Followers

Thursday 13 December 2012

PANAS Ketua Wanita Beraksi LUCAH ?!

Gambar Hiasan
Macam-macam cara orang zaman sekarang boleh buat kalau dah nafsu menguasai diri.Terkini seorang ketua wanita dilaporkan mengalami gangguan berupa sms lucah yang dikirimkan ke telefon bimbitnya sehinggakan menggangu urusannya seharian malah turut menimbulkan rasa takut. 

Satu laporan polis dibuat kelmarin oleh Ketua Wanita MCA Cawangan Taman Selayang Jaya, Jessie Ooi mengakui mengalami sedikit trauma apabila beliau kerap menerima panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah daripada individu tidak dikenali.

Menurutnya, beliau mula mendapat panggilan dan SMS lucah tersebut sejak Mei lalu namun kebelakangan ini gangguan tersebut semakin kerap sehingga menimbulkan kebimbangan ke atas diri dan keluarganya.

"Saya menerima gangguan daripada lima nombor telefon berbeza dan salah satunya pernah mengganggu lebih 20 kali sehari," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jessie tidak menolak kemungkinan pihak yang mengganggu terdiri penyokong tegar calon yang ingin bertanding dalam pilihan raya akan datang atau individu yang sengaja menimbulkan provokasi.

"Salah seorang memaklumkan dia diarahkan oleh seseorang untuk mengganggu saya dan tidak takut apabila saya memaklumkan akan membuat laporan polis.

"Sebelum ini, permasalahan itu dibiarkan kerana terlalu sibuk dan menganggapnya sebagai senario politik tetapi kebelakangan ini semakin teruk menyebabkan saya perlu mengambil tindakan tegas," katanya.


Beliau berkata, bimbang gangguan panggilan dan SMS lucah itu berlaku, satu laporan polis telah dibuat kelmarin bagi menjamin keselamatan diri dan memohon perlindungan daripada pihak berkuasa.

"Kesemua nombor tersebut telah diserahkan kepada polis dan berharap siasatan dapat dijalankan dengan mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab membuat gangguan," katanya.


MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels