Dewan Pemuda Pas mahu jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dipisahkan bagi menjamin fungsi semak dan imbang dalam pengurusan kewangan negara.
Perkara tersebut merupakan salah satu polisi yang akan diangkat dalam kerangka 10 agenda negara berkebajikan dalam mencorak masa depan negara yang dikemukakan sayap Pas itu dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Malaysia ke-53 yang berlangsung di sini.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, polisi itu diutarakan golongan profesional muda sempena program 'Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya' yang dianjurkan Ogos lalu.
"Dalam muktamar yang penuh mulia ini, Dewan Pemuda Pas turut berbesar hati mengangkat beberapa polisi yang telah diutarakan wakil-wakil profesional muda yang mewakili pelbagai disiplin ilmu bersempena program tersebut bagi merealisasikan gagasan mencorak masa depan dalam kerangka 10 agenda negara berkebajikan," katanya.
Beliau berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia ke-53 sempena Muktamar Pas ke-58 di Dewan Jubli Perak, di sini malam ini.
Yang turut hadir, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Menurut Nasrudin, antara perkara lain yang turut ditekankan adalah soal agama, generasi muda, politik, sosioekonomi dan kepenggunaan.
Sementara itu, dalam soal sosioekonomi, Nasrudin berkata, dewan tersebut mahu memperkenalkan polisi cukai baharu bagi golongan yang disifatkan sebagai terlampau kaya selain memastikan golongan yang layak membayar cukai tidak ingkar.
Dalam pada itu, Nasrudin turut mencadangkan Parlimen Belia diwujudkan di setiap negeri bagi memberi peluang kepada golongan tersebut yang berumur antara 15 hingga 35 tahun mengupas isu-isu anak muda serta isu nasional.
"Sewajarnya anak muda ini dilibatkan dalam perbincangan dan penggubalan dasar bagi menyalurkan idea dan pandangan sekali gus sebagai pendekatan memberdayakan anak muda.
"Saya yakin dengan sumbangan dan kreativiti anak muda di pelbagai peringkat penyertaan mereka, negara berkebajikan yang diimpikan akan menjadi kenyataan," katanya.
Satu ja MMI nak tanya sejauh mana Dewan Pemuda PAS boleh pastikan segala yang dicanangkan tu menjadi realiti ?
Pertama kena menang pilihan raya dulu bro ! keduanya boleh ker di laksanakan bila dah bersama dengan PKR dan DAPigs nanti ?
Kalau setakat hari ni pun masih di rantai oleh DAPigs , ampa boleh sembang saja lah !!
Psst kesian tengok ketua puak-puak ni siap bohong lagi sebab nak tunjuk hebat dalam debat dengan Fathul Bari tempoh hari hehehe...Fathul Bari bukan di kalangan pimpinan parti bro , Nasrudin tu siapa ? Malu la weiii..
MMI.
jom follow talkwithhand.blogspot.com
ReplyDelete