Memang SIAL ! Itulah perkataan yang terpacul dari mulut MMI tatkala menerima berita berkenaan sebuah rumah milik orang Melayu di Sungai Gelugor Pulau Pinang di robohkan oleh MPPP tengahari tadi.Malah dimaklumkan juga perobohan tersebut dilakukan tanpa pihak MPPP mengeluarkan sebarang notis kepada pemilik rumah tersebut.
Paling tragis adalah nasib pemilik rumah tersebut , (Gambar atas) merupakan seorang wanita berumur 80 tahun bernama Mariam yang tinggal dengan anaknya OKU kini terpaksa akur dengan tindakan oleh kakitangan MPPP yang merobohkan kediaman mereka dua beranak.
Apalah sangat yang mampu dilakukan oleh dua anak beranak ini dengan keadaan mereka yang sebegitu melainkan hanya berserah kepada Allah swt.
Menurut laporan daripada sahabat FB yang berada di tempat kejadian , kakitangan dan pegawai MPPP yang hadir memaklumkan mereka hanya menurut arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan dan mereka sebagai pekerja di peringkat bawahan hanya mampu akur dan melaksanakan kerja-kerja perobohan tersebut kerana tugas.
Inilah yang berlaku di Pulau Pinang semenjak 2008 malah sehingga kini rejim DAPigs menjadikan kakitangan mereka sebagai alat dalam menjalankan kerja-kerja menindas orang-orang Melayu di Pulau Pinang.
Memang BIADAP !! tindakan tanpa perikemanusian ini ternyata membuktikan sikap RASIS Rejim DAPigs yang semakin meluap-luap malah sikap "double standard" yang sering ditunjukkan ini semakin menjadi-jadi.
Sebagai perbandingannya lihat saja apa yang berlaku dijalan-jalan utama disepanjang laluan daripada feri menuju ke Komtar , di waktu malamnya penuh dengan gerai-gerai penjaja makanan bangsa Cina yang menggunakan sebahagian jalan raya di situ bagi tujuan perniagaan yang secara tak langsung mengundang kesesakan lalu lintas.
Dimana penguatkuasaan daripada MPPP dan rejim DAPigs ?????
Ternyata juak-juak Pakatan Haprak lainnya hanya membutakan mata dan memekakkan telinga apabila timbul isu-isu seperti ini.
Bagi MMI atas alasan apa sekalipun , perobohan tanpa notis keatas kediaman makcik Mariam merupakan satu tindakan BIADAP dan KEJAM kerana kediaman beliau langsung tidak menggangu mana-mana pihak jika dibandingkan dengan apa yang berlaku disepanjang laluan utama dari feri ke komtar !!
Jelas disini Guan Eng dan konco-konconya bukanlah pemimpin dan kerajaan negeri yang bertanggungjawab apatah lagi dalam urusan menjaga kebajikan rakyat.
Sikap "double standard" yang ditunjukkan ini seharusnya dibayar oleh rakyat Pulau Pinang dalam pilihan raya yang akan datang kita pastikan Guan Eng dan rejimnya dinyahkan jauh-jauh dari bumi Pulau Pinang.
kredit to sahabat FB.
MMI.