Followers

Saturday, 27 October 2012

Dr Maza Bakal Bertanding Sebagai Calon PAS ???!!!


MMI sudah lama memerhatikan bekas mufti negeri Perlis ini kerana beliau merupakan antara anak muda yang dilihat mempunyai kaliber dalam soal hal ehwal agama Islam.Malah keupayaan beliau itu diharapkan mampu membuka ruang untuk menarik minat anak-anak muda kepada mendalami ilmu dan pengajaran Islam kerana dalam dunia serba canggih kini kadang kalanya sedikit kelainan dalam penyampaian ilmu itu mampu menarik minat orang ramai khususnya golongan muda.

Namun sejak kebelakangan ini bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat begitu agresif melontarkan pandangan dan kritikan terhadap Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) termasuk kenyataan terbaru bahawa Ulama yang menyertai UMNO 'hanyut'.

Perbezaan pendapat antara keduanya dilihat ketara selepas ILMU mengeluarkan pandangan menolak demonstrasi jalanan (dalam konteks ini merujuk kepada Bersih 2.0) sebagai satu pendekatan yang diterima Islam. Berbeza dengan Dr Asri yang mengeluarkan pandangan menyokong perkara tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif, Sekretariat Ilmuwan Malaysia, Dr Fathul Bari Mat Jahaya ketika diminta mengulas perkara tersebut mempersoalkan motif kenyataan tersebut.

“Saya tak paham apa dia (Dr Asri) punya motif dan apa dia punya tujuan. Saya kira saya tak mahu cakap dan membuat andaian bagi mengelakkan saya membuat tanggapan buruk kepada saudara se-Islam saya” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai idea penubuhan ILMU suatu ketika dahulu, beliau menjelaskan ia adalah merupakan cadangan Dr Asri sendiri.

“Ya, dia adalah 'mastermind', untuk penyertaan ulama dan ilmuwan muda ke dalam UMNO, dia antara orang yang memberikan cadangan awal dan mengharapkan ilmuwan-ilmuwan bersama-sama dengan UMNO. Itu memang idea beliau yang saya tidak menafikan”

Walau bagaimanapun Dr Fathul turut mengatakan ILMU telah ‘diserang’ dengan pelbagai tuduhan dan kritikan secara berterusan dan ia adalah merupakan satu perkara yang keterlaluan.

“Berlaku keganjilan, penyertaan kita (ILMU) ke dalam UMNO, bahawasanya (mengharapkan) ia akan memberikan impak yg positif kepada politik negara. Tetapi akhirnya kita diserang oleh beliau (Dr Asri). Sehingga digambarkan sebagai pengampu, ulama kerajaan, bahaya dan hal yang sewaktu dan seumpama denganya.

“Jadi kita melihat perkara tersebut telah keterlaluan, kita menjawab dengan beberapa patah perkataan, dan wallahualam, mungkin beliau sendiri merasa kecil hati dengan kenyataan tersebut sehingga berlaku cabar mencabar, debat dan sebagainya.

Dr Asri juga dilihat seolah-olah ‘menyindir’ ILMU di dalam halaman twitter beliau, kerana tidak hadir di dalam program debat anjuran Sinar Harian beberapa hari yang lalu.

Dalam masa yang sama Dr Fathul Bari menegaskan adalah "tidak adil" menjatuhkan hukuman dengan melabel ulama-ulama yang menyertai UMNO "hanyut" kerana tidak boleh menerima persekitatan politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Sambil menolak pandangan Dr Asri, Fathul yang menyertai UMNO lebih dua tahun lalu berkata, sesiapa saja, sekalipun tidak kira ulama atau bukan ulama, dan menyertai mana-mana parti sekalipun, selagi mereka berpegang pada asas dan teras agama Islam, tidak akan wujud istilah "hanyut."

"Sangat tidak adil apabila ulama yang menyertai UMNO dijatuhi hukuman sebegini, jika mahu buat kenyataan sekali pun, berlapiklah," kata beliau dipetik dari Sinar Harian.

Semalam, Asri berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai UMNO tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.

Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam UMNO.

"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul.

Kata beliau, mana-mana ulama yang menyertai politik akan ada kesan negatif dan positifnya tetapi tidak adil jika ulama dalam politik ini dihukum secara terus.

"Hukuman ini sangat tidak adil, jika mahu lontarkan pandangan, beri sekali dengan bukti, bukan hanya lontaran persepsi," tegasnya.

Tambah beliau, isu 'hanyut' juga tidak pernah timbul di kalangan ulama kerana bagi dirinya sendiri, asas yang dipegang ialah ajaran ALLAH SWT.

"Selagi berpegang kepada teras Islam, isu ini tidak akan wujud, masuklah mana-mana parti politik sekalipun, ia tidak akan jadi masalah," ujarnya.

Apa sebenarnya yang dicari oleh Dr Maza ??? Sekiranya ungkapan untuk menyebarkan Islam menjadi intipati perjuangannya jelas beliau sebenarnya GAGAL kerana kelemahan yang dilakukan beliau sendiri iaitu menunjukkan sikap yang jauh berbeza daripada alim ulama lainnya.

Lihat saja sikap , perwatakan dan peranan yang ditunjukkan oleh Ustaz Kazim , Ridhuan Tee , Ustaz Don dan Ustaz fathul Bari  dalam menyampaikan Islam kepada orang ramai ! kaedah dan pendedakatan mereka jelas disenangi oleh banyak pihak malah mampu menarik golongan muda untuk sama-sama mengikuti ceramah yang mereka sampaikan.

Tindak tanduk Dr Maza banyak dilihat untuk mencari publisiti murahan dan bersikap angkuh yang langsung tidak disenangi oleh kebanyakkan anak muda hari ini termasuk MMI.

Rasanya Dr Maza mungkin atau harus bersama Nik Aziz sahaja dan minta Nik Aziz untuk sediakan satu kawasan supaya dapat bertanding dalam PRU ke13 nanti sekurang-kurangnya boleh jadi orang besar dalam parti PAS dan hampir pasti publisiti yang dicarinya akan tiba.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels