Followers

Sunday, 4 November 2012

Drama Minggu Ini !!


Sebagai badan pertubuhan politik yang mempunyai jaringan di seluruh dunia , Pakatan Haprak yang ditunjangi oleh Anwar Ibrahim bukanlah badan politik biasa.Mereka yang mempunyai hubungan dengan pihak-pihak diluar sana memiliki mentor dan pakar dalam melancarkan perang saraf khususnya dalam membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional dan UMNO.

Selain dari itu Pakatan Haprak juga mendapat latihan serta khidmat nasihat malah panduan dan gerak kerja dari badan-badan asing bagi menjadikan mereka alternatif kepada rakyat yang segelintirnya membenci UMNO dan kerajaan Barisan Nasional melalui dakyah-dakyah Pakatan Haprak sebelum ini.

Seperti sebelumnya kita sudah pun melihat bagaimana cerita demi cerita dihebohkan sepanjang Jelajah Merdeka Rakyat yang melibatkan Anwar dan konco-konconya dengan menggunakan bas mewah milik Khalid Ibrahim.Klik Sini dan Sini

Seperkara yang perlu kita ingat adalah kelicikan Anwar dalam menjadikan sesuatu itu sensasi dan terbukti selama ini beliau sudah pun melakukannya sebagai contoh lihat saja bagaimana seluruh negara memberikan penumpuan kepada pembohongan terbesar dalam sejarah negara iaitu 16 September.

Maka ianya bukan lagi kejutan tetapi sesuatu yang sebenarnya terhidang didepan mata kita semua.


Terbaru lihat saja bagaimana tiba-tiba sebuah lori milik DAPigs yang digelar sebagai "Dream Machine" yang baru saja dilancarkan diberitakan hilang di Skudai Johor.MMI amat tertarik dengan entri dalam blog Dr MiM apabila beliau menulis :

"Lori 5 tan pun boleh hilang dan MiM pasti mereka akan menunding jari kepada parti lawan. MiM mudah...segera buat laporan polis dan kita serahkan kepada mereka untuk menjalankan siasatan serta menyelasaikan isu ini."

Lagi pun, di manakah mahu disorok lori sebesar itu ? Klik Sini

Terang lagi nyata , apa yang berlaku adalah satu perancangan jahat dan licik oleh juak-juak Pakatan Haprak sendiri.Menjadikan lori tersebut sensasi dengan satu-satu berita yang mampu menarik perhatian rakyat bererti mereka mempromosikan lori serta parti tersebut yang semua orang tahu ianya adalah kepunyaan DAPigs dan digunakan untuk tujuan politik.

Apa lagi kalau bukan mencari publisiti dengan niat jahat serta jijik seperti ini.Mungkin MMI terlupa kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi maka oleh kerana itu cat merah di bas mewah Anwar dan kes kecurian lori milik DAPigs adalah satu perancangan licik yang dilakukan semata-mata untuk mempromosikan bas serta lori milik mereka dan agenda paling utama adalah mempromosikan parti..

Itulah kerja buat mereka selama ini dan pastinya atas nasihat mereka-mereka yang dianggap sahabat oleh Paktan Haprak.

Puak-puak tu ingat kita apa ?? MMI pun hebat juga soal perang saraf dan kerja-kerja risik ni baru ja bulan lepas ikut rombongan merisik ke Alor Setar..Hehe..

Kepada anda semua sama-sama kita tengok apa nak jadi pula lepas ni ???

MMI.

1 comment:

  1. lori sendiri pun tak terjaga, ni nak jaga negara...piiiiiirahhhhhhhhh

    ReplyDelete

Labels