Hari ini bertempat di Sunway Convention Centre Seberang Jaya telah berlangsungnya satu Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri Anjuran Pemuda BN Malaysia.Program yang dijalankan disini adalah untuk para peserta daripada zon utara.
Program yang bermula seawal jam 09.00 pagi ini melibatkan 4 peringkat dimana para peserta perlu melalui 'Screen Test',Saringan,Separuh Akhir dan Akhir.
Bagi peringkat zon utara ini sebanyak 18 peserta telah berjaya melayakkan diri bagi menentukan kejuaraan.
Program ini dilihat cukup baik dengan pendekatan yang cukup mesra dan ruang yang diberikan kepada semua peserta untuk sama-sama memberikan yang terbaik.
Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri ini telah menjelajah keseluruh negara dan Pulau Pinang diberitakan sebagai destinasi terakhir sebelum pertandingan akhir dibawa ke PWTC.Program ini bertujuan untuk mencari lebih ramai bakat-bakat diluar sana yang mampu untuk diangkat sebagai penceramah dan dalam masa yang sama mendekati kumpulan-kumpulan anak muda ini dengan niat untuk melatih mereka seterusnya membawa mereka kedepan.
MMI yang turut berada di lokasi turut melihat sendiri bagaimana gigihnya semua peserta berusaha untuk mendapatkan tempat ke pertandingan akhir.Semangat yang begitu jitu dan perpaduan sesama peserta turut menarik perhatian MMI apabila semua peserta bertanding atas satu semangat tanpa memperkecilkan pesertas-peserta yang lain.
Gagasan 1Malaysia juga dapat dilihat hari ini apabila terdapat peserta dari kalangan kaum Cina turut mengambil bahagian dan juga penonton yang hadir memberikan sokongan terdiri dari semua bangsa.
Percayalah program sebaik ini pastinya mampu melahirkan generasi pemidato hebat dalam usaha memberikan ruang dan peluang kepada semua warga Malaysia untuk sama-sama melibatkan diri dalam arena politik.
Mohd Fadhuni Hj Abdul Ghani |
Saudara Mohd Fadhuni HJ Abdul Ghani salah seorang peserta yang turut layak ke peringkat saringan berkata " Program sebegini sememangnya bagus untuk kita tonjolkan bakat anak-anak muda kerana dulunya anak-anak muda kurang diberi pendedahan terutamanya program pidato yang semacam ini."
Hari ini anak muda sebenarnya cukup lantang memberi pendapat bahkan mereka dilihat lebih menggunakan medan siber terutamanya facebook,blog dan twitter dalam menzahirkan apa saja yang terpendam di hati mereka namun dengan penganjuran pertandingan seperti ini kita dapat mempelbagaikan kaedah dan saluran untuk mereka di luar sana bersuara.
Baliau turut berkata "Apatah lagi YAB Perdana Menteri baru sahaja melancarkan slogan BN Pilihan Orang Muda dan ini merupakan platform terbaik yang dimulakan oleh Pemuda BN dan saya yakin dengan idea dan gerak kerja sebegini dalam memenangi hati anak muda,BN pastinya mampu menarik sokongan anak muda untuk kembali bersama UMNO dan Barisan Nasional."
Ahmad Shukry Saidin |
Pertandingan ini menjadi pentas terbaik dalam usaha Pemuda BN melahirkan barisan pemimpin baru di semua peringkat untuk sama-sama membantu dan bekerja bagi pemuda dan UMNO disetiap negeri kata saudara Ahmad Shukry Saidin.
Beliau yang turut layak keperingkat saringan sewaktu ditemui turut berkata " Ruang dan peluang ini sebenarnya dapat digunakan sepenuhnya oleh mereka-mereka yang tidak mendapat peluang diperingkat bahagian masing-masing dalam menonjolkan bakat yang ada disamping dapat dijadikan sebagai sumbangan kepada Barisan Nasional dan UMNO apabila para peserta kembali ke bahagian masing-masing dengan ilmu yang dapat dipelajari disini."
Ini juga sebenarnya menunjukkan Barisan Nasional komited dan memberi gambaran jelas bahawa kita berusaha untuk mengembeleng seluruh aset yang ada pada kita sebagai parti yang memerintah agar dapat digunakan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada jentera yang berguna.Paling penting ia juga menunjukkan semangat 1 Malaysia dengan para peserta terdiri daripada pelbagai kaum.Terima Kasih kepada Pemuda BN dan terima kasih juga kepada YAB Perdana Menteri yang sentiasa menyokong dan mendokong gerak kerja orang-orang muda khususnya Pemuda BN.Katanya.
Sehingga blog ini ditulis Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri Zon Utara masih dijalankan.Harapan MMI semoga zon utara mampu melahirkan seorang pemidato hebat yang bakal menggegarkan negara khususnya dalam usaha kita mematahkan serangan dan tohmahan daripada pihak pembangkang.
Syabas Pemuda BN anda semua terbaik.
MMI.
No comments:
Post a Comment