Followers

Friday, 27 July 2012

Hati-Hati di Pasar Ramadhan - 38 Keracunan Makanan

Gambar Sekadar Hiasan

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengarahkan sebuah gerai bazar Ramadan di Pasir Panjang dekat sini supaya ditutup selama dua minggu mulai hari ini ekoran kejadian 38 orang mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan malam tadi.

Pengarahnya Datuk Dr Zailan Adnan berkata bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap gerai bazar Ramadan berkenaan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

"Ia melibatkan 33 pelajar perempuan sebuah kolej, seorang kakitangan kolej dan empat orang awam termasuk dua kanak-kanak.

"Dua belas daripada mereka dimasukkan ke Hospital Port Dickson manakala selebihnya mendapat rawatan sebagai pesakit luar hospital yang sama. Ini adalah kes pertama yang berlaku melibatkan bazar Ramadan di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya kesemua mereka mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan ketika berbuka puasa di gerai berkenaan petang semalam.Sumber Bernama.

Komen MMI

Hati-hatilah sewaktu kita di pasar ramadhan bukan apa takut-takut terbeli makanan yang dah basi.MMI pun pernah mengalami kejadian yang sama beberapa tahun yang lalu memang serik lepas tu nak ke pasar ramadhan.

Tapi kita semua kena fahamlah bukan semua peniaga pasar ramadhan yang bersikap sambil lewa dan memikirkan keuntungan semata-mata.Kadang-kadang perkara tersebut berlaku secara tak sengaja dan sememangnya ia sukar untuk dikesan.

Apa pun MMI percaya semua peniaga pasar ramadhan sedar akan pentingnya kebersihan dalam menyediakan masakan lebih-lebih lagi masakan tersebut bakal dibeli oleh mereka yang bakal berbuka puasa.

Selamat Berbuka Puasa semua !!

MMI.

Ng Wei Aik ADUN Paling Bangang Pernah DAP Miliki !!


Siapa yang tak kenal dengan Ng Wei Aik ADUN Komtar yang selalunya bertindak samseng dalam menyelesaikan beberapa perkara yang melibatkan kepentingan rakyat di Pulau Pinang.Beliau yang sudah terkenal dengan sikap samseng ini merupakan antara pimpinan DAP yang paling di sayangi oleh Guan Eng.

Masakan rakyat boleh melupakan isu restoran nasi kandar yang telah digempur oleh Ng Wei Aik bersama juak-juak MPPP dengan sikap biadap mengalahkan komunis.


Pastinya semua masih ingat insiden ini dan bagi MMI walaupun selepas itu musibat ini dengan beberapa juak-juak Pakatan Haprak memohon maaf kepada peniaga terbabit namun tindakan beliau tetap tidak akan dimaafkan.

Terbaru musibat ni telah menyalahkan pula Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Pulau Pinang dengan menuduh badan itu gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyelenggara sistem perparitan di hospital.

MMI cukup terkejut dengan tindakan yang diambil oleh musibat lahanat ni.Apa bodoh sangat Adun Komtar ni sampai tak boleh nak membezakan bidang tugas pihak-pihak tertentu.

Malah Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Pulau Pinang (HPP) Lim Thoon Deong membidas kenyataan ADUN Komtar, Ng Wei Aik yang mendakwa badan itu gagal melaksanakan tanggungjawabnya dalam menyelenggara sistem perparitan di hospital sehingga menyebabkan kawasan itu dilanda banjir setiap kali hujan lebat.

Lim berkata tuduhan itu tidak berasas kerana masalah banjir sebenarnya berpunca daripada peniaga di sekitar hospital yang membuang sampah ke dalam parit dan sungai sehingga menyebabkan sistem saliran di kawasan berkenaan tersumbat.

"Sepatutnya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bertanggungjawab kerana mereka yang beri lesen kepada peniaga ini termasuk menyelia dan menyelenggara saliran tersumbat," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ng dalam akhbar berbahasa Cina baru-baru ini.

Ng dalam kenyataannya turut mendakwa parti MCA mendominasi pengurusan HPP apabila Lim, yang juga Timbalan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA negeri, memegang jawatan sebagai pengerusi lembaga pelawat sejak tahun 1997.

Lim menyifatkan segala dakwaan itu tidak masuk akal kerana pelantikan beliau dibuat secara kolektif dengan mengambil kira kriteria tertentu.

Jika dikira daripada aduan yang telah dibuat berkenaan perkara ini terhadap MPPP sendiri sebenarnya jelas menunjukkan Adun Komtar dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebenarnya gagal memberikan perkhidmatan kepada rakyat.


Ini dibuktikan dengan satu laporan berita yang telah dikeluarkan dalam Utusan Malaysia pada 23 September 2010 yang lalu.

PULAU PINANG 23 Sept. - Penduduk kawasan Kariah Masjid Shaik Eusoff, Jalan Datuk Keramat di sini mempunyai sebab yang kuat untuk melahirkan rasa marah mereka terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ini kerana, kawasan berkenaan terutama di sekitar Jalan Utama di tepi Hospital Pulau Pinang (HPP) yang dipenuhi gerai-gerai menjual makanan dan minuman seperti dianaktirikan apabila Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) didakwa tidak menjalankan tanggungjawab menyelenggara sistem perparitan di situ sejak 10 tahun lalu.Klik Sini

Jelas sekali tindakan Ng Wei Aik sebenarnya memakan diri dan memalukan kerajaan DAPigs di Pulau Pinang.

Hairan MMI bagaimana sebuah kerajaan yang menjadikan CAT sebagai garis panduan dalam mentadbir masih boleh menyimpan Adun sebangang ini ?

Kepada Ng Wei Aik kalau tak reti buat kerja pi balik tongsan lagi bagus lah..Jangan biadap sangat dengan rakyat Pulau Pinang sebab masanya akan tiba untuk rakyat mengadili kamu.

Satu saja MMI nak tanya kalau dulu dalam kes restoran nasi kandar boleh bawa juak-juak MPPP kenapa dalam isu longkang ini tak bawa MPPP suruh buat kerja ?

Kalau ikut laporan yang dibuat kira dah makan tahun ni ! Apa yang ang buat lahanat ??

MMI.

Labels