Gambar Hiasan |
Tak habih-habis puak-puak pembangkang ni , rasanya dah tak ada kerja lain lagi dah asyik dok cari salah orang ja kerjanya.MMI pun kadang-kadang terfikir juga pembangkang kat Malaysia ni tak profesional langsung kata nak jadi kerajaan yang boleh membela rakyat tapi kerja buat tak ke arah tu pun.
Ampa sedaq dak sebagai puak yang kononnya lagi hebat dari kerajaan Barisan Nasional , pembangkang seharusnya menunjukkan komitmen dan bukti bahawa mereka adalah yang terbaik dengan mencari dan membawa masuk pelabur serta mencari peluang bagi memperkukuhkan ekonomi negara bukannya dengan dok buat kerja cari salah orang.
Macam mana yang kata hebat sangat ni ???
Yang terbaru pula nak bongkar tentang penyelewengan katil di hospital kononnya orang-orang UMNO ni buat kerja tak betul.Ish macam-macam , MMI senang ja kalau dah ada bukti tu kenapa tak buat laporan saja kan SPRM ada ? Puak pembangkang tu tau dak anggota SPRM tu dibayar gaji dan gaji mereka tu boleh dikira sebagai duit rakyatlah.
Kan puak-puak Pakatan Haprak selalu sangat dok jaja duit rakyat duit rakyat haa dalam kes macam ni kenapa tak buat laporan ? Nampak sangat politik yang lebih...
Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri bakal membongkar penyelewengan dan penipuan UMNO BN terhadap projek hospital kerajaan, khususnya mengenai peruntukan katil buat pesakit dan hospital baru yang gagal dibina untuk setiap negeri.
Beliau berkata, kerajaan sepatutnya menyediakan peruntukan 60,000 katil hospital untuk lebih 28 juta rakyat, tetapi perjanjian itu dilanggar apabila jumlah yang disediakan tidak mencukupi.
“Apa yang berlaku sekarang, hanya ada 30,000 katil di setiap hospital seluruh negara, iaitu separuh daripada yang diperuntukkan,” jelasnya kepada Keadilan Daily.
Bagaimanapun, kata Yahya, butiran lanjut mengenai penyelewengan tersebut akan didedahkan beliau pada sidang media 2 Januari.
Ketua Cabang Tanjung Karang itu turut mempertikai pengumuman kerajaan untuk membina hospital di setiap negeri, tetapi hingga sekarang proses pembinaan masih tidak berjalan.
“Konon beriya-beriya umum, buat acara pecah tanah dan sebagainya. Tapi pembinaan tak ada. Itu yang saya nak persoalkan nanti, dan saya ada jawapan untuk kedua-dua isu ini,” katanya.
“Ia juga bagi menunjukkan janji kerajaan untuk menyediakan khidmat kesihatan yang cemerlang kepada rakyat tidak ditunaikan,” sambung beliau.
Sebelum ini, Yahya mendedahkan seorang bekas pegawai tertinggi polis memiliki aset berupa 10 unit rumah persendirian di sekitar Kuala Lumpur.
Kemudian, beliau mempersoal isu pemberhentian 37 pekerja kilang kelapa sawit (KKS) Bukit Talang, yang dimiliki anak syarikat perladangan konglomerat Sime Darby berusia 60 tahun.
Yahya turut membongkar isu air mineral yang diedar BN Selangor dalam kempen politik dikesan melanggar pelbagai peraturan, malah status halalnya diragui.
“Seperti yang saya beritahu sebelum ini, setiap minggu akan ada penyelewengan Umno BN yang akan saya dedahkan sehinggalah Pilihan Raya Umum ke-13,” katanya.
Hehehe ampa nampak dak apa yang MMI nampak ? Dalam kenyataan budak beringus tu langsung tak cakap nak lapor pada pihak berkuasa tapi dok canang nak buat sidang media hahaha apa punya BANGANG la..
Kita mudah ja kalau ada penyelewengan ataupun sebarang penipuan di mana-mana lapor saja pada pihak berkuasa kalau didapati bersalah ambil tindakan jangan simpan.Awat selama ni UMNO dengan BN tak pernah lapor dan ambil tindakan dekat orang-orang sendiri ka ?
Mungkin budak beringus tu tak percaya dekat pihak berkuasa kot sebab dia tau macam mana mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim dalam kes liwat dulu sedangkan perlakuan liwat berlaku , betoi dak ?
Lagi satu MMI nak bagitau dekat budak beringus tu kalau dah bercakap soal penyelewengan ni apa kata dedah sekali tentang penyelewengan sorang mamat ni.Agak-agak budak beringus tu berani dak ?
Baca seterusnya di blog Dr MiM Klik Sini
Satu ja MMI nak pesan jangan pula bila kena dekat juak-juak pembangkang ampa semua buat tak tau lepas tu boleh pula kata biaq pi kat depa laa..boleh ka macam tu ??
Hehehe
MMI.
No comments:
Post a Comment