Pertubuhan belia merupakan pentas untuk negara lahirkan barisan kepimpinan pelapis dan ianya merupakan tempat terbaik bagi melatih para belia menjadi pemimpin yang baik.Jika melihat kepada urutan perjalanan organisasi belia di Malaysia ianya memberikan impak yang cukup besar kepada negara.
Malah jika melihat kepada jumlah organisasi belia dalam negara sahaja sudah cukup untuk menyatakan negara mempunyai perancangan yang terbaik bagi memastikan para belia terus diangkat kehadapan.Terbaru dengan tertubuhnya Parlimen Belia Percubaan yang melibatkan hampir 200 orang kepimpinan belia dari setiap kawasan parlimen membuktikan komitmen kerajaan dalam mengiktiraf dan mendengar pandangan serta suara belia yang merupakan nadi kepada kekuatan negara.
Di setiap negeri selain daripada Jabatan Belia & Sukan , turut mengambil tempat dalam mengendalikan hal ehwal belia adalah Majlis Belia Negeri dan juga Majlis Belia Daerah.Maka setiap organisasi belia di setiap kawasan semestinya mempunyai platform untuk terus bergerak aktif menjalankan gerak kerja belia melalui badan-badan induk ini.
Namun apa yang MMI mahu ketengahkan kali ini adalah berkenaan isu anugerah belia melibatkan negeri Pulau Pinang.Seperti kebiasaan setiap tahun apabila tiba hari belia di peringkat negeri maka sudah pasti akan dipilihnya beberapa calon dan pimpinan belia untuk menerima anugerah yang merupakan satu penghargaan kepada para belia yang menyumbang kepada pembangunan belia di negeri masing-masing.
Dikhabarkan terdapat beberapa rungutan kali ini berkenaan nama-nama calon yang dipilih untuk menerima anugerah belia bagi tahun 2012.MMI dikejutkan seawal pagi hari ini dengan satu tindakan yang dilakukan oleh salah satu Majlis Belia Daerah yang secara terang-terangan melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemilihan kali ini kerana dikatakan dipilih secara tidak profesional.
Perkara tersebut berlarutan sehingga menyebabkan tindakan daripada mereka yang diangkat sebagai pemimpin belia dilihat cukup tidak profesional malahan mengambil keputusan dan tindakan yang langsung tidak menunjukkan tahap profesional sebagai pemimpin tertinggi belia.
Apa yang MMI kesalkan adalah tindakan melahirkan rasa tidak puas hati ini dilakukan di laman sosial FB menggunakan platform MBD sendiri.Paling mengejutkan ianya turut ditambah dengan komentar-komentar mereka-mereka yang turut terlibat dalam organisasi tersebut.
MMI bukan mahu menyibuk berkenaan pemilihan calon penerima anugerah tetapi apa yang MMI kesalkan adalah tindakan pimpinan belia yang menerajui Majlis Belia Daerah boleh melakukan tindakan yang tidak profesional ini malah terdapat komentar yang berbaur ugutan yang dikaitkan dengan politik.
Persoalannya apakah mereka-mereka ini langsung tidak mempunyai akses untuk di bawa keperingkat yang lebih tinggi seperti Majlis Belia Negeri mahupun Jabatan Belia & Sukan Negeri ? Apakah mereka-mereka ini tidak diberikan peluang untuk bersuara dalam sesi perbincangan mahupun dalam Majlis Perundingan Belia yang sentiasa diadakan pada setiap tahun ?
Mungkin mereka terlupa tindakan sedemikian boleh menyebabkan para belia hilang rasa hormat kepada satu-satu organisasi.Apa yang MMI mahu lihat adalah pihak yang tidak berpuas hati perlulah merujuk kepada mereka yang lebih tinggi dengan diadakan satu dialog mahupun perbincangan bagi menjelaskan mahupun menyelesaikan apa yang di anggap masalah.Gunalah ruang yang ada secara profesioanal dalam menyelesaikan masalah kerana mereka mempunyai akses tersebut.Soalnya mengapa tidak ?
MMI bukannya kepimpinan belia diperingkat tertinggi seperti MBD mahupun MBN namun sebagai belia yang mempunyai organisasi kita sepatutnya menggunakan segala ruang yang ada untuk menyelesaikan sebarang permasalahan.Kita juga seharusnya menjaga etika dan profesionalisma kita sebagai pemimpin dalam satu-satu organisasi apatah lagi organisasi diperingkat tertinggi.
Ampa nilai sendiri la noo..
Apa yang berlaku cukup memalukan para belia khususnya di Seberang Perai Utara kerana tindakan segelintir pemimpin yang hilang pertimbangan dengan mengambil tindakan sedemikian.
Ketika artikel ini ditulis , kenyataan dan komentar yang dibuat telah pun dipadamkan dari ruangannya.Tetapi macam biasa MMI dapat print sebelum ianya dipadamkan.
Kepada pihak yang berwajib MMI cadangkan selesaikan perkara ini dengan cara dan tindakan yang sepatutnya.Bukan soal anugerah tapi sejauh mana ikhlasnya kita dalam perjuangan ?
Pssttt MMI pernah hadir kursus kepimpinan belia anjuran MBD ..
MMI.
No comments:
Post a Comment