Followers

Tuesday, 1 November 2011

PANAS - Kelantan Juga Tak Terlepas Dari Aktiviti Pelacuran


MMI turut terkejut dengan laporan dan pendedahan demi pendedahan mengenai aktiviti pelacuran yang berlaku di sebuah negeri yang kononnya melaungkan "Membangun Bersama Islam".Kelantan sebuah negeri yang diperintah oleh PAS dibawah pentadbiran Nik Aziz selaku Menteri Besar sebenarnya turut mengalami permasalahan aktiviti tidak bermoral ini.

Melihat kepada pendedahan terbaru oleh Kickdefella terbukti bahawa Kelantan juga tidak terlepas daripada gejala tidak bermoral ini yang selalunya dicanang oleh pemimpin-pemimpin PAS dalam setiap ceramah bahawa kegiatan tidak bermoral seharusnya dibendung dan selalunya dituding kepada Kerajaan Pusat kerana kegagalan untuk mengawal ditambah dengan pemberian lesen pusat-pusat hiburan.



Hari ini terbukti bahawa selain daripada menuding jari kearah orang lain sebenarnya PAS terlupa bahawa 4 jari lagi menuding jari kearah diri sendiri.Ini bukti bahawa PAS sebuah parti yang hanya tahu menyalahkan orang lain tetapi dalam masa yang sama mereka lalai dalam usaha untuk menjadikan Kelantan sebagai sebuah negeri yang diberi nama sebagai Serambi Mekah ini.

Lebih dari 20 tahun PAS memerintah Kelantan adakah tempoh masa itu tidak cukup untuk memastikan gejala tidak bermoral dan aktiviti pelacuran ini dibanteras.Adakah selama ini PAS hanya tahu menjelajah keseluruh pelusuk negara dan hanya berpolitik tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan PAS merupakan sebuah parti dan kerajaan terbaik bersesuian dengan slogan mereka "Membangun Bersama Islam" atau hari ini hanya bertumpu kepada "Negara Berkebajikan" dan mungkinkah ini yang menyebabkan aktiviti tidak bermoral ini diteruskan dengan alasan Kebajikan ? MMI serahkan kepada semua untuk membuat penilaian.

Pelacur pondan Kota Bharu di bilik yang disediakan

Liza pelacur di kampung Limau Manis

Terbaru Dewan Pemuda PAS Pusat dengan begitu lantang sekali menyatakan pendirian mereka bahawa konsert artis-artis barat khususnya konsert Elton John yang bakal diadakan tidak lama lagi seharusnya dihentikan kerana artis tersebut merupakan seorang GAY dan kedatangannya dikuatiri boleh menyebabkan anak-anak muda dan masyarakat terpengaruh.Namun MMI turut hairan kerana kuman diseberang laut boleh nampak tetapi  gajah didepan mata tidak sedikit pun dipandang malahan terus mempertahankan sigajah tersebut.Tidak perlu MMI menyebut siapa yang dimaksudkan kerana MMI percaya semua dari kita mengenali siapa yang MMI maksudkan sebagai gajah itu.Kepada Dewan Pemuda PAS Pusat kembalilah kamu ke Kelantan dan bersihkan Serambi Mekah dari gejala tidak bermoral ini.

Sebuah tempat karaoke berhampiran DUN Chempaka di wakili oleh Nik Aziz 


Waktu malam tempat ini menjadi pusat karaoke terbuka dan terdapat gro-gro veteran

Inilah antara tindakan-tindakan PAS yang selalu mendabik dada menyatakan bahawa hanya merekalah yang terbaik dan hanya merekalah yang sentiasa membawa perjuangan Islam.Jika benar PAS memperjuangkan Islam seharusnya mereka tidak akan sesekali mengkafirkan sesama Islam , Mereka tidak akan sesekali mengangkat pemimpin dikalangan mereka yang terlibat dalam permasalahan moral dan seharusnya merekalah kumpulan pertama memastikan setiap perkara dan aktiviti bertentangan dengan Islam ditangani lebih-lebih lagi melibatkan aktiviti pelacuran yang berlaku di Kelantan yang hanya berjarak 400 meter daripada Pejabat Menteri Besar Kelantan.  

Salaheudin Ayub pemimpin PAS pernah mengeluarkan kenyataan dengan menyalahkan pihak kerajaan khususnya UMNO dalam peningkatan rumah pelacuran dan pelacur yang semakin menjadi - jadi di Kelantan.Yang menghairankan kenapa menyalahkan UMNO ? Apakah UMNO yang mentadbir negeri Kelantan ? Adakah UMNO yang meluluskan lesen premis di Kelantan ? Dan adakah UMNO mempunyai kuasa dalam melakukan penguatkuasaan ke atas premis - premis di Kelantan ? Semua ini sebenarnya terletak dibawah bidang kuasa kerajaan negeri jadi apa yang kerajaan PAS kelantan lakukan ?  

MMI tidak menafikan bahawa gejala tidak bermoral ini turut berlaku di negeri-negeri lain namun penguatkuasaan sentiasa digerakkan bagi membanteras gejala ini.Tetapi pernahkah kita terfikir Kelantan sebagai sebuah negeri yang dipimpin oleh mereka-mereka yang diangkat sebagai ulama dan telah berkuasa selama 20 tahun lebih serta sentiasa mencanangkan kepada seluruh rakyat bahawa Islam sentiasa menjadi keutamaan masih berlakunya aktiviti pelacuran yang cukup menjijikkan ini ?

Fikirkan..

MMI percaya seharusnya kita semua berganding bahu dalam usaha membanteras perkara - perkara kemungkaran ini.Persoalannya sejauh mana PAS boleh bekerjasama sekiranya masih tetap dengan pendirian tidak akan berbaik dengan UMNO tetapi dalam masa yang sama bersekedudukan dengan sahabat baik mereka Kafir Harbi DAP.

Ikuti lagi pendedahan Pelacuran di Kelantan oleh Kickdefella.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels