Followers

Thursday 16 August 2012

Bukti PAS Bacul & Double Standard !!


Sebelum ini pun MMI dah keluarkan satu entri yang menceritakan Parti PAS sebenarnya bacul malah takut untuk bertindak terhadap Nasaruddin Klik Sini malah juak-juak PAS ni di lihat mengamalkan sikap "Double Standard" apabila Dr. Hassan Ali di kenakan tindakan tetapi dalam isu Nasharuddin mereka masih teragak-agak untuk membuat sebarang tindakan.

Dari pemerhatian MMI juak-juak PAS ni dilihat takut untuk membuat keputusan bimbang keputusan itu nanti bakal merosakkan reputasi parti seperti mana yang berlaku dengan kes Dr. Hassan Ali sebelum ini.

Namun walau apa pun PAS jelas memperlihatkan ketidakadilan yang dilakukan oleh mereka apabila kes Dr. Hassan Ali begitu cepat keputusan di buat tetapi sebaliknya berlaku dalam kes Nasharuddin dan ini sebenarnya membuktikan sikap "Double Standard" yang di amalkan oleh juak-juak PAS.

Kenyataan terbaru daripada PAS juga sebenarnya cuba meletakkan beban kepada Hadi Awang selaku Presiden apabila PAS pusat akan menyerahkan kuasa kepada Presiden Parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memutuskan tindakan susulan terhadap bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa.

Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, beliau tidak akan membuat sebarang andaian berikutan tindakan Nasharuddin selagi ianya tidak dibincangkan bersama Pimpinan Tertinggi Parti tersebut.

“Kami serahkan kepada presiden parti untuk membuat keputusan, sama ada beliau akan dikenakan tindakan atau sebaliknya, pada masa kini parti hanya memantau perkembangan berkaitan dengan isu tersebut. Malah parti juga belum memutuskan sama ada Nasharudin akan diberi surat tunjuk atau tidak, dan setakat ini kepimpinan pusat belum memanggil beliau untuk memberikan penjelasan” katanya.

Nasharuddin yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat sebelum ini telah membuat kenyataan secara terbuka menggesa PAS keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya rakan DAP dan PKR terus menentang Hukum Hudud.

Pelikkan dalam hal-hal lain khususnya dalam soal politik PAS dilihat selalu membelakangkan Presiden parti sendiri apabila kata-kata Nik Aziz sebagai Mursyidul Am diguna pakai sedangkan dalam hal ini diserahkan kepada keputusan Presiden ?

Nik Aziz sendiri pun sebenarnya sudah tidak konsisten malah beliau sentiasa akan menghalalkan apa saja yang boleh demi untuk memperlihatkan PAS dan sahabat Pakatan Hapraknya sentiasa benar.Lihat saja kenyataan terbaru daripada Nik Aziz berkenaan isu Hudud yang di tentang oleh Karpal Klik Sini apakah itu pandangan terbaik daripada seorang manusia yang digelarkan ulama ? 


Yang menghairankan MMI mengapa sekarang ini PAS dan Nik Aziz begitu teruja untuk mempertahankan Hudud sedangkan sebelum ini dalam proses mengeluarkan buku jingga Pakatan Haprak mengapa Hudud tidak dijadikan sebagai perkara asas ? Malah sebelum ini pelbagai kenyataan telah dikeluarkan oleh pimpinan PAS berkenaan Hudud yang jelas bertentangan dengan apa yang sedang di perjuangkan sekarang.Jelas ianya semata-mata untuk meraih sokongan dalam menghadapi pilihan raya.

Nampak sangat main wayang , puak-puak Erdogan sedang menguasai PAS sekarang dan inilah masa terbaik untuk mewujudkan jurang di antara Nasharuddin dan Hadi Awang yang sebenarnya berada dalam satu kem.

Apa pun PAS memang BACUL dan anda boleh menilai sendiri perbezaan kes di antara Dr. Hassan Ali dengan Nasharuddin.

HIPOKRIT !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels