Followers

Wednesday, 16 November 2011

Kerajaan BN Tunaikan Janji Pada Rakyat


Kerajaan Barisan Nasional telah mengotakan janjinya hari ini.

YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan belanjawan negara 2012 pada 7 Oktober yang lalu berkata bantuan persekolahan RM100 akan diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari tahun 1 hingga tingkatan 5 di seluruh negara,selain baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan,matrikulasi serta pelajar tingkatan enam diseluruh negara.

Pemberian bantuan ini juga merupakan salah satu usaha kerajaan BN untuk meringankan beban ibu bapa dalam membuat persediaan persekolahan anak masing-masing.Paling menarik bantuan ini diberikan kepada semua rakyat yang layak menerima tanpa mengira latar belakang keluarga.

Terima Kasih dan syabas kepada YAB Perdana Menteri Malaysia kerana dalam keadaan ekonomi dunia dilihat kurang stabil namun kerajaan BN telah mengambil langkah yang cukup baik dengan menyediakan bantuan seumpama ini dan ianya dinikmati hampir seluruh rakyat negara Malaysia tanpa mengira Bangsa,Agama dan fahaman politik.Klik Sini

MMI dalam tinjauan yang dilakukan hari ini di beberapa buah sekolah di Pulau Pinang terutamanya dalam parlimen pembangkang turut teruja melihat ibu dan bapa hadir ke sekolah bagi menerima bantuan yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Para waris berkumpul di kantin

Para waris menuju ke kelas anak masing-masing 

Pujiaan MMI berikan kepada para guru yang bertungkus-lumus dalam memastikan proses penyerahan bantuan ini dijalankan dalam keadaan yang baik dan teratur.Dalam taklimat juga para guru turut memaklumkan kepada ibu dan bapa yang hadir berkenaan pemberian bantuan daripada kerajaan ini adalah untuk meringankan beban semua waris dalam membuat persediaan persekolahan anak masing-masing.


Para Guru telah bersedia di kelas masing-masing bagi melancarkan penyerahan bantuan

Semua dokumen pengesahan diserahkan dan waris menurunkan tandatangan bagi  mengesahkan telah menerima bantuan

Proses penyerahan bantuan dilakukan mengikut kelas pelajar masing-masing
Dalam proses penyerahan bantuan pagi tadi,MMI yang berada di salah sebuah sekolah di satu kawasan parlimen pembangkang turut melihat kehadiran para ibu dan bapa terdiri daripada pelbagai fahaman politik.Namun keceriaan jelas terpancar di wajah masing-masing apabila semua mendapat bantuan yang diberikan.


Namun masih ada dikalangan mereka-mereka yang menyatakan bahawa pemberian ini adalah merupakan pemberian bermotifkan politik kerana PRU13 makin hampir.MMI hanya tersenyum mendengar celoteh mereka kerana walaupun bermacam-macam cerita yang diperkatakan namun tangan para guru yang menghulurkan bantuan RM100 dari kerajaan ini tetap disambut oleh mereka dengan keceriaan tetap jelas terpancar di wajah masing-masing.



Paling menarik hati MMI apabila seorang bapa yang dari awalnya bercakap dan mengutuk kerajaan Barisan Nasional menyatakan syukur setelah menerima pemberian bantuan tersebut dan memaklumkan kepada MMI sekurang-kurangnya ringanlah sedikit beban kita dalam membuat persediaan sekolah anak-anak.

Hahaha geli hati dibuatnya melihat gelagat puak-puak pembangkang hadir ke sekolah berbaris pula tu siap senyum lagi.

Apa pun yang berlaku MMI percaya bantuan ini sebenarnya telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya.Kerajaan Barisan Nasional komited dengan janjinya.Kerajaan Barisan Nasional sentiasa prihatin kepada rakyatnya.

Bagi MMI walaupun terdapat segelintir mereka-mereka yang sedikit merungut berkenaan pemberian bantuan ini hanya kerana faktor berlainan politik namun perlu diingat bahawa kerajaan Barisan Nasional telah mengotakan janjinya kepada seluruh rakyat Malaysia.

MMI rumuskan pemberian ini sememangnya melibatkan politik dan politik ini adalah politik kerajaan Barisan Nasional yang berpolitik untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia bukannya politik untuk memancing undi seperti mana yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang.



Gunalah pemberian bantuan ini dengan sebaik-baiknya.

Syabas dan Tahniah buat kerajaan Barisan Nasional.

Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels