Followers

Thursday, 4 October 2012

Tu Dia Keldai Dah Mula Persoal Tuan !!


Sikap dan perangai pemimpin PKR yang suka memandai-mandai dan selalu lebih sudu dari kuah membuatkan rakan kongsi mereka PAS tidak senang duduk.

Dalam satu kenyataan yang jarang dibuat secara terbuka, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali bagi 'warning' kepada  rakan-rakannya dalam Pakatan Haprak agar jangan membuat kenyataan peribadi yang boleh dianggap pendirian bersama Pakatan.

Menurut Mustapa, kenyataan bersifat pribadi perlu dielakkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Beliau merujuk kepada dua kenyataan pemimpin PKR sebelum ini yang bagi beliau tidak pernah dibincangkan di kalangan pimpinan tertinggi Pakatan.

"Kenyataan pertama yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor sebelum ini, Shuhaimi Shafiei yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai Kabinet.

"Yang kedua hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan media sebagai berkata, seolah-olah Selangor akan mendapat MB baru.

"Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif," kata Mustafa dipetik dari organ PAS, Harakahdaily.

Beliau yang kelihatan kesal dengan kenyataan seumpama itu kerana ia bakal memberikan implikasi negatif kepada rakan-rakan dalam Pakatan kerana semua keputusan sebegini perlu dibuat bersama.

Azmin dipetik Sinar hari ini berkata, Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Keputusan berkenaan, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.

Azmin berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.

Katanya, perbincangan peringkat PR ada ke arah itu, bagaimanapun masih belum diputuskan.

Ha eloklah masing-masing pakat merapu lepas tu pakat-pakat nak tunjuk hebat kononnya setia di bawah payung Pakatan Haprak.Pegii dah sesama sendiri pun nak jolok bagi jatuh ada hati nak buat itu ini.

Sedarlah diri tu juak-juak PAS oi , ampa tu dah jadi keldai lama sangat dah !! Sudah-sudahlah jadi pencacai tu..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels