Nampaknya Nasrudin Hassan Tantawi,Ketua Pemuda Pas Pusat telah mendapat pembelaan daripada orang kuat parti tersebut apabila Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Ketua Penerangan Pas Pusat bangun membela anak buahnya dalam isu pembohongan yang dilakukan sendiri oleh Nasrudin dalam debat anjuran Sinar Harian baru-baru ini.
Walaupun seluruh negara telah mengetahui dan mendengar sendiri hujah-hujah yang disampaikan oleh Nasrudin namun seperti semua sedia maklum Pas semestinya akan mempertahankan waima sesuatu perkara tersebut jelas memperlihatkan kesilapan mahupun kebodohan pemimpin mereka sendiri.
Dengan penuh megah Tuan Ibrahim Tuan Man telah meminta Karpal supaya tutup mulut daripada memberi pandangan mengenai prinsip dan dasar parti tersebut.
Malah ahli politik veteran itu diminta melihat isu besar yang dipersetujui secara bersama dalam pakatan pembangkang demi matlamat politik masing-masing.
“PAS harap Karpal menghormati dasar dan perjuangan PAS yang sudah diketahui umum. Kita tidak akan sekali-kali berhenti daripada menegakkan Islam.
“Justeru Karpal seharusnya melihat perkara besar yang sudah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat kerana itu adalah lebih utama,” katanya kepada mStar Online.Klik Sini
Namun apa yang MMI nak ketengahkan disini adalah jika melihat kepada kenyataan daripada Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri ianya cukup jelas Pas hanya menjadikan alasan untuk melaksanakan hudud sebagai bahan kempen dalam menghadapi pilihan raya ke13.
Sedangkan hakikatnya mereka (Pas) sebenarnya mensasarkan kepada agenda bersama Pakatan Haprak khususnya dalam buku jingga yang memfokuskan kepada usaha untuk merampas Putrajaya.
Ini diakui sendiri oleh Tuan Ibrahim Tuan Man apabila berkata “Kita faham maksud dan situasi yang dibangkitkan Nasrudin ketika berdebat. Beliau hanya ungkapkan kembali pandangan Karpal mengenai hudud…namun pada hari ini pandangan itu sudah berbeza.
“PAS harap ia tidak dijadikan polemik kerana banyak isu lain yang lebih besar perlu diberi perhatian jika pembangkang mahu menuju ke Putrajaya,” katanya.
Apakah yang anda semua faham dengan kenyataan diatas ? Persoalan yang MMI mahu lontarkan adalah Apakah isu lain yang lebih besar selain daripada HUDUD yang perlu diberikan perhatian oleh Pas hari ini ?
Secara rasionalnya kenyataan daripada Tuan Ibrahim Tuan Man itu membawa maksud bahawa menguasai Putrajaya ( Kerajaan Persekutuan ) bersama Pakatan Haprak adalah lebih penting pada hari ini daripada berjuang untuk melaksanakan HUDUD yang sering menjadi bahan kempen mereka.
MMI mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Ibrahim Tuan Man kerana telah memberikan jawapan kepada persoalan mengapa selama lebih dari 20 tahun Kelantan di perintah oleh Pas Hudud masih tidak dilaksanakan.
Bukan kerana halangan mana-mana pihak tetapi oleh kerana dendam untuk menjatuhkan UMNO dan keinginan untuk berkuasa menjadi intipati kepada perjuangan Pas hari ini.
Sebab itulah Pas dilihat sanggup bersekongkol dengan DAPigs semuanya kerana kuasa !!
Teringat MMI antara hujah Nasrudin Hassan Tantawi "Pas tidak pernah menyertai dan bersekongkol dengan DAP tetapi apa yang ada hanyalah "tahalusiyasi" ataupun kerjasama politik dan dalam kerjasama politik inilah kita membataskan syarak serta meletakkan kaedah-kaedah dan pendekatan-pendekatan kita untuk memahamkan mereka supaya boleh menerima dasar perjuangan kita".
Bukankah beberapa hari selepas itu Karpal telah membuat kenyataan yang cukup jelas menolak sebarang pelaksaan hudud seperti yang di war-warkan oleh Pas ?
"I will never compromise" itulah kata-kata keramat yang keluar dari mulut Karpal Singh.
Hairan bukan kerana selama hampir 4 tahun lebih Pas bersama Pakatan Haprak khususnya dalam bersahabat dengan DAPigs dan PKR sejauh mana Pas telah memahamkan DAPigs dan PKR berkenaan dasar perjuangan mereka ?
Apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Nasrudin dalam hujahnya ? Jika melihat kepada apa yang berlaku ianya jelas satu pembohongan yang dilakukan semata-mata untuk menang berhujah , namun jauh di sudut pelaksanaannya perkara tersebut hanya igauan.
Inilah Pas sebuah parti yang hari ini semakin tenat dengan kesilapan barisan pimpinannya sendiri.
Fikir-fikirkanlah !! ( Tumpang tagline Farid Ismeth Emir penyampai berita RTM )
MMI.
No comments:
Post a Comment