Followers

Thursday, 8 November 2012

BREAKING NEWS Lagi Rumah Orang Melayu Di Robohkan Oleh Rejim DAPigs Di Pulau Pinang !!!


Memang SIAL ! Itulah perkataan yang terpacul dari mulut MMI tatkala menerima berita berkenaan sebuah rumah milik orang Melayu di Sungai Gelugor Pulau Pinang di robohkan oleh MPPP tengahari tadi.Malah dimaklumkan juga perobohan tersebut dilakukan tanpa pihak MPPP mengeluarkan sebarang notis kepada pemilik rumah tersebut.


Paling tragis adalah nasib pemilik rumah tersebut , (Gambar atas) merupakan seorang wanita berumur 80 tahun bernama Mariam yang tinggal dengan anaknya OKU kini terpaksa akur dengan tindakan oleh kakitangan MPPP yang merobohkan kediaman mereka dua beranak.

Apalah sangat yang mampu dilakukan oleh dua anak beranak ini dengan keadaan mereka yang sebegitu melainkan hanya berserah kepada Allah swt.






Menurut laporan daripada sahabat FB yang berada di tempat kejadian , kakitangan dan pegawai MPPP yang hadir memaklumkan mereka hanya menurut arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan dan mereka sebagai pekerja di peringkat bawahan hanya mampu akur dan melaksanakan kerja-kerja perobohan tersebut kerana tugas.

Inilah yang berlaku di Pulau Pinang semenjak 2008 malah sehingga kini rejim DAPigs menjadikan kakitangan mereka sebagai alat dalam menjalankan kerja-kerja menindas orang-orang Melayu di Pulau Pinang.

Memang BIADAP !! tindakan tanpa perikemanusian ini ternyata membuktikan sikap RASIS Rejim DAPigs yang semakin meluap-luap malah sikap "double standard" yang sering ditunjukkan ini semakin menjadi-jadi.

Sebagai perbandingannya lihat saja apa yang berlaku dijalan-jalan utama disepanjang laluan daripada feri menuju ke Komtar , di waktu malamnya penuh dengan gerai-gerai penjaja makanan bangsa Cina yang menggunakan sebahagian jalan raya di situ bagi tujuan perniagaan yang secara tak langsung mengundang kesesakan lalu lintas.



Dimana penguatkuasaan daripada MPPP dan rejim DAPigs ?????

Ternyata juak-juak Pakatan Haprak lainnya hanya membutakan mata dan memekakkan telinga apabila timbul isu-isu seperti ini.

Bagi MMI atas alasan apa sekalipun , perobohan tanpa notis keatas kediaman makcik Mariam merupakan satu tindakan BIADAP dan KEJAM kerana kediaman beliau langsung tidak menggangu mana-mana pihak jika dibandingkan dengan apa yang berlaku disepanjang laluan utama dari feri ke komtar !!

Jelas disini Guan Eng dan konco-konconya bukanlah pemimpin dan kerajaan negeri yang bertanggungjawab apatah lagi dalam urusan menjaga kebajikan rakyat.

Sikap "double standard" yang ditunjukkan ini seharusnya dibayar oleh rakyat Pulau Pinang dalam pilihan raya yang akan datang kita pastikan Guan Eng dan rejimnya dinyahkan jauh-jauh dari bumi Pulau Pinang.

kredit to sahabat FB.

MMI.

6 comments:

  1. sempoi bro... gua share dlm group yahoo gua.. jarum_emas@yahoogroups.com

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerajaan p.pinang,orang melayu tentu gembira,kerajaan adil dan saksama yang selama ini keraka tercari-cari.

    ReplyDelete
  3. Itu rumah milik saudara saya yang didiami oleh makcik saya (Mariam) dan anaknya.
    Kami difahamkan tindakan MPPP ini adalah akibat daripada laporan oleh jiran sebelah yang rumahnya kelihatan dalam gambar (sebelah kanan). Jiran itu adalah seorang "ahli media yang berpengaruh" katanya. Kami akur sekiranya pihak MPPP merobohkan bahagian binaan "extension" baru yang tidak berplaster itu kerana ia tidak mematuhi peraturan bangunan MPPP. Tetapi kenapa pintu depan utama bangunan asal rumah dan "car porch" juga diroboh? Kalau "car porch" itu dianggap terlalu menonjol ke depan melanggari garisan pembinaan yang dibenarkan MPPP. Begitu juga halnya dengan "car porch" jiran sebelah itu. Harap pihak MPPP akan turut meroboh "car porch" milik jiran sebelah itu dan juga binaan belakang dan sisi rumahnya yang jelas sekali melanggar sempadan binaan.
    Terima kasih kepada jiran-jiran lain dan semua yang bersimpati dengan kami.

    Tidak mengapa roboh kerana kesalahan kami.
    Tapi janganlah roboh atas dasar "double standard" hanya kerana kami ini tak ada "kabel" dengan orang itu, orang ini.

    Kepada Allah Al-Muntaqim kami berserah untuk mengadili situasi ini. Tiada sesuatu pun yang terlepas dari pandanganNya dan keadilanNya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Berdasarkan maklumat dari sahabat yang bekerja di MPPP, segala aduan akan disiasat segera dan akan bertindak dan membuat laporan dalam tempoh 24 jam dari tempoh laporan dibuat....kita tak boleh salahkan MPPP kerana mereka menerima arahan dari pihak atasan iaitu Pengarah yg sentiasa menerima tekanan dari Ahli majlis yg majoritinya DAP.......apabila diajukan soalan ahli majlis ini akan berkata mereka hanya ikut peraturan yg sedia ada.....so jawapan yg selamat....JADI APA YG PERLU KITA SEMUA TERHADAP KEDAI/GERAI DI TEPI JALAN YG MENYALAHI UNDANG UNDANG IALAH .....SETIAP ORANG HARUS SECARA INDIVIDU MEMBUAT LAPORAN DAN ADUAN TERUS KE MPPP TERHADAP SESUATU ISU SECERA BERTERUSAN DAN BERTERUSAN....SIMPAN SALINAN LAPORAN DAN HIMPUNKAN...SELAGI TIADA TINDAKAN DIAMBIL...SELAGI ITULAH LAPORAN DIBUAT....BARU KITA NAMPAK DOUBLE STANDARD DIA SEBELUM BENDA INI DIBAWA KEPIHAK MEDIA.....

    ReplyDelete
  5. Balai Polis tidak mahu menerima laporan yang hendak kami buat. Manakala pihak MPPP yang mahu meroboh rumah pula tidak membawa surat kebenaran meroboh. Bila ditanya mereka jawab "tertinggal di pejabat". Traktor yang berat tak lupa bawa tapi surat yang ringan boleh terlupa bawa.

    ReplyDelete
  6. Terkini:
    Sebuah Balai Polis sudi menerima laporan kami. Terima kasih. Tetapi kami mohon MPPP bersihkan bekas robohan dan bina semula dinding dan pintu hadapan rumah.
    Dan fikir 10 kali jika mahu terus robohkan baki struktur "haram" itu kerana risikonya ialah keseluruhan rumah berkemungkinan akan roboh! Tetapi tak mengapa, pihak MPPP cuma perlu bina rumah yang baru sebagai ganti. MPPP dan kerajaan negeri DAP memang ada banyak dana, bukan?

    Oh tetapi pekerja MPPP ada merungut masa hari kejadian "kami dah belanja banyak untuk kerja meroboh ini". Kalau MPPP tak mahu belanja banyak, tak perlulah guna jentolak terbesar dan terbaik. Pekerja MPPP sepatutnya gotong royong guna cangkul saja! Ini tidak, pekerja MPPP ramai yang datang jadi mandur dan tengok-tengok saja bagai sebuah pesta.

    Dan sekali lagi kami ingatkan MPPP, jangan lah lupa robohkan juga "car porch" dan binaan sisi dan bahagian belakang rumah jiran sebelah kanan itu kerana mereka juga melanggar peraturan bangunan. Jangan kerana dia ada "kabel" dengan orang tertentu, maka MPPP tutup sebelah mata.

    Terima kasih kepada Datuk Omar Fauzar dan En. Rosli selaku wakil JKKK serta semua yang perihatin dan memberi sokongan moral.

    ReplyDelete

Labels