Semakin ramai masyarakat di Malaysia sudah mula rimas akan kegiatan judi yang makin berleluasa.Malah dalam dunia tanpa sempadan hari ini pelbagai gajet yang di keluarkan bukan saja memudahkan anak muda dan para belia dari terlibat secara langsung,mereka juga mudah terlibat dalam kegiatan judi online.
Namun apa yang mengejutkan MMI adalah terdapat segelintir para belia yang menggunakan gajet seperti telefon bimbit android yang boleh memuat naik turun permainan judi kuda sebagai permainan di masa lapang.Apa yang MMI saksikan sendiri lebih mengejutkan apabila hanya dengan penggunaan telefon bimbit para remaja dan belia terlibat dalam permainan judi secara kecil-kecilan.
Walaupun ianya bermula secara kecil seperti ini dibimbangi ianya mampu mempengaruhi rakan-rakan dan para belia yang lain untuk terlibat sama.
Gambar diatas diambil secara sembunyi oleh MMI ketika remaja-remaja ini sedang asyik dengan permainan kuda melalui telefon bimbit.Mereka juga dikesan turut mempertaruhkan wang sebanyak RM1 bagi setiap pertaruhan.
Sebagai bukti MMI turut sempat merakamkan pertaruhan yang dijalankan.Saksikan rakaman di bawah.
Apakah kita sebagai rakyat Malaysia sanggup melihat gejala ini daripada berterusan ? Melalui pengalaman MMI sendiri semuanya melibatkan anak-anak muda yang mampu merosakkan generasi pelapis negara selepas ini.
Sebagai langkah awal MMI melihat langkah pencegahan seharusnya dilakukan dengan segera seperti mengharamkan semua jenis permainan video berunsur judi kerana sekali ianya diakses masuk ke telefon bimbit bermakna sesiapa saja mampu membukanya untuk dijadikan sebagai permainan.
Bayangkan sekiranya permainan tersebut dimainkan oleh anak-anak anda yang masih dibangku sekolah atau pun mereka yang masih bergelar pelajar?
Sama-sama kita usahakan untuk memastikan gejala judi kuda dibanteras demi memastikan generasi muda atau pun sesiapa saja tidak terlibat dalam permainan yang mampu merosakkan generasi khususnya mereka yang berbangsa Melayu.
MMI.
No comments:
Post a Comment