Followers

Saturday 10 November 2012

PANAS Di Sidang DUN Pulau Pinang !!


Ketua Menteri, Lim Guan Eng, digesa menjelaskan dakwaan tanah Taman Manggis telah diberi hakmilik kepada sebuah syarikat yang memajaknya kepada bank , sekaligus membelakangi janji kerajaan negeri untuk menjualnya kepada Pemuda Barisan Nasional bagi pembangunan projek rumah kos rendah.

Isu tanah Taman Manggis ditimbulkan ADUN Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed ketika ucapan penggulungan Ketua Menteri, di Dewan Undangan Negeri pagi tadi.


Beliau merujuk pendedahan Pemuda BN negeri semalam, yang mendakwa dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM menunjukkan Kuala Lumpur International Dental Centre Sendirian Berhad, KLIDC, telah memajak tanah seluas 0.46 ekar itu kepada bank untuk mendapatkan pinjaman sebanyak 11.5 juta ringgit.

Ia sekaligus membuktikan tanah berkenaan sudah diberi hak milik kepada KLIDC kerana bank tidak akan meluluskan pajakan itu tanpa hak milik.

Status itu bercanggah dengan kenyataan kerajaan negeri sebelum ini, bahawa hak milik tanah itu belum dikeluarkan kepada KLIDC dan ia masih boleh menjualnya kepada Pemuda BN negeri.


Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang pula bingkas menjawab "Saya tanya Dato SUK, pegawai kewangan, sama ada hak milik dah keluar, kalau ia keluar memang ia serius, saya akan ambil tindakan tegas, tapi mereka kata tak keluar, jadi hak milik tak dikeluarkan dan masih di tangan kerajaan".

Sebaliknya, menurut Lim, KLIDC hanya mendapatkan pinjaman tanpa jaminan dan ia boleh dilakukan tanpa mendapat hak milik tanah berkenaan.

Beliau menegaskan kerajaan negeri mempunyai kuasa mutlak ke atas tanah, dan menggesa Pemuda BN segera melunaskan bayaran penuh 22 juta ringgit untuk membeli tanah terbabit.

Bagi MMI mudah saja persoalan yang harus di jawab oleh Guan Eng adalah bagaimana sebuah syarikat seperti KLIDC boleh pula berusaha untuk mendapatkan pinjaman bank sekiranya tidak ada berlaku sebarang rundingan mahupun apa-apa perbincangan sebelum ini bagi menjual tanah tersebut ?

Malah secara logik akal takkanlah satu-satu syarikat itu dengan sengaja tanpa merujuk kepada siapa pemilik sesuatu tanah itu boleh pula melakukan tindakan seperti memohon pinjaman dari pihak bank ? 

Untuk lebih lanjut rujuk kenyataan daripada H'ng Khoon Leng Naib Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Klik Sini

Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang ternyata cuba mencari jalan untuk menepis segala tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka hari ini dengan memberikan pelbagai alasan.

Hanya juak Pakatan Haprak dan mereka yang dungu dan bangang saja percaya dengan kata-kata Guan Eng selebihnya ampa pikiaq sendirilah..

MMI.

1 comment:

  1. kaki penipu cakap apa pun memang penipu.....manakan bank nak bagi pinjaman berjuta juta jika tiada sebarang perjanjian dibuat....mungkin benar geran belum dikeluarkan lagi....bagaimanapula dengan surat surat sokongan kerajaan negeri atau consent kepada pemilik tanah....hahhaha..jawab....

    ReplyDelete

Labels