Melihat kepada Kongres Nasional Tahunan Keadilan pada tahun ini saja sudah membuatkan MMI tersenyum sendirian.Semuanya kerana sifat Parti Keadilan itu sendiri yang sentiasa mendabik dada kononnya mereka lah yang paling hebat dalam kancah politik negara.
Sebagai sebuah parti yang dari luarannya ditonjolkan sebagai sebuah parti yang hebat,PKR dilihat seolah-olah sedang mencuba untuk memperbaiki reputasinya yang semakin merundum ekoran daripada pelbagai kekecohan dan kelemahan yang melanda parti tersebut.Jika dilihat daripada dalaman PKR sebenarnya menghadapi masalah yang cukup teruk di peringkat bawahannya.
MMI mendapat maklumat menyatakan orang-orang Keadilan dan PAS di Permatang Pauh sebenarnya tidak sehaluan.Masing-masing telah menyatakan untuk tidak membantu parti lain semuanya kerana perselisihan faham yang berlaku dan di bawa sehingga ke hari ini.Inilah antara perkara-perkara yang tidak diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan PR.
Kongres yang turut diadakan sebelum Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang bakal bermula minggu depan sebenarnya menjelaskan PKR mempunyai agenda jahat dan kotor.Ini kerana taktik mendahului adalah salah satu taktik PKR dalam menghadapi serangan politik daripada Barisan Nasional mahupun pihak-pihak yang pro kepada kerajaan.
Mereka mahu dilihat sebagai sebuah parti yang kuat dan kononnya mampu serta bersedia untuk menerajui negara dengan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.
Timbalan Presiden KEADILAN,Mohamed Azmin Ali berkata parti Keadilan sudah bersiap sedia untuk menembusi negeri yang dikatakan kubu kuat UMNO termasuk di Johor.Pemilihan Johor sebagai tuan rumah bagi kongres yang bakal berlangsung hari ini merupakan isyarat jelas kepada UMNO dan Barisan Nasional.
"Ini merupakan satu signal kepada UMNO dan kerajaan Barisan Nasional di seluruh negara bahawa PKR sudah bersedia untuk menembusi kubu-kubu UMNO termasuk negeri Johor," katanya.
Menurut Azmin PKR komited dalam memberikan pilihan yang terbaik kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum yang akan datang."Keadilan dan Pakatan mampu mengangkat bangsa Malaysia tanpa mengira kaum dan ini dapat dilaksanakan sekiranya kita diberi peluang bagi menawan Putrajaya kelak,"
Itulah yang menjadi impian manusia bernama Azmin ini.Putrajaya dilihat sebagai satu keutamaan sedangkan perkara - perkara lain yang lebih penting diabaikan.
Selain itu Azmin yang tersentak dengan Pelancaran Kelab Media Sosial 1Malaysia baru-baru ini turut menempelak YAB Perdana Menteri diatas majlis pelancaran tersebut.Beliau membandingkan peranan anak muda dan wanita dalam KEADILAN yang berjuang secara sukarela dengan usaha terdesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang terpaksa meraih sokongan anak muda dengan pelancaran Kelab Media Sosial 1Malaysia.
Beliau yang semakin panas punggung dalam ucapannya turut menghargai sumbangan anak-anak muda dan golongan wanita dalam membina negara dengan mengiktiraf mereka sebagai peneraju demokrosi tulen.
Ini menunjukkan bahawa pembangkang terutamanya PKR turut menerima kesannya diatas penubuhan dan pengiktirafan oleh YAB Perdana Menteri terhadap peranan bloggers,facebookers dan tweetarian pro BN dalam membantu kerajaan.
Mereka dilihat semakin hilang arah dan pastinya kongres yang diadakan di Johor oleh PKR adalah semata-mata untuk menunjukkan kepada seluruh negara bahawa Pakatan Rakyat masih relevan.Cita-citanya terlalu besar sedangkan keupayaannya terbatas.
Hakikatnya PKR adalah parti retak menanti belah.
Kepada PKR nantikan jentera daripada Barisan Nasional yang sudah bersiap sedia untuk turun ke medan peperangan.Selagi ada nyawa UMNO dan Barisan Nasional tetap akan dipertahankan.
Ternyata PKR dan Azmin makin meroyan dan gilakan kuasa.
MMI.
No comments:
Post a Comment