Followers

Saturday, 11 February 2012

Azmin Bakal Pecat Hadi Awang - Pas & Pakatan Haprak Seks Terus Bersandiwara


Pakatan Haprak Seks ternyata terus bersandiwara terhadap rakyat.Mereka dilihat hebat apabila bersama namun masing-masing mempunyai niat dan matlamat yang berbeza khususnya dalam menentukan arah tuju perjuangan apa yang mereka gelarkan sebagai Pakatan Rakyat.

Terbaru mengenai  Pas hari ini menyerlahkan seperkara lagi di mana parti itu bercanggah pendapat dengan parti komponen Pakatan Rakyat – konflik Palestin-Israel, yang sekali gus  meletakkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang silang pendirian dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam blognya hari ini, Presiden Pas itu berkata partinya tidak dapat menerima pengiktirafan Israel sebagai syarat menamatkan kezaliman di Palestin kerana adalah "haram menerima kewujudan negara haram."

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan keselamatan Israel harus dilindungi dengan syarat negara itu mengiktiraf hak-hak rakyat Palestin.

Hadi menegaskan pihaknya hanya mengiktiraf satu negara Palestin manakala Israel tidak wujud sama sekali.

Tidak dapat dipastikan kenapa Hadi memilih sekarang untuk menyatakan pendirian parti itu dan tidak jelas setakat ini  kesan kenyataan itu ke atas hubungan Pas dengan parti-parti lain dalam Pakatan.

Adalah difahamkan bahawa DAP juga bersetuju terhadap pengiktirafan Israel sekiranya hak rakyat Palestin dilindungi daripada kekejaman Zionis.

Malaysia adalah penyokong utama usaha memartabatkan rakyat Palestin di luar bumi Arab dan telah memberi pelbagai sokongan termasuk bantuan kewangan dan kemanusiaan untuk mengurangkan penderitaan penduduk di situ.

Pendirian bercanggah terhadap isu Palestin di antara Anwar dan Hadi membuka jendela untuk mengintip masalah menetapkan dasar-dasar luar negara yang mungkin berlaku sekirannya Pakatan memegang kuasa pada pilihanraya umum ke 13.

Sehingga sekarang, Pas, PKR dan DAP gagal untuk menangani isu perlaksanaan hukum hudud yang dituntut oleh Pas. Parti itu Cuma bersetuju dengan DAP dan PKR untuk tidak menjadikannya sebagai sebahagian daripada manifesto bagi menghadapi PRU 13.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang akur kalangan negara Arab menerima penyelesaian secara mewujudkan dua negara, tetapi menegaskan Palestin bukan hak orang Arab sahaja.

"Palestin adalah hak umat Islam seluruhnya. Kalangan penganut agama Yahudi yang kuat berpegang dengan agama Yahudi menolak wujudnya negara Israel dan menghukumnya dosa besar kerana tindakannya adalah menggali kubur untuk kaum Yahudi  sendiri, yang disedari melakukan jenayah dosa besar, membasahi bumi Palastin dengan darah para anbiya dan ulama yang soleh," katanya lagi.


Hadi berkata, bumi Palestin adalah antara tiga tanah suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah.

Menurut Abdul Hadi, negara bernama Israel sebenarnya tidak wujud dalam peta dunia sejak Allah mencipta bumi.

"Negara ini diwujudkan secara haram oleh kuasa besar dunia selepas perang dunia kedua bagi mengotakan Perjanjian Balfore yang melibatkan British yang dibantu oleh Yahudi, sejak Perang Dunia Pertama lagi," kata Hadi.

"Negara ini hukumnya haram mengikut hukum agama dan undang-undang antarabangsa ciptaan manusia.Ini kerana ia merampas daripada penduduk asalnya dan menghalau sebahagian besar daripada mereka," tambah beliau.

Abdul Hadi berkata adalah perkara wajib untuk ummah membebaskan Palestin sepenuhnya dan membela saudara mereka yang dizalimi, dan penerimaan Israel melanggar prinsip itu.

"Haram menerima kewujudan negara haram," katanya.Sumber matkilaupenang.blogspot.com

Syabas Hadi Awang namun sedarkah kita bahawa berlaku ketidaksefahaman diantara dua pemimpin utama dalam Pakatan Haprak Seks ini ? Ianya amat jelas sekali Hadi Awang telah mencalarkan serta merosakkan imej Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dalam negara.

Seperti mana yang telah berlaku terhadap Hassan Ali apabila Azmin Ali telah mengarahkan Pas supaya memecat beliau dengan alasan tindakan mengkritik dasar dan pemimpin terutamanya Anwar Ibrahim telah mencalarkan imej pemimpin tersebut dan Pas telah pun bertindak dengan memecat serta-merta Hasan Ali.

Soalnya sekarang apakah tindakan Hadi Awang ini tidak mencalarkan imej Anwar Ibrahim apabila beliau jelas menyatakan apa cara sekalipun Israel tidak akan sesekali boleh diberikan sebarang keistimewaan apatah lagi mengiktiraf atau mempertahankannya.Malah beliau turut berkata haram menerima kewujudan negara haram dan bumi Palestin adalah diantara 3 tanah suci bagi orang Islam selepas Mekah dan Madinah.

Jadi sekiranya Pakatan Haprak Seks ini mengamalkan budaya pentadbiran yang adil saksama dan telus maka Hadi Awang juga perlu dipecat daripada Pas sepertimana Pas memecat Hasan Ali.


Sekarang Azmin Ali perlu menulis sepucuk surat kepada Pas mendesak mereka untuk turut memecat Hadi Awang kerana kes dan kesalahan yang sama dilakukan oleh Hasan Ali.Soalnya sekarang Azmin ada berani ka?

Puak-puak Pas boleh ke memecat Hadi Awang ? Sekiranya Hadi Awang tidak dipecat maka jelaslah Pas selama ini hanya menjadi kuda tunggangan kepada DAP dan PKR.Mereka sanggup untuk terus diperkudakan oleh DAP dan PKR terus-terusan.

Sekiranya Pas gagal memecat Hadi Awang maka Pas sebenarnya merupakan sebuah parti yang cukup zalim dan kejam kerana telah mengambil tindakan terhadap Hasan Ali.

Akhir sekali MMI nak tanya kepada pemuda Pas ampa dok buat apa la ni ? Bacul ke ? 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels