Followers

Saturday, 26 November 2011

Suara Mahasiswa


AUKU dipinda benarkan penuntut 21 tahun aktif

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengotakan janjinya untuk lebih terbuka memberi kebebasan kepada rakyat dengan mengumumkan hasrat kerajaan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 yang akan membenarkan penuntut mencapai usia 21 tahun menyertai parti politik.

Namun, bagi menjaga kepentingan peranan universiti sebagai institusi pendidikan, politik kepartian dilarang dibawa ke dalam kampus.
Perdana Menteri berkata, langkah berkenaan sebagai menghormati hak Perlembagaan mahasiswa negara yang kebanyakannya sudah mencapai umur baligh undang-undang atau 'age of majority'.

“Kerajaan akan membenarkan mereka menjadi ahli politik, tetapi bertegas tidak akan sekali-kali membenarkan politik kepartian dibawa ke dalam mana-mana kampus,” katanya ketika membentangkan usul pembatalan Proklamasi Darurat, di Parlimen semalam.

Beliau juga berkata, kerajaan percaya terhadap kematangan dan kebijaksanaan mahasiswa dan mahasiswi di negara ini.



“Ia sejajar dengan semangat pembaharuan undang-undang negara supaya selaras kehendak semasa dan mengukuhkan lagi usaha kerajaan memastikan negara sentiasa ke hadapan, mengimbangi antara keselamatan kebangsaan dan kebebasan individu,” katanya.

Satu sahaja pesanan MMI selepas ini buat semua mahasiswa dan mahasiswi berpolitiklah dengan bijak.Kerana kita tahu dan yakin tidak semua yang mahu berpolitik itu menyokong kerajaan Barisan Nasional.

Terpulang kepada fahaman politik masing-masing walaupun MMI melabelkan mahasiswa dan mahasiswi yang tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional sebagai pengkianat dan tidak tahu bersyukur.

Paling penting jangan anggap diri itu hebat hanya dengan berada di IPT.Kerana politik itu luas dan luasnya sehingga tak terjangkau oleh kita sebagai manusia.

MMI bukannya apa , pengalaman telah menceritakan segalanya. 

Apa pun buatlah yang terbaik paling penting peliharalah Bangsa,Agama dan Negara tercinta.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels