Sambil menyifatkan Salahuddin sebagai seorang pemimpin yang diterima rakyat di negeri ini, Pengerusi PKR negeri, Datuk Chua Jui Meng berkata, Ahli Parlimen Kubang Kerian mampu membantu pakatan pembangkang untuk menang pilihan raya akan datang.
"Beliau berasal dari Tanjung Piai dan seharusnya balik ke Johor. Beliau akan membantu Pas pada pilihan raya akan datang dan PKR negeri mengalu-alukan kepulangannya ke sini.
"Beliau merupakan pemimpin yang progresif dan diterima semua kaum. Beliau merupakan muka baru Pas di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran PKR Johor, di sini hari ini.
Turut hadir, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Salahuddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Ong Kaw Meng.
Ditanya sama ada Salahuddin akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan negeri ini, Jui Meng memberitahu, perkara itu masih belum dibincangkan dan keputusan mengenainya akan ditentukan oleh ketiga-tiga pemimpin utama dalam pakatan pembangkang.
"Kita belum bincang siapa menjadi Menteri Besar. Biar kita menang dulu baru boleh bercakap dan saya tidak mempunyai kuasa untuk bercakap mengenai perkara itu," katanya.Lagi Berita
Alamak yang bercakap pun Chua Jui Meng,buat malu ja mamat sorang ni.Chua Jui Meng asal daripada BN bro !! Sembang ..
MMI cukup tertarik dengan berita sebegini,Nampak cukup bersemangat dan penuh dengan keyakinan bahawa Pakatan Haprak akan merampas negeri Johor.Lawan bro baru tau Johor macam mana.
Kepada Lim Guan Eng , MMI masih tunggu siapa agaknya calon Melayu yang telah bersama-sama DAP sekarang.Jangan lupa pula bawa dia datang ke kawasan MMI,kita nak tengok sejauh mana rakyat menerima mereka.Ada brani ke Lim ? Jangan cakap saja bro !
MMI.
No comments:
Post a Comment