TAK macam orang lain, Aidiladha ini bukan setakat mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim as yang diuji Allah swt untuk mengorbankan anaknya sendiri Nabi Ismail as, tapi juga mengingatkan penulis tentang ‘pengorbanan’ yang dibuat PAS demi kuasa dan jawatan dengan Pakatan Rakyat.
Demi semua itu, PAS sanggup korbankan asal usul perjuangan sendiri – menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud dan menumpukan kepada negara berkebajikan (ada dokumen).
Tapi persoalannya disini, berbaloikah pengorbanan seumpama itu dibuat untuk balasan yang tidak seberapa? PAS harus jawab itu, bukan kepada UMNO atau BN, tapi kepada pengikutnya sendiri yang sekarang makin caca marba.
Sehingga MCA kutuk hudud pun, depa pandang macam salah besar, walaupun hakikat sebenarnya, sparing partnernya dalam Pakatan Rakyat, DAP, lebih kuat menentang hudud. Kalau PAS ada alasan untuk maafkan DAP kerana penentangannya terhadap hudud, PAS juga patut ada alasan untuk terima tindakan MCA dalam soal yang sama.
Tapi sekarang ia diulang-ulang sebab MCA dari BN yang diterajui UMNO. Itu sebenarnya sasaran, bukan MCA pun sebab kalau PAS cakap banyak pasal MCA menentang hudud, PAS lebih terang sebagai hipokrit terbesar kerana DAP pun ada masalah sama tapi masih kekal bersahabat dengan PAS.
Demi kuasa, bukan bangsa apatah lagi agama tapi kuasa.
Nasib baik bagi kita, adalah sekerat dua pemimpin PAS yang tidak sanggup ‘berkorban’ lebih banyak lagi semata-mata nak mempertahankan kerjasama dengan DAP. Orang-orang macam Ahli Majlis Syura, Nasharudin Mat Isa, Timbalan Mursyidul, Haron Din dan Ketua Dewan Ulama, Haron Taib inilah yang memberi makna kepada kaitan PAS dengan Islam.
Luar dari lingkaran tersebut, semua dah sekular dan liberal belaka – ikut Anwar Ibrahim.
Bagaimana PAS menafsirkan pengorbanan demi kerjasama dengan DAP tahun 2008 dulu, percayalah ia tak akan berkesan kali ini. Tahun 2008 dulu, yang ditonjolkan ialah Barisan Alternatif yang terdiri dari PKR dan PAS, DAP tidak ada.
Bila menang di beberapa negeri saja, nama BA itu hilang, diganti dengan Pakatan Rakyat yang mengandungi sekali DAP di dalamnya.
Rakyat yang mula memberi undi, mula rasa tertipu, tapi masih bagi peluang. Tapi bila hari ke hari, makin jelas PAS bukan ‘berkorban’ tapi dikorbankan untuk bekerjasama dengan DAP, rakyat sudah mula sangsi dan berhenti memberi sokongan kepada PAS lagi.
Itu yang 7 pilihanraya berturut-turut bermula di Bagan Pinang 2009, semuanya (kecuali Sibu) adalah dimenangi oleh UMNO dan BN.
Hari ini ibadah korban sudah pun dijalankan di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negara. Orang PAS boleh guna peluang itu dan buatlah penilaian, setakat mana berbaloinya mengorbankan prinsip perjuangan sendiri demi kerjasama dengan DAP?
Berbaloi ke tidak?
MMI.
SALAM PERJUANGAN,
ReplyDeletePohon dipautkan http://rezabtanahmelayu.blogspot.com dalam blog tuan, terima kasih.
Blog Tuan sudah pun di pautkan..Terimakaksih..
Delete