Followers

Friday, 12 October 2012

Pembangkang Bentang Bajet Muflis !!


Bajet pembangkang sekiranya dilaksanakan hanya akan mengakibatkan negara jatuh bankrap, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku disebabkan pemimpin pembangkang dilihat ‘lemah matematik’ apabila beberapa perkara penting dan inisiatif yang dijanjikan tidak diambil kira dalam bajet bayangan yang mereka kemukakan.

Katanya, bajet pembangkang umpamanya tidak mengambil kira soal gaji terkini kakitangan awam serta beberapa janji seperti penyelarasan gaji minimum, pemberian bonus kepada warga emas, pengurangan subsidi, penghapusan tol dan penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurut beliau, sekiranya semua perkara tersebut dimasukkan maka belanja mengurus sebanyak RM185.3 bilion yang dicadangkan pembangkang akan meningkat kepada RM224.3 bilion.

‘‘Dengan hasil dalam bajet pembangkang sebanyak RM196.6 bilion, bermakna mereka perlu ambil hutang RM27.7 bilion untuk bayar belanja mengurus.

‘‘Kita tidak pernah dalam sejarah meminjam untuk belanja mengurus, apabila kekurangan belanja ini maka kita kena berhutang untuk bayar gaji dan sebagainya.

‘‘Keadaan ini akan menyebabkan kemerosotan kewangan dan agensi penarafan akan turunkan taraf kita, kos pinjaman bertambah tinggi, menyebabkan pengurusan kewangan lebih teruk dan akhirnya kita boleh bankrap". 


AHMAD Husni Hanadzlah (kanan) bersama Mohd. Irwan Serigar Abdullah menunjukkan perbandingan antara Bajet 2013 Kerajaan Persekutuan dengan bajet pembangkang di Kementerian Kewangan, Putrajaya semalam.

Ahmad Husni berkata, antara kelemahan matematik pembangkang adalah menggunakan asas pengiraan emolumen penjawat awam berdasarkan anggaran Bajet 2012 dan tidak mengambil kira pertambahan emolumen terkini.


Oleh itu, pembangkang telah kekurangan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion dalam bajet mereka ke atas bayaran ‘lock-in’ emolumen kerajaan.

‘‘Sekiranya peruntukan tambahan ini tidak diambil kira, pembangkang terpaksa mengurangkan jumlah penjawat awam sebanyak 72,000 orang dengan andaian gaji seorang penjawat awam adalah RM3,000 sebulan," katanya.

Beliau berkata, kelemahan penyediaan bajet bayangan dan kegagalan mengambil kira faktor berkenaan akan menyebabkan defisit fiskal keseluruhan berada pada 7.2 peratus berbanding 3.5 peratus yang diuar-uarkan pembangkang.

‘‘Dengan defisit fiskal sebanyak 7.2 peratus, jumlah hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan meningkat kepada 57.8 peratus iaitu jauh lebih tinggi daripada paras maksimum yang ditetapkan kerajaan iaitu sebanyak 55 peratus.

‘‘Penarafan kerajaan akan jatuh ke tahap lebih rendah, ini menyebabkan kos pinjaman menjadi lebih tinggi dan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia akan turut terjejas," tambahnya.

Ahmad Husni berkata, kedudukan defisit fiskal tersebut belum mengambil kira cadangan pembangkang untuk meningkatkan royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada negeri terlibat.

‘‘Perkara ini akan mengakibatkan pengurangan hasil cukai pendapatan petroleum (PITA) dan dividen kepada Kerajaan Persekutuan serta meningkatkan defisit fiskal ke paras lebih tinggi.

‘‘Petronas akan memberi penjelasan mengenai perkara ini," jelasnya.

Psstt Dah sedia ke nak naik kereta pakai enjin keldai ? Kalau tak ada keldai minta dekat PAS !! 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels