Alahai Nasruddin !! MMI dah cakap awal-awal lagi mamat ni sebenarnya tak bagus mana pun..Sikap beliau yang terlalu emosi apabila menyentuh satu-satu isu sebenarnya bakal menjerat diri beliau sendiri.Malah kerana terlalu beremosi dan tidak mahu mengaku kelemahan diri Nasruddin atau Ketua Dewan Pemuda PAS ini pernah berbohong semata-mata untuk menang dalam debat.
Jika anda semua masih ingat lihat juga kepada isu filem hina Islam yang telah menggemparkan seluruh dunia , bagaimana Nasruddin di lihat begitu beremosi sehinggakan mendakwa Nabi terlebih dahulu memanggil mereka untuk berdemo daripada Pemuda UMNO.
Sedangkan jika kita amati tujuannya adalah bagi menyatakan bantahan akibat hinaan pihak luar terhadap Islam namun Nasruddin lebih suka memilih untuk membuktikan beliau adalah pemimpin yang paling depan dalam hal sebegitu sedangkan sepatutnya PAS dan UMNO bergandingan dalam isu tersebut.
Apa pun itu pilihan beliau , terbaru pula Nasruddin di tempelak dan di hentam oleh perwakilan PAS sendiri sewaktu persidangan pemuda PAS dalam muktamar yang kini sedang berjalan di Kota Bharu Kelantan.
Pemuda Pas Johor mengkritik ucapan dasar Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang disifatkannya sebagai ucapan tidak membina tanpa memberi sebarang idea baru sepertimana yang diharapkan golongan muda, serta tidak berani mengkritik kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang seolah-olah pemimpin negeri itu maksum.
Perwakilan Pemuda Pas Johor, Mohd. Faizul Mohd. Salleh berkata, ucapan tersebut hanya mengimbau kembali sejarah silam perjuangan parti itu dan tahap ekonomi negara.
Beliau berkata, Pemuda sewajarnya memainkan peranan mereka sebagai ejen pendesak dan berani menegur pemimpin pembangkang terutama di negeri-negeri yang dikuasai mereka.
"Tidak ada perkara baru dalam ucapan Ketua Pemuda, yang ada hanyalah sorotan sejarah dan bacaan semula analisis ekonomi. Tiada satu perkara baru menyentuh anak muda dahagakan perubahan.
"Tidak ada satu teguran pun diberikan kepada negeri-negeri pakatan pembangkang. Adakah negeri yang kita perintah menjadi negeri maksum, negeri yang tidak ada silap," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Pas pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) Ke-53 di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam di sini hari ini.
Itulah natijahnya yang Nasruddin terima dalam muktamar PAS sendiri.
Seperkara yang harus anda dan Nasruddin tahu adalah segala yang berlaku itu bukannya di bawah mana-mana arahan dari orang UMNO mahupun Barisan Nasional.Ianya datang dari hati dan pemerhatian perwakilan sendiri yang kini sedang menilai pimpinan PAS sama ada masih relevan atau pun tidak.
Lagi satu ampa semua cuba tengok juak-juak Pemuda PAS di Pulau Pinang , Apa puak-puak ni buat aa ? Setakat la ni dok jadi "bodyguard" DAPigs dengan PKR ja..Perjuangan HAMPEH !!!
Dan perlu diingat bukan MMI yang kata dekat Nasruddin tau , orang dia sendiri !!
MMI.
Masih ingat tak lagi sape yang bawa isu penyokong PAS diserang dengan parang diBagan Pinang..sape yang bawa isu ni sedangkan terbukti baju pemuda itu cuma ada kesan hirisan sahaja tetapi belakangnya tidak luka..si Taliban ni harap semungtal je tinggi ..sewaktu debat dengan KJ dikatanya karpal singh dah bersetuju dengan hudud tetapi pabila disergah oleh karpal terus diam membisu..adakah orang camni diharapkan untuk memimpin melayu muda PAS...hancussss
ReplyDeleteanak lenggong, correction sikit... bukan KJ tapi UFB (ustaz fathul bari). debat menyaksikan betapa kroniknya kecetekan ilmu ketua pemuda PAS ini dibandkingkan dgn UFB. statementnys mengenai hasil balak kedah meningkat semasa PAS memerintah kedah memakan diri sendiri. masa UMNO BN memerintah penebangan hutan adalah sgt terkawal sebab itu hasil tidak byk sebab hutan seboleh-bolehnya dikekalkan sebagai warisan yang sgt bernilai bukan sahaja kepada generasi umat akan dtg tetapi juga kepada alam sekitar. lama selepas dimalukan atas pentas debat dgn UFB itu, baru sekarang dia mula bersuara semula menunjuk taring. taringnya panjang tetapi hanya rawan. walaupun cuba menusuk walaupun cuba menikam tetapi langsung tidak mampu mencederakan !!!!
ReplyDelete