Followers

Saturday, 20 October 2012

Tentera Tikus !!


Semua pihak sudah pun sedia maklum ramai dikalangan kakitangan awam terdiri daripada mereka-mereka yang tidak menyokong kerajaan.Malah tindakan mereka yang MMI ibaratkan sebagai PENGKIANAT ini sebenarnya cukup membahayakan sama bahayanya dengan gerakan-gerakan subversif yang selalunya bergerak secara "underground" yang mampu menjahanamkan satu-satu kerajaan.

Lihat saja dalam gerakan-gerakan revolusi yang pernah berlaku di Eropah contohnya gerakan IRA yang bergerak secara sembunyi sehinggakan tindakan mereka telah menyebabkan ramai dikalangan orang awam yang tidak berdosa mati.

Begitulah juga dengan apa yang sedang berlaku di Malaysia dan ianya bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh kerana ia bukan saja mampu merencatkan pentadbiran negara malah ia mampu mengkucar-kacirkan negara seterusnya mampu membawa negara kekancah kacau bilau.

Oleh itu MMI amat tertarik dengan entri daripada blog Sanggah Tok Janggut yang menceritakan perihal petualang-petualang ini yang kini sedang bergerak bebas seolah-olah tentera TIKUS seperti mana yang pernah berlaku di Vietnam sehinggakan kuasa besar seperti Amerika Syarikat pun mampu ditumbangkannya.

KEBANJIRAN penyokong-penyokong pembangkang ataupun agen-agen asing dalam kerajaan maupun agensi-agensinya bukan lagi menjadi rahsia umum malah ada yang secara terang-terangan,secara terbuka dan tidak segan silu lagi mendokong prinsip perjuangan pembangkang walaupun mereka ini menerima gaji,elaun dan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan yang memerintah.

Mencari mereka dalam pentadbiran kerajaan mungkin memakan masa yang agak lama kerana sikap mereka yang seperti gunting dalam lipatan ataupun api dalam sekam tetapi  kita agak terperanjat apabila agensi seperti   Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)  yang secara total menggerakkan agenda parti pemerintah juga turut dihuni oleh kakitangan yang bersikap seperti talam dua muka ini.

Kalau sebelum ini didedahkan agensi-agensi lain seperti BTN dan jabatan kerajaan lain turut dihuni oleh manusia-manusia yang bersifat talam dua muka ini kali ini JASA pula dibuktikan ada kakitangan mereka yang telunjuk lurus tapi kelingking berkait dan cukup merbahaya kalau kakitangan JASA ini terus kekal di jabatan sedia ada ataupun di dalam JASA itu sendiri.

JASA di bawah kawalselia Kementerian Penerangan,Komunikasi Dan Kebudayaan serta dipimpin oleh Fuad Hassan.

Dalam usaha sebahagian besar kakitangan JASA ini memacu untuk menarik sokongan tanpa berbelah bagi rakyat kepada kerajaan sedia ada rupa-rupanya ada dari kalangan mereka yang menggunakan media sosial terutama sekali Facebook untuk menyerang kerajaan dari dalam dan menyokong parti pembangkang.

Kita hairan bagaimana pengurusan JASA boleh terlepas pandang sebelum melantik mereka ini dan ditempatkan di bahagian yang cukup strategik iaitu Bahagian Kewangan dan menggunakan kemudahan sedia ada mereka yang dimaksudkan menyatakan pendirian secara terbuka terutama sekali kepada parti PAS.

Cuba lihat pembangkang di negeri-negeri yang mereka perintah,sebelum menerima kakitangan baru,mereka menapis segala maklumat serta latar belakang sebelum menawarkan sebarang jawatan yang dipohon tetapi jauh berbeza dengan kerajaan Barisa Nasional termasuklah agensi-agensinya menerima sesiapa sahaja tanpa menyelidiki  latar belakang adakah mereka itu agen,penyokong pembangkang yang berpotensi menjahanamkan peracangan kerajaan dari dalam.

Saya tidak bersedia  untuk peringkat ini  mendedahkan siapa di sebalik menggunakan nama samaran di Facebook dengan nama  Pencetus Idea tapi akan mendedahkan secara terperinci maklumat beliau setelah melayari Facebooknya dan melihat komen-komennya serta posting-postingnya termasuklah  komen-komen beliau di Facebook kakitangan JASA yang lain termasuklah Timbalan Ketua Pengarah JASA,Dato Abu Talib Harun,jelaslah Pencetus Idea adalah peyambung lidah pembangkang yang bertopengkan sebagai pegawai JASA.

JASA yang  dibangunkan khusus untuk menjadi agensi utama,menarik sokongan rakyat,mengumpul maklumat,menganjurkan  program dan mengerakkan gerakan rakyat serta menjadi mata telinga dan kekuatan jiwa raga untuk kerajaan dan juga Barisan Nasional tidak boleh sesekali walau dalam sesaat pun mempunyai seorang yang berjiwa pembelot seperti ini.

Siapa yang berani mengesahkan bahawa Pencetus Idea ini tidak akan menyalurkan maklumat kepada pihak lawan?Sedangkan yang berada di sekliling Perdana Menteri pun boleh menjual maklumat apa sangat dengan pegawai yang Gred 41 ini dan kalau JASA merasakan tindak tanduk pegawainya ini tidak mampu menggangu gugat operasi mereka,dipersilakan untuk terus mengekalkannya namun menempatkan pegawai ini di Bahagian Kewangan,banyak risikonya kalau tiba-tiba beliau mengambil keputusan meletak jawatan.Baca Seterusnya 

Kita tunggu dan lihat apakah tindakan pihak kerajaan dalam menyelesaikan permasalahan tentera TIKUS ini yang kini sudah semakin MENIKUS !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels