Kerajaan DAP Pulau Pinang sekali lagi gagal dalam menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan negeri yang prihatin dengan nasib rakyat.Slogan yang dilaungkan oleh Lim Guan Eng bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang mengamalkan CAT ternyata indah khabar dari rupa.
Terbaru Penghuni Taman Teluk Kumbar mengugut mengadakan demonstrasi jika masalah yang mereka hadapi sejak 16 tahun lalu gagal diselesaikan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dalam tempoh dua minggu.
Mereka berhasrat untuk berarak ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), iaitu bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri.
Pengerusi persatuan penduduk taman itu, Kadir Mohd. Pitchay, 62, berkata tindakan tersebut diambil berikutan terlalu kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang seolah-olah tidak memandang serius masalah yang mereka hadapi.
"Kami sudah tidak tahan lagi dengan sikap endah tak endah kerajaan negeri termasuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Pesuruhjaya Bangunan (COB) yang hanya mengatakan tindakan akan diambil tetapi tiada apa-apa dilakukan sampai sekarang,"
Bukti kerajaan DAP Pulau Pinang tidak menunaikan tanggungjawab dapat dilihat pada tarikh surat ini iaitu 15 Jun 2011 dimana satu perjumpaan diantara Persatuan Penduduk dan Ahli Majlis Balik Pulau Encik Iszuree Ibrahim diadakan.Hampir 5 bulan setelah pertemuan dan janji untuk menyelesaikan permasalahan penduduk keadaan tetap sama malahan semakin teruk.
Masalah yang dihadapi oleh penduduk di situ adalah penyelenggaraan tidak sempurna seperti ketiadaan tong sampah, jeriji penghadang patah, litar elektrik rosak, dewan serbaguna kotor dan alat pemadam api tidak berfungsi.
Kadir Mohd Pitchay menunjukkan jeriji besi yang telah patah dan diletakkan sekeping papan di Flat Taman Teluk Kumbar
Kadir Mohd Pitchay menunjukkan kotak fiber bekas air digunakan sebagai tong sampah bagi kegunaan harian penghuni flat
Dalam pada itu, Kadir juga memberitahu, pihak pemaju juga sanggup menjadikan tadika yang disediakan di situ sebagai rumah sewa semata-mata mahukan keuntungan.
"Saya kini cuma berharap pihak pemaju menyelenggara semula kerosakan atau menunaikan segala janji yang dibuat dalam mesyuarat pada 24 Ogos lalu," ujarnya.
Sementara itu, seorang penduduk, Lily Yap, 40, mendakwa pihak pemaju terbabit tidak bertanggungjawab kerana hanya tahu mengutip caj penyelenggaraan daripada penduduk sedangkan kerja- kerja tidak dijalankan dengan sempurna.
"Contohnya, saya pernah mengadu air paip di kedai saya telah bocor dan meminta mereka untuk membaikinya tetapi tidak pernah datang. Akibatnya, saya terpaksa keluar duit sendiri untuk membaikinya,"
N. Karthigasu, 39, pula memberitahu, masalah yang dihadapi penduduk menyebabkan mereka terpaksa hidup dalam persekitaran yang kotor dan tiada jaminan keselamatan.
"Saya harap pihak berkuasa jangan bercakap kosong sahaja, tetapi mula buat kerja sekarang. Jika tidak, saya akan menyertai perarakan bagi meluahkan perasaan tidak puas hati kepada kerajaan negeri," katanya.
Penduduk menyalahkan pemaju dan mendakwa masalah mereka tidak dipedulikan sehingga mereka pernah mengadakan bantahan aman bagi meluahkan rasa tidak puas hati.
Kadir Mohd. Pitchay, 61, turut berkata, masalah paling besar dihadapi penduduk ialah hak milik strata yang masih belum diserah kepada mereka sejak lebih satu dekad.
“Sudah berkali-kali kami menuntutnya tetapi pihak pemaju hanya mendiamkan diri. Lebih teruk lagi, mereka mengunci bekalan air jika penduduk tidak bayar yuran penyelenggaraan,”
Jirannya, Kamal Basha Ismail, 50, berkata, kawasan perumahan tersebut langsung tidak dijaga sedangkan penduduk membayar yuran penyelenggaraan setiap bulan.
MMI turut simpati dengan nasib penduduk Taman Teluk Kumbar yang dilihat seolah-olah tidak diberikan perhatian oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.Sebagai sebuah kerajaan negeri yang sentiasa melaungkan sistem C.A.T atau Cekap Akauntibiliti dan Telus sepatutnya tidak berlaku perkara-perkara sebegini.C.A.T yang dibangga-banggakan oleh Lim Guan Eng ini ternyata hanyalah retorik kerana perkara asas sebagai sebuah kerajaan adalah membela nasib rakyatnya.
Bukti diatas adalah satu lagi kelemahan pentadbiran rejim DAP di Pulau Pinang.
MMI.
No comments:
Post a Comment