Followers

Saturday, 27 October 2012

Banner Lembu Lagi Fitnah Juak Pakatan Haprak !!


Akhirnya setelah banyak blog-blog samada pro kerajaan mahupun pro pembangkang menyebarkan berita perihal banner yang melibatkan Kak Jat akhirnya blogger Anak Seberang memberikan jawapan sebenarnya.

Rupa-rupanya program yang tertera di banner tersebut langsung tidak wujud.Kehadiran banner tersebut jelas sekali merupakan satu lagi agenda jahat dan cubaan terancang puak Pakatan Haprak yang semakin meroyan untuk memfitnah UMNO dan Barisan Nasional.

Kepada puak-puak Pakatan Haprak yang membaca entri kali ini MMI nak bagitahu jentera UMNO dan Kerajaan bukanlah semurah dan tidak bermaruah seperti mana puak Pakatan Haprak.Kita dibarisan pro kerajaan tidak akan sesekali berkompromi terhadap sebarang gerak kerja seperti dalam gambar diatas apatah lagi menabur fitnah demi mendapatkan sokongan undi.

Kalau tak percaya baca entri MMI yang pertama berkenaan isu ini Baca Sini yang secara jelas mendesak supaya mereka yang bertanggungjawab terhadap kesilapan sebegitu (jika benar) dipecat sahaja daripada parti kerana kita jelas sebarang usaha sambil lewa dan berbentuk sabotaj perlu di tolak.

Itu pendirian MMI sekiranya melibatkan ahli parti sendiri namun dalam soal ini ternyata juak-juak Pakatan Haprak merupakan jentera yang langsung tidak bermaruah malah mungkin amat terdesak untuk mendapatkan sokongan sehingga sanggup melacurkan maruah sendiri.

Paling menarik respon daripada Kak Jat sendiri rilek ja dia .. Malulah weiii..

MMI.

1 comment:

  1. SALAM PERJUANGAN, pohon dipautkan
    http://www.rezabtanahmelayu.blogspot.com/
    ke dalam blog tuan, terima kasih.

    ReplyDelete

Labels