Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai pemimpin yang keliru dan tidak faham perkara yang berlaku di sekelilingnya sehingga menganggap DAP sebagai kawan karib yang tidak pernah menyusahkan Pas.
Pengasas Pondok Geting di Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, Nik Abdul Aziz seolah-olah lupa bahawa DAP adalah satu-satunya parti politik yang sangat agresif dalam menentang hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara.
Berikutan itu, katanya, sudah tiba masanya untuk Menteri Besar itu melepaskan jawatan dalam parti sebelum lebih ramai orang Melayu dan Islam terpengaruh dengan kenyataannya.
"Macam mana tidak menyusahkan bila Pas nak tegakkan hukum Islam tidak boleh. Tidakkah itu merupakan penentangan secara terang-terangan oleh DAP?
Selalunya bila ramai orang berpendidikan tinggi dan ada kredibiliti mula memberi kritikan demi kritikan,maka itu merupakan isyarat-isyarat bahawa memang ada sesuatu yang tidak kena,kalau budak hingusan memberi kritikan lainlah halnya..
MMI.
No comments:
Post a Comment