Followers

Saturday, 24 November 2012

HEBATNYA MalaysiaKini ??!!


Entah apa yang ada pada MalaysiaKini yang membuatkan anak kepada Papa  langsung tak sentuh .Barangkali kerana hubungan dan ikatan yang terjalin selama ini membuatkan hati berasa gundah gulana apatah lagi dalam soal nak saman menyaman ni.

Nurul Izzah Anwar semalam memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak berhubung dengan satu artikel tentang ucapan Naib Presiden PKR di gereja Gospel Tabenacle, Subang Jaya, 3 November lalu.

Nurul Izzah memfailkan tuntutan saman melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau selaku plaintif, menamakan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing defendan pertama dan kedua.

Sebelum ini, Nurul Izzah pernah menyebut akan menyaman Berita Harian dan beberapa media lain, namun berdasarkan perkembangan setakat ini kemungkinan besar hanya Utusan Malaysia sahaja yang menjadi pilihan Naib Presiden PKR.

Pada 5 November lalu, Utusan Malaysia yang memetik sumber portal MalaysiaKini menyiarkan laporan muka depannya bertajuk: “Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu – Nurul Izzah.”

Namun Malaysiakini, antara portal pro-pembangkang yang mula-mula menyiarkan laporan ucapan Nurul Izzah di gereja itu tidak pula disaman.

Ucapan Nurul Izzah di gereja itu turut mendapat liputan meluas oleh media perdana, TV3, Berita Harian dan beberapa media portal lain, antaranya, Free Malaysia Today dan Antarapos. 

Jika sebelum ini Nurul bukan main lantang sekali nak saman itu nak saman ini kenapa saman Utusan saja ? Kepada anda diluar sana jangan silap , tindakan saman ini hanyalah satu lagi helah dari Pakatan Haprak demi menyelematkan survival politik mereka.

Malah MMI yakin juak-juak Pakatan Haprak sudah pun "kowteam" dengan mereka-mereka yang terlibat dan sudah semestinya apabila kes ini berjalan barisan saksi yang bakal di panggil akan memainkan peranan.

It's just a game dude !! Kenal sangat dah....

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels