Followers

Sunday, 27 November 2011

Berita Dari Tasek Gelugor - Anugerah Kecemerlangan UPSR


Seramai 270 pelajar hadir bersama keluarga masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Murni Sungai Dua pagi tadi.Para pelajar tersebut terdiri daripada mereka yang mencatat keputusan cemerlang dalam UPSR dan hadir dari sekolah-sekolah dalam Parlimen Tasek Gelugor.

Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2011 merupakan satu program daripada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor dengan kerjasama Biro Pendidikan & Latihan UMNO Bahagian Tasek Gelugor yang diadakan pada setiap tahun.

Pada tahun ini sebanyak 270 pelajar dari semua sekolah rendah dalam Parlimen Tasek Gelugor  telah berjaya mencatat keputusan cemerlang  5A dan 7A bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.


Program yang dihadiri oleh semua kepimpinan UMNO dalam kawasan Tasek Gelugor ini di rasmikan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Ahli Parlimen Tasek Gelugor merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Beliau yang turut memberikan sumbangan kepada para pelajar berkata " Dulunya sewaktu saya mengambil peperiksaan keadaan tidak sama seperti hari ini,Dulunya sekolah untuk orang Melayu begitu kurang sekali dan perlu melanjutkan pelajaran ke sekolah orang putih."


Hari ini kita bersyukur kerana kerajaan yang ada begitu komited dalam usaha memberikan taraf pendidikan terbaik kepada seluruh rakyatnya.Setiap kawasan akan disediakan sekolah dan ini sebenarnya untuk memastikan para pelajar tidak perlu bersusah payah seperti zaman saya dulu dan dapat menimba ilmu dengan keadaan yang baik dan selamat.Kesannya hari ini kita berjaya mengumpulkan 270 orang murid cemerlang dalam Parlimen Tasek Gelugor tahniah kepada semua." sambil diberikan tepukan oleh semua yang hadir.




Program yang bermula seawal jam 08.30 pagi dengan sesi motivasi yang disusun oleh Biro Pendidikan & Latihan UMNO Bahagian Tasek Gelugor turut mendapat pujian daripada ibu bapa yang hadir kerana ianya dapat memberikan suntikan semangat kepada para pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan.

Pelajar-pelajar dilihat begitu gembira dengan penganugerahan ini dan jelas dilihat diwajah masing-masing keceriaan terpancar dan keyakinan untuk terus belajar sehingga mencapai kecemerlangan.

Dari kiri : Adik Nur Amira Bt Mohd Nor Affandi dan Nivashini A/P Gopal Krishnan
Adik Nur Amira Bt Mohd Nor Affandi dari Sekolah Kebangsaan Taman Senangan yang berjaya mencatat 5A menyatakan beliau berasa puas dengan kejayaan yang dicatatnya apatah lagi dengan penghargaan yang diterima hari ini membuatkan beliau berazam untuk terus mencapai kecemerlangan dan mahu memastikan impian ke universiti tercapai.

Penghargaan yang kami terima ini akan dijadikan sebagai pencetus semangat untuk terus berusaha bagi mencapai kecemerlangan.Terima kasih kepada pihak YB Tan Sri dan UMNO kerana menganjurkan program seumpama ini dan ingat kepada kami barisan pelajar.Saya yakin dan percaya dengan sokongan yang sebegini kami para pelajar mampu untuk terus berusaha agar menjadi yang terbaik.Kata adik Nivashini A/P Gopal Krishnan yang juga pelajar cemerlang dari Sekolah Kebangsaan Taman Senangan.

Tahniah kepada semua pelajar cemerlang UPSR 2011.Teruskanlah usaha sesungguhnya menuntut ilmu itu satu ibadah. 

MMI ucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Ahli Parlimen Tasek Gelugor,YB Ust Syabudin Yahya Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor,Dato' Jasmin Mohamed ADUN Sungai Dua dan semua pimpinan yang sudi dan hadir dan menyumbang kepada pembangunan pendidikan di Parlimen Tasek Gelugor,.

1 lagi usaha dari UMNO dan Barisan Nasional untuk rakyat .

MMI.


No comments:

Post a Comment

Labels