Followers

Saturday, 24 November 2012

Kini Kembali Di Pasaran !!


Rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan ditetapkan untuk satu lagi pengurusan kes pada 15 Februari tahun depan.

Tarikh itu ditetapkan ketika pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, N. Kanageswari hari ini. Timbalan Pendakwa Raya, Najib Zakaria hadir bagi pihak pendakwaan manakala Anwar diwakili oleh peguam Ramkarpal Singh.

Ramkarpal ketika ditemui pemberita memberitahu, kedua-dua pihak masih memerlukan masa bagi meneliti nota keterangan yang diterima dari Mahkamah Tinggi bagi persediaan prosiding rayuan kelak.

Beliau menyatakan, nota keterangan mencecah 22 jilid itu yang merupakan rakaman perbicaraan diterima dalam bentuk cakera padat (CD) dan perlu diteliti satu persatu serta diperiksa ketulenannya terlebih dahulu.


15 Februari 2013 merupakan tempoh yang agak panjang namun MMI akan tetap bersabar demi menuntut keadilan untuk Saiful Bukhari.Perlu diingatkan antara MMI dengan Saiful tidak ada sebarang rasa cinta mahupun rindu dendam apatah lagi keinginan nafsu seperti mamat sorang tu.

Tapi kerana MMI yakin dan percaya bahawa Saiful sebenarnya menjadi mangsa kepada kerakusan nafsu seorang pemimpin dan juga mangsa keadaan bila mana keputusan terdahulu tidak menyebelahi beliau.

Perkiraan paling mudah MMI dalam perkara ini adalah Saiful bersumpah menyatakan yang benar namun Anwar lari dari tugasan paling mudah untuk membuktikan dirinya suci.

Semoga kebenaran akan timbul jua nanti..Sama-sama kita nantikan.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels