Followers

Wednesday, 8 August 2012

GEMPAR ! Lagi Artis Bertudung Bakal Masuk PAS


Melihat kepada suasana dalam kem PAS hari ini cukup berbeza sekali dengan PAS yang kita kenal satu masa dahulu.Kini PAS sudah boleh menerima hakikat bahawa artis juga diperlukan dalam parti bagi menarik minat orang ramai untuk terus memberikan sokongan kepada satu-satu program yang diadakan.

Apa pun mungkin kerana perubahan dan iklim politik tanahair yang sentiasa menuntut perubahan menjadikan PAS kini menerima kemasukan artis dan menjadikan artis-artis ini sebagai pemenuh acara di pentas-pentas ceramah mereka.

Kita tinggalkan bab itu kerana semua sudah pun mengetahui siapa artis yang kini bersama PAS.

Melalui sumber terbaru , MMI diberitakan seorang lagi artis tanahair bakal menyertai PAS dan artis ini juga dikhabarkan sudah bertudung cumanya beliau masih menantikan masa yang sesuai.

Fuh hebat sungguh PAS hari ini sampaikan dapat menarik golongan artis untuk bersama-sama dengan mereka.Khabarnya artis ini merupakan artis masa kini dan cukup terkenal dalam bidang lakonan. 

Pastinya ramai yang tertanya -tanya siapakah gerangan artis tersebut bukan ? Lihat gambar di bawah ..

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?


Amacam puas hati ? Hehe jangan marah aaa..Ini adalah gambar Angah seorang pelakon komedi yang telah banyak menjayakan filem-filem komedi di Malaysia.

Setakat entry ini ditulis Angah kekal sebagai seorang pelakon dan tak pernah sesekali menyatakan niat untuk bersama PAS.

Hehehe bukan apa , tadi masa MMI borak-borak dengan kawan ada la sorang ni penyokong PAS cukup taksub dengan kemasukan artis-artis wanita bertudung ke dalam PAS sampaikan semua artis-artis lain yang tak masuk tu dikatakan sebagai jahat dan tak tahu membezakan diantara Islam dan bukan Islam.

MMI pun petiklah , bagitau dia ada lagi sorang artis akan masuk PAS dan hari ni dah siap bertudung cuma tunggu masa ja.Mamat tu pun apa lagi punyalah seronok sampaikan tak sabar-sabar nak tahu siapa yang MMI maksudkan.

Bila ditunjukkan ja gambar Angah tu terus dia terdiam ! 

Baru ada akai..

MMI.

1 comment:

  1. byk beza PAS sebagai badan dakwah dulu dan PAS sebagai parti politik sekarang ...

    ReplyDelete

Labels