Apa hal lagi dengan si mamat ni ? Apa kaitannya 24 jam dengan Guan Eng ? Rupa-rupanya wakil rakyat pembangkang Pulau Pinang hari ini mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengemukakan jawapan bagi kesemua soalan lisan dan bertulis dalam tempoh 24 jam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah berkata, Ketua Menteri hanya menjawab satu daripada 30 soalan yang dikemukakannya.
Beliau berkata, semua transkrip jawapan sepatutnya diletakkan di atas meja setiap wakil rakyat selepas soalan lisan dibacakan, dan kegagalan berbuat demikian menunjukkan pengurusan kerajaan negeri tidak cekap.
"Minggu depan sudah ada sesi perbahasan. Kami perlu maklumat dalam jawapan itu, takkanlah kita nak berbahas secara rambang kerana ini akan menjejaskan kualiti debat," katanya kepada pemberita.
Arif berkata jika Ketua Menteri tidak mengemukakan jawapan dalam tempoh yang ditetapkan, ini bermakna beliau mengaku kerajaan negeri lemah dan tiada integriti.
MMI kata adalah menjadi dasar dan amalan puak-puak DAPigs ini untuk meletakkan kepentingan serta agenda mereka terlebih dahulu mengatasi segala-galanya.MMI yakin dan percaya biar berbuih sekalipun kita mengatakan Guan Eng dan kerajaannya lemah serta tiada integriti mereka tetap akan memekakkan telinga seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Memanglah tindakan Guan Eng itu adalah sifat semulajadinya sebagai pembangkang dalam negara namun inilah natijahnya yang perlu kita semua tanggung apabila manusia seperti ini diberikan peluang untuk berkuasa.
Wakil BN dalam DUN negeri Pulau Pinang memberikan tempoh 24 jam kepada Guan Eng untuk menjawab namun bagi MMI tempoh 24 jam itu terlalu lama dan sangat lama...
Fikirkan !!
MMI.
No comments:
Post a Comment