Berita pergaduhan di Sungai Petani Kedah baru-baru ini cukup menggemparkan khususnya di laman-laman media maya sehinggakan pihak polis terpaksa mengadakan sekatan jalan raya dan menempatkan anggotanya di kawasan terlibat.
Pelbagai isu dimainkan berkenaan pergaduhan kaum di antara orang Melayu dan India.Namun dengan kecekapan pasukan polis dibantu dengan sikap profesional para pimpinan masyarakat setempat keadaan dapat dikawal dan semuanya kembali seperti sedia kala.
Malah sehingga entri ini ditulis keadaan dilaporkan tenang walaupun anggota-anggota polis masih ditempatkan dibeberapa tempat bagi memantau dan memastikan keadaan terkawal.
Namun agak mengejutkan MMI apabila tiba-tiba ada pihak yang menuduh blogger pro UMNO adalah dalang disebalik kejadian tersebut.Apa kena mengena dengan blogger pro UMNO pula ?
Begitulah sikap pimpinan Pakatan Haprak yang sembrono saja main tuduh sedangkan hakikat sebenar blogger kita adalah diantara mereka yang meminta supaya semua pihak bertenang dan memberikan kerjasama kepada pihak polis.Antaranya Klik Sini , Sini dan Sini.
Malah pemimpin UMNO juga adalah diantara mereka-mereka yang berusaha supaya kejadian yang digembar-gemburkan itu reda selesai dengan baik malah memberikan kerjasama yang cukup baik kepada pihak berkuasa.
Siapa yang membuat tuduhan sedemikian ?
Siapa lagi kalau bukan si klon P.Ramlee yang tak berapa nak menjadi ni dengan mudah saja menuduh dan meletakkan kesalahan tersebut kepada blogger pro UMNO sedangkan perkara yang sebenar jauh dari apa yang dinyatakan.
Baca selanjutnya Di Sini
Dalam masa yang sama ada juga suara-suara sumbang yang nak mencelah dan menyalahkan UMNO dalam kejadian tersebut.Siapa lagi kalau bukan si Bard tu..Mungkin mamat ni nak popularkan diri dia supaya dipilih oleh Anwar untuk jadi calon dalam pilihan raya nanti , maklumlah Bang Cot dah potong "line" dia..
Semua ini terjadi hasil daripada politik perkauman ekstrem Umno dan Barisan Nasional yang sering melagakan kaum. Poltik perkauman ekstream Umno Barisan Nasional umpama memasang bom jangka di kalangan masyarakat.
Inilah yang mereka mahu, pergaduhan antara kaum akan menyebabkan setiap kaum berpaut kepada parti berasaskan kaum bagi berlindung lantas memberi sedikit nafas kekuatan biarpun memberi kesan buruk kepada seluruh kemasyarakatan dalam jangka masa yang panjang.Baca Seterusnya.
Begitulah keadaannya , di saat semua pihak berusaha untuk meredakan keadaan juak-juak Pakatan Haprak lebih suka untuk mencari dan menuding jari kepada orang lain.Apa hal puak-puak ni ??
Psstt MMI memang tak boleh blah bila tengok muka klon P.Ramlee tu macam hindustan adalah !
MMI.
No comments:
Post a Comment