Followers

Sunday, 13 November 2011

Mat Sabu Punca Pergaduhan Di Pasir Gudang


Pasir Gudang kecoh malam semalam setelah satu pergaduhan berlaku.Kehadiran Timbalan Presiden PAS Mat Sabu di Pasir Gudang dikatakan sebagai punca berlakunya pergaduhan tersebut.Mat Sabu tidak sepatutnya datang ke negeri Johor kerana rakyat Johor masih marah dengan kenyataannya sebelum ini iaitu mengangkat komunis sebagai hero negara dan meletakkan anggota polis yang gugur dalam peristiwa serangan Bukit Kepong sebagai pengkianat.

Inilah sikap kepimpinan Pakatan Haprak sebagai seorang pemimpin beliau sepatutnya tahu bahawa kenyataan kontroversinya sebelum ini mampu mencetuskan keadaan yang tidak baik apatah lagi turun ke negeri Johor dalam sesi ceramah mengutuk dan mencerca yang begitu sinonim dengan manusia bernama Mat Sabu ini.

Jelas dengan apa yang berlaku rakyat Johor sebenarnya tidak mahu Mat Sabu untuk menapakkan kakinya di bumi Johor.Malah kejadian pergaduhan tersebut memuktikan bahawa beliau tidak diterima sebagai seorang pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam.Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk berbohong dan memfitnah barangkali Mat Sabu terlupa inilah yang dilihat oleh rakyat terhadap beliau selama ini.

Apa yang dikesalkan dalam insiden pergaduhan tersebut seorang ahli pemuda UMNO bahagian Pasir Gudang  dilaporkan mengalami kecederaan di kepala dan menerima 4 jahitan setelah berlaku kekecohan akibat tindakan agresif  segelintir penyokong pembangkang.

Jamil Hussin cedera akibat dipukul dalam insiden di Pasir Gudang Johor
Berdasar sumber maklumat yang MMI perolehi kejadian tersebut berlaku ketika sekumpulan wakil pemuda UMNO mendekati lokasi ceramah di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Perjiranan 9 Taman Air Biru sebelum dijemput untuk berdebat selama 10 minit.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang Rohazam Shah Ahmad pelawaan itu dibuat sendiri oleh Mat Sabu malah beliau turut memberi jaminan kawalan keselamatan terhadap mereka.Beliau turut berkata "Kami diyakinkan bahawa unit amal PAS akan menjamin keselamatan kami". Malangnya penyokong pembangkang yang hadir tidak patuh pada arahan pemimpin mereka supaya ceramah tersebut dijalankan dalam keadaan aman lalu terus menyerang kami".

Berikutan serangan itu ahli pemuda UMNO Jamil Hussin mengalami kecederaan.Bagaimanapun pihak Polis berjaya mengawal keadaan dengan cepat dan berjaya mengelakkan keadaan menjadi bertambah buruk.

Inilah perkara sebenar yang berlaku.Ternyata puak-puak pembangkang merupakan pencetus kepada insiden yang berlaku di Pasir Gudang.Mat Sabu sebagai seorang pemimpin seharusnya bertanggungjawab di atas apa yang berlaku kerana dengan kehadiran beliaulah sebenarnya menjadi punca utama kepada insiden ini.

Rakyat Johor ternyata tidak dapat menerima seorang pemimpin bernama Mat Sabu.

Jelas dan nyata. 

Mat Sabu juga dengan angkuhnya turut berkata pembangkang mampu menawan Pasir Gudang pada PRU 13 nanti.Hebat Mat Sabu.

P/S kalau benar Mat Sabu anak jantan datang dan bertanding di Tasek Gelugor yang merupakan kampung halamannya sendiri.Ada berani ?

MMI.


No comments:

Post a Comment

Labels