajaan negeri sedangkan mereka ini melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

5. Apakah yang cuba dibuktikan oleh kerajaan negeri? Adakah wang kutipan dari kompaun dan cukai premis yang begitu tinggi selama ini tidak mampu untuk menampung perbelanjaan Pihak Berkuasa Tempatan?

6. Lebih menyedihkan,kenaikan bayaran lesen premis ini langsung tidak menggambarkan tahap perkhidmatan yang diharapkan oleh rakyat.

7. Saya juga berasa amat terkejut apabila dimaklumkan bahawa pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bakal mengenakan cukai pintu sehingga 10 kali ganda ke atas penduduk Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang.

8. Sekali lagi,saya merasakan kenaikan cukai ini hanya akan membebankan rakyat kerana perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal dengan bayaran yang dikenakan. 

9. Lebih membebankan, kenaikan cukai ini berlaku hampir setiap tahun apabila meningkat sejak tahun 2011 dan 2012.Malah bagi tahun 2013,kenaikan adalah lebih tinggi.Saya mendapat maklumat bahawa, ada penduduk yang membayar cukai pintu sebanyak RM 1,470 pada tahun 2011,menerima notis bayaran sehingga RM23,040 pada tahun 2013 nanti. 

10. Masalah penyelenggaraan infrastruktur yang lemah dan sistem kutipan sampah yang tidak cekap menyebabkan justifikasi kenaikan cukai pintu ini langsung tidak boleh diterima. Lebih menyedihkan, rakyat seperti tertipu apabila Pakatan berjanji akan menurutkan cukai pintu sehingga 20% dalam manifesto mereka ketika PRU ke 12 yang lalu. 

11. Inikah kerajaan yang memikirkan kebajikan rakyat? Adakah sumber kewangan negeri berada dalam keadaan membebankan sekarang ini? Rakyat Selangor menginginkan kerajaan yang mampu menepati janji. Kerajaan yang bukan sekadar melemparkan janji popular namun tidak berupaya untuk menunaikannya. 

Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed 
Koordinator BN Selangor

Macam mana rakyat Selangor ??


MMI.

Sunday, 2 December 2012

Khalid Menceriakan Aktiviti Lepak Di Selangor !!


Malang sungguh rakyat Selangor apabila mereka dianugerahkan seorang Menteri Besar yang bernama Tan Sri Abdul Khalid “Gagap” Ibrahim yang bebal tidak tahu hujung pangkal dan hanya pandai mengalihkan kesalahannya kepada pihak lain.

Khalid sering menyalahkan SYABAS dan menjadikan syarikat konsesi air itu sebagai “kambing hitam” sedangkan segala punca masalah air di Selangor adalah disebabkan kejahilan dirinya yang tidak tahu mengurus tadbir industri air di negeri tersebut.

Dia menuduh SYABAS gagal membekalkan bekalan air bersih kepada rakyat Selangor dan tidak cekap menguruskan perkhidmatan air kerana kadar peratusan yang agak tinggi dari sudut NRW di mana banyak paip-paip lama yang bocor.

Khalid baru-baru ini mendakwa bahawa dia tidak pernah membekukan perbelanjaan modal atau “capex” syarikat konsesi air Selangor, SYABAS, yang mengakibatkan syarikat itu menghadapi masalah untuk mengurangkan peratus air tidak terawat (NRW) di negeri itu.

Persoalannya, apakah benar dakwaan Khalid itu? Sedangkan fakta menjelaskan sebaliknya, sekaligus menunjukkan bahawa Khalid berbohong di dalam kenyataan tersebut!




Jadi, adalah tidak adil sama sekali untuk Khalid “mengkambing hitam”kan SYABAS dalam masalah bekalan air di Selangor, sebaliknya dia patut sedar bahawa dialah sebenarnya“kambing busuk” yang gagal menyelesaikan kemelut air tersebut.

Jelaslah di sini bahawa Khalid menipu dalam kenyataannya yang menafikan pembekuan “capex”seperti yang dicanangkan di dalam media kesayangannya, Selangorku, yang ditugaskan untuk menyebarkan pembohongan-pembohongan Khalid dan Kerajaan Pakatan Haram Selangor!

Orang macam ini pun rakyat Selangor nak simpan sebagai Menteri Besar mereka? 

Patutlah masa MMI di Selangor baru-baru ni tengah lepak-lepak dengan kawan-kawan kat sana ada ramai yang dok gelak bila nampak air.Pelik sungguh sebab kalau asal air ja mesti gelak , sampaikan nak pesan minuman kat kedai pun dibantainya gelak.

Apa hal puak-puak ni ?..lepas tu siap tanya soalan "Siapa Menteri Besar Selangor aa "?…rupa-rupanya perli Khalid Gagap ! 

Ceria sungguh lepak di Selangor !! 

MMI.

Saturday, 1 December 2012

Dengar Cerita Khalid Tidur Di Pejabat ???


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri itu akan dibubarkan Mac tahun depan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Inilah buat pertama kalinya sebuah negeri di Semenanjung Malaysia mengumumkan tarikh pilihan raya negeri secara bersendirian dan lebih awal dari Kerajaan Persekutuan.

Selangor juga akan menjadi negeri yang pertama di Semenanjung mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan dengan persekutuan.

Khalid berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Jumaat sebagai menjawab pertanyaan Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) apakah kemungkinan dewan undangan dibubarkan serentak dengan Dewan Rakyat.

"Kami (di Selangor) mendapat mandat untuk berkhidmat selama lima tahun...ini adalah kehendak rakyat," katanya kepada para pemberita selepas selesai persidangan dewan.

Kadang-kadang lucu juga bila Khalid kata "Kami (di Selangor) mendapat mandat untuk berkhidmat selama lima tahun...ini adalah kehendak rakyat," hehe tahu pula dia bercakap soal rakyat noo..

Bukan ka isu air yang melibatkan rakyat sampai hari ni masih haru biru ? Macam mana Khalid kata kehendak rakyat ? Cuba Khalid turun ke setiap kawasan sorang diri dan lepas tu tanya penduduk nak tak lagi pilih dia sebagai Menteri Besar selepas ni ? MMI yakin bukan setakat rakyat kata tak mau dah tapi siap suruh percepat tarikh pilihan raya sebab nak sangat tukar Menteri Besar baru !!

Khalid ! Khalid ! sapa yang gentar sekarang ni ??

Psst dengar cita Khalid tak nak balik rumah sekarang ni sebab takut kerusi kat pejabat MB orang ambik , betul ker ????

MMI.

Saturday, 24 November 2012

PANAS Menteri Besar Terlibat SKANDAL ?!!

Gambar Hiasan
Fuh skandal yang satu ni mesti haru biru jadinya.Di khabarkan seorang pemimpin politik yang memegang jawatan sebagai Menteri Besar terlibat dengan SKANDAL yang pastinya bakal meruntun jiwa dan juga para penyokongnya.

MMI rasa kemungkinan untuk beliau di calonkan semula pada pilihan raya nanti pasti suram.Sudah tentu beliau bakal menyesal dengan apa yang telah beliau lakukan cuma yang agak peliknya Menteri Besar ni terlibat dalam SKANDAL tersebut kerana kawan-kawan beliau sendiri yang pedajalnya.

Biasalah manusia ni ada peluang rembat lah bila dah kantoi kawan-kawan yang lain buat bodoh ja..MMI pun kesian juga dengan Menteri Besar ni tapi apa nak buat dah dia pilih jalan macam tu.

Pasti ampa semua nak tahu siapa si gerangan tuan tubuh tersebut kan ? Siapa lagi kalau bukan Khalid Ibrahim yang cukup pemurah kerana baru saja menghadiahkan bas mewah kepada si Anwar raja putar alam.

SHAH ALAM 23 Nov. - Seramai 100 individu berstatus ibu tunggal mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Kerajaan Negeri Selangor bagi menuntut elaun yang diperuntukkan berjumlah RM10.9 Juta sebagaimana yang dijanjikan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri pada Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) yang lalu.

Wakil Ibu Tunggal tersebut turut menyerahkan memorandum berkaitan tuntutan tersebut kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Rodziah Ismail.

"Kami datang ke mari dengan tujuan menghantar memorandum kepada Menteri Besar untuk menuntut janji. Kita mahu janji dikotakan. Kalau janji tidak dikotakan, kita dianiaya.

"Apabila menang kita ditinggalkan begitu sahaja," kata Pengerusi Ibu Tunggal Murtini Kasman kepada pemberita.Baca Seterusnya



MMI tak nak komen panjang-panjang sangatlah cumanya ampa perasan tak manifesto sendiri pun tak boleh nak tunaikan tapi boleh pula keluar duit beli bas untuk tujuan kempen politik ? Betullah dia kata duit tu duit dia sendiri tapi soalnya kalau dah duit sendiri banyak bagai kenapa tak gunakan duit tu untuk tunaikan janji pada rakyat dulu ?

Kalau Khalid kata duit kerajaan negeri tak cukup tapi Khalid ada duit sendiri kenapa tak salurkan pada rakyat untuk tunai janji ? Bas boleh beli bang !! 

Haaa nampak tak ? celaru puak-puak ni !! Rakyat Selangor ampa dok kena pengena dengan puak-puak ni ja !! 

Kencing kuat , Pilihlah lagi ! 

MMI.

Tuesday, 20 November 2012

Rakyat Selangor Harus Baca Khalid Yang Berhati Mulia


Tahniah dan syabas MMI ucapkan kepada seluruh rakyat Selangor khususnya kepada golongan pertengahan dan seterusnya.Anda sebenarnya patut berasa gembira dan selesa kerana mempunyai seorang Ketua Menteri yang cukup pemurah lagi dermawan .

MMI yakin ketika ini dan seterusnya rakyat Selangor akan terus menikmati kemakmuran di bawah Khalid dan pastinya anda tidak lagi perlu gusar sekiranya ada sebarang masalah rujuklah kepada kerajaan negeri sudah tentu anda akan dibantu.

Selain dari itu sekiranya kerajaan negeri tidak mampu menyediakan dana untuk membantu anda sudah pasti nasib anda akan dibela oleh seorang Ketua Menteri paling pemurah Khalid Ibrahim,

Tak percaya ker ? Cuba tengok kenyataan di bawah..

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau membiayai sepenuhnya kos pembelian bas dua tingkat yang akan digunakan pakatan pembangkang sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 tanpa melibatkan dana kerajaan negeri.

Abdul Khalid berkata, beliau membayar sebanyak RM10,833 sebagai ansuran bulanan bas bernilai hampir RM650,000 yang dibuat melalui konsep sewa beli.

"Bas untuk kempen pilihan raya ini pembeliannya dibuat secara persendirian.

Hebat bukan Ketua Menteri Selangor ni ? MMI tak mau pertikai tentang duit yang berlambak tu sebab kot mana pun dia cekau masa bersama UMNO dulu alih-alih dah kaya lawan UMNO hehe biasalah makhluk semacam ni memang banyak.

Tapi cuba tengok betapa pemurahnya Khalid sanggup keluarkan duit sendiri semata-mata untuk beli sebuah bas mewah bagi tujuan kempen politik Anwar sebab tu MMI kata rakyat Selangor patut gembira sekarang sebab kalau bas mewah boleh beli sampai ratus-ratus ribu takkanlah rakyat yang susah di Selangor tak boleh nak bantu seribu dua ye tak ?

Lepas tu masalah air yang berlaku sekarang ni di Selangor apalah sangat nak tunggu kerajaan persekutuan tolong , Khalid sendiri pun boleh selesai guna duit sendiri buat loji..Untuk rakyat Selangor takkanlah Khalid tak mau tolong ye tak ?

Anwar orang Permatang Pauh langsung tak ada kena mengena dengan Selangor pun Khalid tolong takkanlah rakyat Selangor dia nak buat tak tau ja...

Emm apa pun tahniahlah rakyat Selangor !!

MMI.

Saturday, 17 November 2012

Siapa TAMPAR Khalid Gagap ????


Tentu rasa macam kena 'penampar' di muka Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas bekas Ketua Pengarah Perindustrian Malaysia Lembaga Pembangunan (Mida) Datuk N. Sadasivan menolak jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa bebas yang ditugaskan untuk mengkaji pembangunan projek kondominium di Batu Caves.

Setiausaha politik Menteri Besar Faekah Husin berkata proses mencari orang lain untuk mengisi jawatan itu telah pun bermula, sambil menambah bahawa jawatankuasa itu sendiri telah memulakan kerja.

"Kita berada dalam proses mencari pengganti sebagai dan Jabatan Perancangan Negara (JPBD) telah memulakan kerja awal sebagai sekretariat kepada pasukan petugas," katanya melalui SMS.

Pada Rabu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengumumkan pelantikan Sadasivan sebagai pengerusi jawatankuasa dan JPBD timbalan pengarah Selangor Norasiah Bee sebagai setiausaha. Nama ahli jawatankuasa yang lain akan didedahkan pada satu tarikh kemudian.

Walau bagaimanapun, tidak sampai 24 jam selepas pengumuman, Sadasivan memberitahu sebuah portal berita dalam talian bahawa dia menolak pelantikan.

"Ya, saya menerima tawaran Kerajaan Negeri Selangor tetapi saya menolaknya. Pada ketika ini, saya tidak boleh mengulas, "beliau dipetik sebagai berkata.

Sadasivan pernah berkhidmat sebagai pengarah beberapa syarikat swasta dan dua kewangan Kerajaan institusi Bank Negara dan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad serta lembaga pengarah Petronas.

Skop jawatankuasa ini adalah untuk mengkaji semula semua projek pembangunan yang dilaksanakan dan dirancang di Batu Caves, dengan mengambil kira setiap aspek, termasuk kebajikan awam, kepentingan masyarakat Hindu, keselamatan alam sekitar dan undang-undang yang sedia ada.

Pengurusan Kuil Batu Caves telah mengancam untuk menyaman kerajaan negeri kecuali pembinaan projek kondominium 29 tingkat itu ditangguhkan.

Nampaknya juak-juak Pakatan Haprak ni sememangnya buta dan tuli , bayangkan cadangan projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves yang mendapat bantahan daripada penduduk dan pihak pengurusan kuil di Batu Caves langsung tidak diendahkan.

Malah tindakan Khalid Ibrahim yang mahu pula menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji semula projek tersebut membuktikan Khalid sebagai Menteri Besar langsung tidak mendengar rungutan dan suara rakyat selama ini.

Bagi MMI tindakan tersebut hanyalah "camourflage" bagi menutup kelemahan dan kesilapan kerajaan negeri malah turut merupakan langkah terdesak apabila ianya semakin menyebabkan rakyat khususnya kaum India di Batu Caves naik angin.

Khalid dan juak-juaknya ternyata kelam kabut dengan isu ini apabila Najib sendiri sudah pun memaklumkan kepada kaum India sekiranya BN dapat menawan kembali Selangor dalam pilihan raya nanti projek kondominium yang mencetuskan isu ini bakal di BATALKAN !!

Melihat kepada perkembangan ini jelaslah Khalid sebenarnya semakin bimbang dengan kedudukannya selaku Menteri Besar kerana beliau tahu rasa marah masyarakat India di batu Caves berkenaan isu ini bakal diterjemahkan dalam kertas undi pada ketika pilihan raya ke13 mengambil tempat nanti.

Khalid tak perasan agaknya penampar yang hinggap di pipinya tu adalah dari tangan beliau sendiri ! Sendiri mau ingatlah Khalid ...

MMI.

Thursday, 8 November 2012

Khalid Lu Apa Cite Pulak ???


Pening ! Pening ! Pening ! Mungkin itulah ungkapan yang bermain di fikiran Khalid Ibrahim sekarang , sebagai Menteri Besar dan Exco Agama Negeri Selangor rakyat kini sedang menantikan apakah tindakan yang akan beliau lakukan berkenaan isu Nurul Izzah yang kini semakin panas umpama gunung berapi yang bakal memuntahkan laharnya.

Tumpuan dalam isu kebebasan beragama yang dikaitkan dengan Nurul Izzah kini pastinya kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Luahan rasa terkejut dan kesal Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi kenyataan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa tidak boleh dipandang ringan.Klik Sini

Ini kerana Nurul Izzah membuat kenyataan itu dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya dan sebagai Ketua Agama Islam Negeri, baginda berkongsi kekhuatiran dengan umat Islam lain berhubung isu itu sekiranya apa diperkatakan ahli parlimen Lembah Pantai itu benar.

Khalid bukan sahaja sebagai Menteri Besar tetapi Exco Agama yang perlu melihat isu ini dengan penuh tanggungjawab termasuk mengenepikan soal siapa Nurul Izzah dan parti diwakilinya.

Di sinilah cabaran Khalid untuk rakyat melihat ketegasan beliau meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan siasatan berhubung kenyataan Naib Presiden PKR itu.

Beliau sudah tentu tidak boleh berpihak kepada Nurul Izzah walaupun anak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Jelaslah, beban begitu besar di bahu Khalid jika siasatan Jais membuktikan kebenaran kenyataan Nurul Izzah.

Sudah tentu, Khalid ibarat di luah mati emak, di telan mati bapa.

Barangkali dengan tanggungjawab sebagai Exco Agama – Khalid dapat membuktikan beliau adalah Menteri Besar cemerlang dalam menyelesaikan isu tersebut.

Atau beranikah beliau menangkis tohmahan Anwar bahawa Jais menerima panggilan UMNO untuk menyiasat Nurul Izzah?

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan  “tiada paksaan dalam agama” adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan.

Katanya, tindakan mengaitkan kenyataan Nurul Izzah berhubung “tiada paksaan dalam agama” seolah-olah menggalakkan gejala murtad adalah satu rumusan tidak bertanggungjawab.

"Mengaitkan prinsip ini dengan rela murtad menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman. Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara.

"Kenyataan ahli Parlimen Lembah Pantai itu dianggap seolah-olah menggalakkan kemurtadan adalah satu rumusan yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Mujahid merupakan antara panel yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? disebuah gereja Subang Jaya Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata, Nurul Izzah dalam forum tersebut juga menyebut tentang perlunya pendidikan dan dakwah supaya agama Islam dipelihara.

Itu kenyataan Dr Mujahid yang mungkin mahu mengelak turut diserang kerana mewakili PAS dalam forum tersebut.

Peliknya, Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum komen panjang lebar kerana mahu mendengar penjelasan dan bukti-bukti apa dikatakan Nurul Izzah.

Tapi rakyat kena ingat Nik Aziz dah komen dah !! Anak Nik Aziz pun dah komen dah !! 

Memang sikap dajjal puak-puak ni kalau kena batang hidung sendiri buat-buat macam orang bodoh yang tak tau apa-apa , macam ni ka ampa nak pilih jadi pemimpin ???

MMI.

Monday, 15 October 2012

KATAK ???


Tak dinafikan dalam negara seperti Malaysia , katak antara spesis binatang yang banyak kegunaannya walaupun ada sesetengahnya MMI sendiri tak boleh belah.Pasti semua setuju kalau MMI kata katak antara binatang yang sering menjadi bahan samada dari perkara yang berunsur lawak sehinggalah perkara eksotik malah kini ianya sudah mula mengambil tempat dalam dunia politik pula.Hehe macam-macam..

Seperti semua sedia maklum katak sering kali dikaitkan dengan hujan dan selalunya disebut kataklah yang kononnya bertanggungjawab memanggil hujan.Perkara tersebut sudah sebati dengan budaya orang-orang Melayu sejak dulu dan MMI antara anak-anak kecil yang pernah teruja dengan cerita-cerita perihal katak memanggil hujan.

Malah ingat-ingat lupa kalau tak silap MMI ada lagu-lagu tertentu yang pernah dinyanyikan dan ianya menceritakan perihal katak panggil hujan.Emm dah lupa dah..

Apa pun katak tetap meneruskan legasinya sehingga ke hari ini dan percaya atau tidak katak kini sudah semakin maju dan berjaya pula mengikuti peredaran masa dan zaman.Jika dulu katak hanya menjadi bahan lawak jenaka dan cerita-cerita berunsur nasihat kini ianya juga sudah mengusai dunia dan dimensi lain yang jauh berbeza dari katak pada masa dan satu ketika dulu.

Katak kini sudah sinonim dengan dunia politik.Satu kejayaan kepada seluruh legasi katak kerana bukan senang untuk spesis seperti ini mengambil tempat dalam dunia politik.Dalam masa yang sama katak juga sudah pun mempunyai wakil mereka dalam parti politik samada kerajaan mahupun pembangkang.

Lihat saja bagaimana katak-katak ini melompat sehinggakan manusia sendiri menjadi marah dengan tindakan mereka.MMI kadang-kadang ketawa sendiri melihat suasana ini namun itulah dunia politik kadang-kalanya menjadi kacau bilau hanya kerana beberapa ekor katak.

Banyak lagilah kalau nak diceritakan perihal katak ni cumanya ada satu cerita terbaru yang berlaku di Selangor bilamana isu air yang semakin membimbangkan telah mula sampai ke tahap kritikal.

Setakat entri ini ditulis diberitakan empangan takungan air di Selangor sudah pun mula mengering dan khabarnya kerana penggunaan air yang terlalu banyak maka menyebabkan jumlah kapasiti air dalam empangan tersebut semakin susut.

Dua bacaan paras air terkini yang diperolehi bagi dua empangan iaitu Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi sudah terbukti sedang mengalami penyusutan ketara walaupun belum lagi mencapai tahap kritikalnya.

Kita harap Khalid sendiri tidak keberatan untuk meluangkan masa melawat empangan tersebut. Bila Khalid melihat dengan mata kepalanya sendiri, pastinya senario semasa ini bakal menyebabkannya panik ataupun mungkin masalah gagapnya makin teruk.

Sudahlah sebahagian besar dari 34 loji rawatan air di seluruh negeri sekarang sedang beroperasi dan memproses air rawatan melebihi kapasiti maksima, tambah lagi dengan masalah takungan air mentah di empangan kian menyusut, mahu mereng Khalid dan anggota Exconya memikirkan alasan untuk meredakan kerunsingan rakyat Selangor.

Walaupun sudah mengetahui krisis air yang melanda bumi Selangor memerlukan perhatian serius semua pihak namun kerana sikap pemimpin Pakatan Haprak khususnya Khalid sebagai MB menjadikannya isu politik maka ianya mengenepikan usaha dan bantuan yang cuba dilakukan oleh kerajaan persekutuan bagi menangani masalah air yang pastinya melibatkan nasib rakyat di akar umbi.

Apakah rakyat dibela oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan Haprak ?

Kepada rakyat di Selangor jangan risau , Khalid kemungkinan akan mengadakan mesyuarat tergempar petang ini bagi membentangkan satu pelan strategik bagi menyelesaikan isu air ini.

Pelan tersebut mengandungi satu dokumen yang sangat penting bilamana Khalid akan mengarahkan kerajaan negeri untuk membuat pembelian KATAK secara besar-besaran untuk diletakkan disemua empangan dan sekitar bagi tujuan panggil hujan.

Beliau yakin dalam sedikit masa lagi pelan strategik ini bakal menampakkan hasilnya.

Oink oink oink berita baik kepada semua peminat dan pengumpul katak di Malaysia.hehehehe

Nak tahu apa maksud KATAK lagi satu ?

Khalid Akan Terus Abaikan Krisis air di Selangor kerana kepentingan politik !! 

Apa punya BANGANG!!

MMI.

Labels