Followers

Saturday, 11 February 2012

Masih Lagi Perihal Ayam - DAP Cuba Cari Ruang


Masih lagi dengan isu ayam ataupun kes bergaduh di KFC I-City baru-baru ini.Sudah semestinya ramai yang telah menyaksikan video kejadian tersebut dan pelbagai reaksi telah ditunjukkan.Namun satu perkara perlu kita ingat pekerja KFC yang terlibat dalam insiden tersebut telah pun digantung tugas oleh pihak KFC Malaysia.

Cepat sekali tindakan diambil cuma satu persoalan yang bermain di fikiran MMI , kenapa pihak KFC Malaysia boleh mengambil tindakan yang cukup cepat menggantung pekerjanya yang terlibat ? Sedangkan mereka tahu punca insiden ini berlaku adalah kerana jumlah pengunjung ke restoran KFC khususnya di I-City yang melebihi jangkaan pada satu-satu masa menyebabkan ayam goreng yang menjadi pilihan pengunjung tidak dapat disediakan mengikut tempoh masa tertentu.Sepatutnya pihak KFC perlu menambah bilangan pekerja di restoran-restoran miliknya yang dilihat mempunyai jumlah pengunjung yang ramai bukan dengan menggantung mereka.

Hanya dengan perkara tersebut maka tercetuslah satu insiden yang amat memalukan kepada semua rakyat Malaysia kerana tindakan memaki dan melolong didalam premis tertentu jelas merupakan tindakan mereka-mereka yang bodoh dan bangang.

 


Betullah seperti jangkaan MMI sebelum ini kfc-punya-cerita-melayu-sama-cina-bergaduh sudah semestinya berlaku sesuatu melibatkan caci maki yang keterlaluan sehinggakan tercetusnya insiden tersebut.

Satu perkara yang perlu kita ingat pekerja-pekerja KFC yang terlibat dalam insiden tempoh hari telah pun dikenakan pengantungan oleh pihak KFC Malaysia.Sedangkan mamat lahanat yang tak habis-habis memaki dalam restoran KFC ketika itu masih bebas dan boleh mengadakan sidang akhbar di pejabat DAP.

Bersama DAP bererti mamat lahanat itulah yang rasis dan sudah tentu akan berlaku pembohongan fakta yang tiada diadakan.Semuanya hanya untuk kepentingan individu-individu tertentu.LGE pun tak senang duduk!


MMI.
  

No comments:

Post a Comment

Labels