Ketika umat Islam di Malaysia menyambut kedatangan ramadhan dengan penuh nikmat dan kesyukuran rupa-rupanya masih ada mereka di luar sana yang seagama dengan kita mengalami musibah dalam mengharungi hidup sebagai seorang rakyat kepada sebuah negara.
Itulah yang menghantui kaum Rohingya di Myanmar hari ini apabila bangsa mereka diusir dan dibunuh oleh puak Rakhine yang dikatakan turut mendapat sokongan daripada pihak berkuasa (Anggota Keselamatan) Myanmar sendiri.
Sebagai sebahagian daripada orang Muslim di muka bumi ini MMI mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang sedang berlaku di Myanmar hari ini.Pastinya apa yang sedang berlaku sebenarnya menunjukkan bahawa penghapusan etnik sedang berlaku di sana.
Inilah yang bakal berlaku sekiranya orang Islam tidak kuat.Kejadian sebegini boleh berlaku sekiranya kita gagal mempertahankan apa yang telah kita pertahankan selama ini.
Lihatlah bagaimana keadilan itu seharusnya menjadi keutamaan kepada mana-mana pemimpin di dunia khususnya pemimpin kepada negara-negara yang mempunyai berbilang kaum.
Kepada semua kita mungkin tidak mampu untuk membantu mereka,namun kita berikan sokongan moral dengan mengutuk tindakan kejam yang dilakukan dan paling penting jadikan apa yang berlaku di Myanmar ini sebagai pedoman buat kita semua.
Komen MMI
Bersyukur kerana dikurniakan sebuah negara yang makmur dan kerajaan yang cukup adil dalam membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
1Malaysia !
MMI.
No comments:
Post a Comment