Followers

Saturday, 29 December 2012

Amanat Haji Hadi PAS Kini Cuba Alih Tumpuan !!


Seperti yang MMI agak PAS pasti akan melakukan sesuatu demi mempertahankan amanat presiden mereka.Senario terkini jelas tidak memihak kepada PAS dan mereka kini terkial-kial dalam usaha mencari jalan supaya ianya tidak terus menjadi barah dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam ini.

Pelbagai pihak sebenarnya sudah pun tampil membincangkan malah menyeru supaya Haji Hadi menarik balik amanatnya yang dibuat sejak tahun 1981 yang lalu.Malah jika dikira kesan daripada amanat tersebut PAS sudah boleh dikira sebagai berjaya memecahkan umat Islam di Malaysia dengan berlakunya pelbagai insiden contohnya sembahyang dua imam,tidak menjamah makanan di rumah kenduri kerana khuatir tentang sembelihan,peristiwa Memali,isteri di ceraikan dan banyak lagi.

Malah Haji Hadi sendiri orang yang bertanggungjawab terhadap amanat yang dikeluarkannya sewaktu berumur 38 tahun (kalau tak silap MMI) sehingga kini masih menghilangkan diri dan langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan khususnya berkenaan status amanatnya.

Desakan dan seruan supaya Haji Hadi menarik balik amanatnya bukan saja dilakukan oleh orang-orang biasa tetapi mereka-mereka yang cukup ilmu agamanya.Malangnya PAS dan Haji Hadi membisu seribu bahasa malah Nik Aziz yang terkenal dengan ulama dendamnya pula yang dilihat berlebih-lebih dalam soal ini apabila tetap mempertahankan amanat Haji Hadi.

Ustaz Fathul Bari - Sebelum TG Nik Abdul Aziz memberikan kata-kata ataupun hukuman bahawa orang yang menyertai Umno itu satu perbuatan yang mungkar, saya kira fatwa perlu dikeluarkan terlebih dahulu bagi orang Islam yang menyertai DAP atau PKR.

Di mana fatwa tersebut? Apabila kita tanyakan kepada sebahagian pemimpin Pas, mereka mengatakan masuk DAP tidak mengapa, DAP ini wadah sahaja. Jadi ini sangat-sangat tidak seimbang dan dilihat fatwa tersebut berkepentingan. Untuk mereka halal, untuk Umno haram. Jadi tidak adil sedemikian rupa.Baca Seterusnya.

Bekas Ahli PAS - Saya tidak faham bahawa masalahnya pemimpin PAS begitu kuat mengata orang.Kemudian amanat tersebut dalam kawasan kampung , sampaikan adik beradik tidak bertegur sapa.Baca Seterusnya.

Timbalan Perdana Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno sebagai mungkar.Baca Seterusnya.

Dr Asri - Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam kenyataannya berkata, adalah lebih baik sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penarikan secara rasmi amanat yang pernah diberikan kepada ahli Pas lebih tiga dekad lalu.Baca Seterusnya.

Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan - "SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA' YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA' MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM"

Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.Baca Seterusnya.

Setelah ditegur oleh banyak pihak PAS sehingga kini masih mempertahankan Amanat Haji Hadi dan terkini pula mereka dilihat sedang cuba mengalih perhatian seluruh rakyat dengan satu cabaran untuk berdebat diantara ulama PAS dan ulama UMNO.


Apa untungnya debat ini dalam keadaan sebegini ? Bukankah segala macam bentuk teguran,desakan dan seruan diikuti dengan hujah-hujah mereka sudah pun dilakukan oleh banyak pihak seperti mana yang MMI catatkan diatas ?

Mengapa dalam isu ini Haji Hadi masih berdiam diri dan langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan ?

Sedarkah rakyat bahawa tindakan PAS mencabar ulama UMNO untuk berdebat sebenarnya membuktikan PAS kini sememangnya SESAT!

Mengapa MMI berkata demikian ? PAS langsung tidak mengendahkan keputusan yang dibuat sendiri oleh MAJLIS AGAMA ISLAM & ISTIADAT MELAYU KELANTAN apatah lagi dengan teguran dan seruan dari pihak lain.

Malah Nik Aziz selaku Mursyidul Am Parti PAS dilihat lebih SESAT apabila MEMBIDAS MUFTI-MUFTI yang mendesak Presidennya Hadi Awang menarik balik "Amanat Haji Hadi" sambil menegaskan mufti tidak harus "bermain politik."Baca Seterusnya.

Adakah ini yang kita harus gelarkan sebagai pemimpin Islam ? Apakah ini parti yang kononnya memperjuangkan Islam ?

MMI serahkan kepada semua untuk membuat rumusannya kerana apa yang sedang PAS lakukan sekarang adalah usaha bagi mengalih tumpuan yang kini tersasar kearah pemimpin dan perjuangan mereka yang sudah tersasar jauh malah semakin SESAT dengan nafsu dan kerakusan untuk terus menikmati KUASA dengan meminjam strategi politik sahabat Pakatan Haprak untuk berdebat.

MMI.

2 comments:

  1. Menggapa perlu ada amanat yang merosakkan agama dan pemikiran rakyat...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, takkan tak faham untuk apa amanat tu?
      Nak putrajaya laa..matlamat menghalalkan cara.

      Delete

Labels