Followers

Wednesday, 8 August 2012

Eksklusif Untuk Wanita Yang Masih Bujang


Bila melihat kepada gambar diatas pasti ramai yang sudah dapat mengagak ianya bakal menceritakan perihal perkahwinan.Memang benar ianya berkaitan perkahwinan cumanya ia bukanlah perkahwinan sejenis kena ingat tu.

Pasti ada yang berkata siapalah MMI nak menceritakan tentang perkahwinan pastu melibatkan perihal wanita pula sebab MMI bukannya perunding perkahwinan atau yang sewaktu dengannya.Cumanya MMI ingin berkongsi sedikit perasaan teruja yang mahu di kongsikan bersama anda semua.

Sebagai seorang wanita sudah semestinya apabila mula bercinta dan mula mencintai pastinya mahukan satu pengakhiran yang baik iaitu satu ikatan perkahwinan dan kalau boleh dalam suasana yang cukup romantis. 

MMI dapat rasakan bukan saja wanita malah kadang-kadang lelaki juga mahukan sesuatu yang terbaik kepada pasangannya.

Saat paling hebat adalah ketika lamaran dibuat oleh pasangan yang bakal mencetuskan satu perasaan yang sukar untuk digambarkan.

MMI yakin wanita-wanita di luar sana pastinya mengimpikan saat-saat indah tersebut.Tetapi bayangkanlah sekiranya apa yang anda impikan itu menjadi lebih baik dan hebat serta diluar jangkaan anda ! Sudah tentu ianya akan menjadi memori paling indah sepanjang hidup.

Oleh itu jom kita sama-sama kongsi beberapa impian mereka-mereka yang jauh melangkaui jangkaan diri mereka sendiri.Bayangkan jika ianya berlaku kepada diri anda !!

  





Sebagai orang Islam MMI tahu batas-batas kita cumanya melihat kepada kebangkitan perasaan sayang dan cinta itu diterjemahkan dengan begitu baik dan penuh kesungguhan sudah tentu membuatkan sesiapa saja yang berada di tempat tersebut akan teruja.

Amacam kalau ianya berlaku kepada anda ? Tak mustahil kan ?

Psstt Yang penting jangan sama-sama jenis ja..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels