Followers

Wednesday, 25 July 2012

Gegaran Di Rasai Hingga Ke Pulau Pinang

Gambar Hiasan

GEORGETOWN 25 Julai - Gempa bumi yang menggegarkan Simeulue, Sumatera Utara, Indonesia pagi ini turut dirasai penduduk di negeri ini.

Tinjauan Bernama mendapati penduduk terutama yang tinggal di pangsapuri, mengadu kediaman mereka bergegar selain mengalami rasa pening.

Manisah Hamid dari flat Taman Bukit Jambul berkata, gegaran dirasai selama beberapa saat.

"Saya rasa pening dan lantai rumah macam bergegar tetapi sekejap sahaja," katanya yang tinggal di tingkat 12 flat tersebut.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata, jabatan tersebut menerima tiga laporan gegaran daripada penduduk yang tinggal di Butterworth dan sekitar George Town.

Jabatan itu melaporkan gempa dengan kekuatan 6.6 pada skala Richter menggegarkan Simeulue pada pukul 8.27 pagi waktu Malaysia dan pusat gempa terletak 25 km dari tenggara Simeulue dan 547 km dari barat daya Lumut, Perak.

Mungkin ramai yang peka berkenaan hal gempa ini kerana negara kita pernah menerima musibah paling dasyat apabila Tsunami yang terhasil daripada gempa yang berlaku di tempat lain mengakibatkan kita turut menerima tempiasnya.

Setakat entry ini ditulis tiada sebarang berita melaporkan kewujudan Tsunami yang boleh mendatangkan bahaya kepada mana-mana pihak.Walaubagaimanapun MMI yakin Jabatan Meteorologi Malaysia dan lain-lainnya sentiasa memantau keadaan.

Psstt kepada yang bertanya MMI perihal gegaran ni harap berpuas hati yea..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels