Followers

Wednesday, 29 February 2012

Lagi Dakyah Pakatan Haprak - Pemuda UMNO Tasek Gelugor Buat laporan Polis


Semenjak dua menjak ini Pakatan Haprak yang semakin hilang arah dan dilihat berkecamuk semakin galak sekali untuk berdebat.Pantang ada apa saja isu pastinya pentas debat akan disediakan atas alasan untuk mencari kebenaran dan menyampaikan maklumat kononnya kepada rakyat.

Begitulah juga yang berlaku di Tasek Gelugor apabila Seketariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (Pemuda Penang) yang merupakan penganjur program debat perdana PR vs BN dilihat cukup tidak profesional apabila dengan penuh rasa megah menaikkan banner-banner dan menyalurkan maklumat bahawa debat ini akan diadakan pada 29 Februari 2012 bertempat di Dewan Besar Sungai Dua.

Untuk makluman semua seketariat ini di ketuai oleh Syed Mikael Ketua AMK Tasek Gelugor yang sememangnya gagal bekerja untuk rakyat Tasek Gelugor.MMI melihat ini adalah satu cubaan daripada Syed Mikael untuk mempopularkan dirinya mungkin dalam usaha untuk meyakinkan Anwar Ibrahim supaya memilih beliau sebagai calon dalam PRU ke13 nanti.Buat kerja dululah Mikael.

Apa pun MMI akan membawa kepada anda kronologi bagaimana bermulanya episod dakyah pembangkang haprak ini.

Pihak Seketariat program GASAK292 ini pada mulanya berarak dari Dewan Besar Sungai Dua ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor untuk menyerahkan surat jemputan tersebut yang bertarikh 1 Februari 2012.MMI dimaklumkan ketika rombongan yang diketuai oleh Syed Mikael ini tiba di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang terletak hanya beberapa ratus meter sahaja dari Dewan Besar Sungai Dua,mereka tanpa memberikan salam terus menyerbu masuk ke ruang pejabat Pusat Khidmat dan menyerahkan surat jemputan tersebut kepada Sdr Hasbul Hazani Daud Pegawai Khas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Kedatangan rombongan ini seperti yang dimaklumkan oleh petugas Pusat Khidmat sungguh tidak profesional dengan serbuan tanpa memberikan salam.Namun Sdr Hasbul Hazani Daud Pegawai Khas Pusat Khidmat Ahli Parlimen tetap menerima surat jemputan yang diserahkan.

Kandungan surat jemputan tersebut telah menyatakan untuk menjemput YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk berdebat isu "Malaysia Bankrap Jika Mansuh Tol" bertempat di Dewan Besar Sungai Dua pada tarikh 29 Februari 2012 tanpa menjelaskan masa debat tersebut bakal dilansungkan.Jemputan itu juga menyebut masa selama 7 hari diberikan kepada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk menjawab samada menerima jemputan tersebut ataupun tidak.tempoh 14 hari lagi diberikan kepada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk mempersiapkan diri dengan fakta-fakta sekiranya menerima jemputan tersebut.

Bagi pihak Pusat Khidmat Ahli Parlimen melalui Pegawai Khasnya Sdr Hasbul Hazani Daud telah memaklumkan kepada MMI bahawa tidak ada sebarang surat persetujuan dikeluarkan oleh pihak YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk menerima jemputan tersebut sehinggalah tempoh masa 7 hari yang diberikan berakhir.

Ini membuktikan bahawa jemputan tersebut jelas tidak diterima oleh pihak YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan sebagai pihak pengelola program yang telah meletakkan syarat dalam surat jemputan itu sepatutnya telah pun mempunyai jawapan dan mengetahui bahawa YB Tan Sri tidak akan hadir.

Namun apa yang dikesalkan adalah pihak seketariat program dilihat telah menaikkan banner-banner dan kain rentang disekitar Sungai Dua dan kawasan Tasek Gelugor memaklumkan bahawa debat diantara YB Lim Guan Eng dan YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop akan berlaku pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Ini merupakan satu tindakan yang cukup tidak profesional dan merupakan satu dakyah yang dilakukan oleh pihak Pembangkang dalam mencari kredit politik.Mereka juga dilihat telah menggunakan nama dan gambar YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tanpa persetujuan oleh YB Tan Sri sendiri dan ini merupakan satu usaha memburukkan nama beliau seterusnya memburukkan nama seorang menteri dan kerajaan Malaysia.

Sehingga ke jam 10 pagi tadi banner-banner dan kain rentang masih lagi tidak diturunkan dan ini bermakna mereka jelas tidak menghormati dan bertindak biadap kepada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.Maka Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor diketuai oleh Sdr Hasbul Hazani Daud yang juga Pegawai Khas Pusat Khidmat Ahli Parlimen bersama Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor Sdr Abdul Rahman Saad serta barisan AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan kumpulannya telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sungai Dua.



Laporan Polis ini di buat supaya pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani usaha pihak pembangkang yang jelas telah menggunakan nama dan gambar serta maklumat yang tidak tepat berkaitan YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan pihak Pemuda UMNO menganggap ini merupakan satu tindakan yang tidak profesional dan biadap yang perlu dihentikan kerana mereka yakin ianya akan dipergunakan untuk kepentingan politik sempit dan terdesak Pakatan Haprak.

Kepada yang diluar sana inilah sifat dan sikap juak-juak pembangkang yang sebenar bila mana terdapat saja isu-isu yang tidak menguntungkan mereka pastinya debat akan menjadi pilihan semata-mata untuk mengalih tumpuan rakyat kepada isu yang lebih penting.

MMI ucapkan syabas kepada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kerana tidak menerima jemputan tersebut.MMI juga difahamkan oleh Sdr Hasbul Hazani Daud bahawa Lim Guan Eng dan Pembangkang khususnya di Pulau Pinang sebenarnya tertekan dan gagal menunaikan janji yang mereka buat sendiri sewaktu kempen PRU Ke12 yang lalu.Mana mungkin rakyat Pulau Pinang lupa janji Lim Guan Eng untuk menghapuskan tol Sungai Nyior sekiranya pembangkang menang di Pulau Pinang.Sehingga ke hari ini janji hanya tinggal janji.


Guan Eng juga sebenarnya perlu menjawab 23 soalan yang telah diajukan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang Sdr Ir Shaikh Husin Mydin terlebih dahulu berkenaan ketelusan penjualan tanah Bayan Mutiara di Pulau Pinang.Jika ini pun Guan Eng tak boleh lakukan jangan bicara soal berdebat dengan YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kerana kita tidak akan melayan manusia berlidah biawak ini.

Kepada semua buatlah penilaian anda sendiri mana lebih penting berdebat dengan manusia berlidah biawak atau bekerja untuk rakyat ?

Kepada Lim Guan Eng dan Pakatan Haprak kalau dah terdesak sekalipun janganlah sampai jadi budak-budak.MMI di maklumkan malam ini program tersebut tetap diteruskan kerana mereka telah pun menyediakan 6 pemidato untuk menghiasi pentas utama mereka malam ini.Bayangkan 6 pemidato dengan barisan pimpinan mereka yang bakal hadir menunjukkan mereka sebenarnya telah pun bersedia dan tahu malam ini program tersebut hanya akan dihadiri oleh juak-juak Pakatan Haprak sahaja.

Jelas Pakatan Haprak hanya mempergunakan nama YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop semata-mata untuk mencari kelemahan UMNO dan BN di Tasek Gelugor.Tapi Mikael lupa mereka perlu berdepan dengan Pemuda UMNO terlebih dahulu.

Ikrar Pemuda UMNO dan BN Tasek Gelugor kita akan kuburkan siapa saja calon Pakatan Haprak yang bertanding di Tasek Gelugor pada PRU Ke13 nanti.Nak tahu rasanya cuba lah..

Psssttt setakat debat dengan Guan Eng tu bagi MMI ja .. Hehe..

MMI.
    

Akhirnya DAP Berjaya Jinakkan Pas


Semenjak 2008 apabila Pakatan Haprak memenangi 5 buah negeri (Kini Perak telah kembali ke BN) juak-juak mereka begitu teruja sekali sehinggakan timbul sikap riak dalam diri mereka termasuklah para pemimpin terutamanya Parti Pas.

Tenggelam dan hanyut dengan kemenangan tersebut juak-juak Pas dilihat semakin agresif untuk menguasai seluruh negara.Perkara paling melucukan adalah apabila Pas juga turut mahu menuju ke Putrajaya sedangkan merekalah yang pertama mahu melelong Putrajaya sekiranya mereka berkuasa dengan alasan ianya satu pembaziran.

Namun MMI percaya jutaan rakyat di Malaysia lebih mengenali siapa Pas sebenarnya.MMI kali ini bukan nak bercerita perihal kes tangkap khalwat seorang Ustaz di Pahang tapi nak mengajak semua untuk melihat bagaimana Pas sebuah parti yang kononnya memperjuangkan ISLAM dilihat tunduk kepada desakan dan arahan daripada parti-parti seperti Keadilan dan DAP.

Bagaimana mereka membuka ruang untuk membolehkan budaya dan roh DAP menular masuk menguasai pemikiran dan gerak kerja mereka seterusnya memesongkan perjuangan ISLAM kepada NEGARA BERKEBAJIKAN.

Lihat saja PAS bermati-matian mempertahankan setiap tindakan malah apa saja tuduhan terhadap mana-mana pemimpin dalam Pakatan Haprak dan menuduh semuanya angkara UMNO dan Barisan Nasional. Lupakah kita kepada peristiwa Mat Sabu ditangkap khalwat?Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah  dalam kes liwat Saiful Bukhari ? Isu bogel Elizabeth Wong ? Terbaru pula isu tangkap basah Ustaz Badrol Amin di Kuantan dan banyak lagi jika nak disenaraikan disini.

Bukti budaya dan roh DAP telah meresap kedalam jiwa pemimpin Pas amat ketara sekali.Lihat saja berita terbaru apabila Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden dari kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata,  dalam Islam, terdapat dua perkara, iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah, contoh yang boleh berubah adalah perkara politik.

Menurutnya, Pas tidak terlalu taksub dengan berkeras mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti, namun katanya, kata putus akhir ditentukan oleh Majlis Syura dan Muktamar Pas.

“Itu kelebihan Islam kerana mampu menangani perubahan-perubahan zaman sehingga hari kiamat, maknanya Islam memberi izin kepada kita (untuk menerima Timbalan Presiden) dari bukan Islam,” katanya pada Wacana Sinar Siri Ke-11 di sini, hari ini.

Pada pilihan raya umum Mesir baru-baru ini, Parti Kebebasan dan Keadilan yang ditubuhkan Ikhwanul Muslimin telah memenangi pilihan raya itu. Parti tersebut diterajui Dr Mohd Mursi yang juga Pimpinan Pusat Ikhwanul Muslimin.

Antara pimpinan tertinggi Parti Kebebasan dan Keadilan adalah seorang Kristian, Dr Rafiq al-Habib yang memegang jawatan Timbalan Presiden II.

Ditanya adakah perubahan itu bermula dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, ia adalah salah satu transformasi yang sentiasa dibawa Pas.

“Dalam Islam, perkara urus tadbir amat terbuka, apapun kami bersedia menerima perubahan ini mengikut keperluan dan kepentingan,” katanya.

MMI tak sabar sekali menantikan siapa calon yang bakal menduduki kerusi nombor dua parti Pas ni.

Sedar atau tidak kenyataan Dr Dzulkefly Ahmad membuktikan bahawa Pas bukan pejuang agama ISLAM.Beliau telah menggunakan agama Islam untuk menghalalkan cara parti Pas untuk terus hidup.Pas hanyalah sebuah parti politik yang pendiriannya sentiasa diragui dan berubah-rubah mengikut kesesuaian zaman dan masa.

Lihat saja bagaimana satu ketika dulu dengan amanatnya mengkafirkan orang-orang UMNO hanya kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam tetapi kini mereka mencipta dalil tersendiri semata-mata untuk menghalalkan tindakan mereka untuk bersama DAP dan Keadilan.Bagaimana mereka menjadikan Islam sebagai bahan untuk berkempen sehinggakan timbul kempen yang mengajak rakyat untuk mengundi Pas dan dijanjikan Syurga.Bagaimana Pas mempertahankan Anwar Ibrahim bermati-matian sedangkan dulunya merekalah orang pertama yang menuduh Anwar sebagai peliwat sewaktu Anwar masih bersama UMNO ?

Inilah sebahagian daripada bukti kegagalan Pas dalam perjuangannya yang penuh dengan dendam kesumat yang bersarang dilubuk hati Nik Aziz.

Jelaslah hari ini maksud " Pas For All " sememangnya untuk semua.Mungkin selepas ini tidak ada lagi kelab penyokong Pas kerana mereka juga bakal diserapkan sebagai ahli Pas.

Tak sabar juga MMI untuk melihat pemilihan dalam parti Pas yang bakal bertanding kerusi exco melibatkan bangsa Cina yang bukan ISLAM.

Mungkin selepas ini Pesuruhjaya Pas Negeri Pulau Pinang akan diserahkan kepada Karpal Singh kerana seperti kata Dr Dzulkefly Ahmad mereka bersedia menerima perubahan mengikut keperluan dan kepentingan.

Akhirnya DAP Berjaya Jinakkan Pas....

MMI.

Monday, 27 February 2012

Jom Bicara Tentang LYNAS - Benarkah Seperti Yg Di Katakan Pembangkang ?


Sedar atau tidak Lynas telah menyebabkan orang Melayu Pulau Pinang bertumbuk dengan Cina Pulau Pinang.Bayangkanlah jika melihat dimana tempat pembinaan kilang ini dan jaraknya dari Pulau Pinang yang berada di Pahang  sudah tentu satu perkara bodoh yang telah dilakukan oleh mereka-mereka yang bertindak sampai terpaksa menganggung kesakitan akibat lebam dipukul dan sebagainya.

Apa kesannya Lynas kepada orang Pulau Pinang sedangkan ianya dibina di Pahang.apakah Lynas ini merupakan sebuah reaktor nuklear seperti mana yang terdapat di negara Jepun dan negara-negara lain di dunia?


Bermacam-macam isu telah kita dengar berkenaan hal ini hinggalah diadakan pula perhimpunan hijau yang kononnya mahu menyelamatkan Malaysia daripada radioaktif dan bahan-bahan yang sewaktu dengannya.Maka berkumpullah kumpulan-kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai rakyat Malaysia yang prihatin berdemo dengan terdiri daripada pelbagai bangsa dan umur.Soalnya sejauh mana mereka -mereka ini faham akan Lynas ini ?



Kepada yang membaca artikel ini fahamkah kamu apa itu nadir bumi ? Apa yang akan dilakukan oleh kilang Lynas nanti ? Apakah bahan yang akan diproses hinggakan dikatakan mampu mengeluarkan radioaktif yang membahayakan manusia ? Apakah kilang Lynas ini hanya memperoses bahan tanpa mengeluarkan bahan-bahan yang selalunya dilakukan oleh mana-mana kilang bagi menjalankan perniagaan ? Sejauh mana bahayanya radioaktif yang diwar-warkan oleh pihak-pihak tertentu sehinggakan kenyataan dan siasatan yang dijalankan oleh badan bebas yang dilantik oleh kerajaan Malaysia tidak boleh diterima pakai ? Banyak lagilah persoalan dan tuduhan yang dibuat oleh pihak-pihak yang sebenarnya didalangi oleh juak-juak pembangkang semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka.

Jangan risau , kali ini MMI bawakan penjelasan berkenaan Lynas termasuk semuanya yang sewaktu dengannya.Secara jujur MMI bukan dalam bidang ini namun MMI bawakan penjelasan dan keterangan yang cukup baik dan mudah difahami oleh mereka yang membacanya.

So berikan sedikit masa kita tour hasil tulisan dan penerangan oleh Sdr Yazid Yunus yang arif berkenaan hal-hal berkaitan melalui laman blognya unclearengineer.blogspot.com , Jom ..

Terdahulu saya ada berjanji akan menulis tentang isu Lynas yang di bincangkan antara Raja Datuk Abd Aziz (Ketua Pengarah, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom), Prof Dr. Abd Aziz Tajuddin (Pengarah, Kampus Kejuruteraan, USM) dan saya. 

Kami bertiga bersetuju bahawa isu Lynas ini telah menjadi isu politik di mana kumpulan yang menyokong dan menentang mengambil pihak berdasarkan kepada perkiraan politik semata-mata. Walau bagaimana pun, tindakan MCA sebuah parti komponen BN mempersoalkan projek tersebut nampak terkeluar dari norma politik tanah air.

Secara amnya, penentangan kepada projek tersebut mungkin akan dapat dikurangkan jika pihak yang terlibat dalam meluluskan projek ini serta Syarikat Lynas bertindak lebih “transparent” sejak dari awal lagi. Maklumat yang tepat dengan mengadakan perbincangan terbuka (public hearing) antara penduduk sekitaran tapak dan Lynas mungkin akan dapat mententeramkan sedikit kebimbangan. Mungkin ini akan melewatkan sedikit pembangunan projek tersebut tapi rakyat perlu diberikan sedikit peluang untuk berdialog dan merasa bahawa kepentingan mereka di ambilkira dalam keputusan akhir.

Saya juga ada bertanya dengan Raja Datuk Aziz mengapa kesemua pakar yang di pilih merupakan pakar dari negara luar negara sahaja. Penjelasan beliau ialah bagi memperlihatkan “independent and internationally recognised expert opinion” maka Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) terpaksa menolak pakar dari Australia (Lynas adalah sebuah syarikat Australia), Malaysia dan juga China (ini kerana China merupakan pengeluar terbesar unsur nadir bumi dan mungkin akan tertekan untuk membuat keputusan yang akan menguntungkan negara China). Jika dilihat dari komposisi negara pakar-pakar yang dilantik, kebanyakan nya adalah dari negara yang tidak mempunyai kepentingan dengan kejayaan mahupun kegagalan projek Lynas ini. Ini merupakan sesuatu yang positif kerana ia memperlihatkan bahawa kerajaan Malaysia benar-benar mahu mendapatkan nasihat professional yang bebas.Klik Sini untuk berita penuh.

MMI-Dalam keterangan tersebut beliau juga diaju beberapa soalan yang MMI rasakan perlu diketahui dan dimaklumkan kepada semua.Jadi Jom Continue Tour..

MENJAWAB SOALAN SAUDARA DP MENGENAI LYNAS
Saudara DP 

Maaf kerana lambat jawab. Pertama kerana saya sibuk dengan kerja saya dan kedua saya ada perkara lain yang sedang bermain di kepala. Jadi isu lepas seperti Lynas ni dah rasa macam tak ada “kick” lagi untuk diulas. Mungkin lepas keluar laporan pakar IAEA  nanti, saya akan ada mood untuk menulis kembali. Walau bagaimana pun saya cuba menjawab soalan saudara setakat yang boleh.

Apakah pandangan En berkenaan Asian Rare Earth Plant(ARE) yang pernah beroperasi di Bukit Merah, Perak suatu masa dahulu? Adakah ianya suatu operasi yang dianggap selamat pada waktu itu? Apakah pandangan En terhadap tahap keselamatan ARE sekarang?
Asian Rare Earth (ARE), Ipoh – isu  ARE ni isu lama. Saya masih ingat lagi kerana masa itu saya masih berkhidmat di PUSPATI, Bangi. Dari segi teknikalnya saya rasa ARE tidaklah begitu membahayakan seperti yang di gembar gemborkan.

Unsur nadi bumi bukan bahan radiokatif. Bagaimanapun unsur ini selalunya terdapat bersama-sama dengan bahan uranium dan thorium yang mengeluarkan radiasi paras rendah. Unsur-unsur thorium dan uranium inilah yang menyeababkan proses pengeluran unsur nadir bumi ini perlu di kawal supaya radiasi dari bahan mentah tersebut tidak menjadi masaalah kepada pekerja dan penduduk sekitarnya.

Apa yang berlaku di Ipoh ialah ARE memproses bahan buangan dari industri perlombongan bijih timah. Bahan buangan seperti ini memang banyak bertimbun di kawasan Ipoh sendiri. Logiknya macam mana ia mampu membahayakan penduduk begitu rupa jika asalnya dari tanah yang  di duduki  oleh orang ramai. 

Untuk makluman sehingga kini banyak rumah di Ipoh yang didirikan di atas timbunan bahan buangan ini. Ipoh sendiri merupakan antara bandaraya yang mempunyai paras sinaran latarbelakang (background radiation) antara yang tertinggi di Malaysia. Walau bagaimana pun saya tidak membaca data dari kajian saintifik yang mengatakan kadar berlaku kanser di Ipoh antara yang tertinggi di Malaysia.

 Apakah boleh kita kata bahan buangan industri bijih timah ini yang kemudiannya di proses smula oleh ARE untuk mendapatkan nadir bumi (rare earth) merbahaya?

Saya amat tertarik dengan laporan oleh Karam Singh Walia dalam Buletin Berita 8:00 malam di TV3 mengenai dengan paras radiasi latarbelakng (background radiation) di berapa tempat di Malaysia. Kalau ada dalam youtube, mungkin saudara boleh lihat untuk memberikan perspektif yang lebih seimbang dalam isu ini.

Protes terhadap ARE telahpun dibawa ke mahkamah dan keputusan telah di buat untuk ARE memberhentikan operasinya. Itu keputusan mahkamah dan kita akur dengan keputusan itu. Samada keputusan itu tepat atau tidak, ARE telah mengambil keputusan untuk mematuhi segala arahan mahkamah. Saya di maklumkan bahawa kerja-kerja pembersihan di kilang ARE telah dijalankan seperti yang dikehendaki mahkamah. Sebagai organisasi korporat, pemegang saham ARE telah membelanjakan beratus juta ringgit bagi memastikan keadaan di sekitar kilang ARE tersebut di “pulihkan” ke keadaan normal.Klik Sini untuk maklumat penuh.

Satu pesanan MMI kepada semua baca sekali komen-komen dan persoalan yang diajukan oleh pembaca dalam blog milik Yazit Yunus kerana beliau telah menjawab dengan begitu baik dan dapat difahami oleh semua pihak.

MMI mahu berkongsi maklumat ini bersama semua kerana kita perlu tahu setiap perkara yang dimainkan oleh pihak pembangkang selalunya tidak akan dijelas secara penuh dan ianya bertujuan untuk memburuk-burukkan kerajaan terutamanya UMNO dan Barisan Nasional.

Kepada semua nilailah melalui bahan ilmiah ini supaya kita tidak menjadi sebahagian daripada mereka-mereka yang hanya mengikut telunjuk mereka-mereka yang berniat jahat.

Terima kasih kepada Mezone,semuanya bermula dari saudara.

MMI.


BUKTI Guan Eng Cetuskan Kekacauan Di Speaker Corner Pulau Pinang


Kejadian yang tidak diingini telah pun bermula di bumi darah tumpah kita wahai semua para pejuang UMNO .DAP dikepalai oleh Lim Guan Eng telah menjadikan alasan Perhimpunan Hijau sebagai medan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman kepada barisan Cina DAPigs yang hadir. 



Guan Eng sememangnya mahu menjadikan "Speaker Corner"  di Padang Kota sebagai permulaan untuk membangkitkan perasaan ini seterusnya mahu memperlihatkan kepada dunia luar Malaysia juga sebenarnya tidak aman.

Buktinya Guan Eng sendiri sebagai seorang Ketua Menteri telah menafikan peranan pihak Polis dengan tidak memaklumkan kepada mereka berkenaan Perhimpunan Hijau yang diadakan.Hairan bagaimana seorang pemimpin yang diangkat oleh juak-juak Pas sebagai khalifah Umar Abd Aziz ini boleh terlepas pandang berkenaan soal keselamatan sewaktu perhimpunan hijau berlangsung.Atau sememangnya maklumat tersebut tidak mahu dibocorkan kerana peranan mereka untuk menyemai api perkauman tercapai.Lihat video dibawah apa yang diungkapkan oleh Lim Guan Eng !




Laporan dari Bernama,
Polis Pulau Pinang kecewa dengan penganjur Perhimpunan Hijau 2.0 yang mengadakan perhimpunan di Sudut Pidato, Padang Kota di sini, Ahad, kerana mereka langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata penganjur hanya memaklumkan kepada polis selepas berlaku kekecohan sehingga menyebabkan seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera.

"Memang tidak memerlukan permit tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak," katanya kepada Bernama di sini malam Ahad.

Perhimpunan Hijau 2.0 yang disertai hampir 1,000 orang itu bertukar kecoh apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir membantah perhimpunan yang berlangsung pada pukul 6 petang itu.

Kekecohan berlaku apabila lebih 50 anggota NGO termasuk sekumpulan lelaki bermotosikal menghampiri perhimpunan Hijau 2.0 yang membantah operasi kilang Lynas di Gebeng, Pahang, sehingga berlaku tolak-menolak.

Kejadian menjadi bertambah kecoh ketika Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang turut menghadiri perhimpunan itu naik ke pentas untuk berucap sehingga terpaksa dikawal beberapa pengawal bagi menghalang anggota NGO berkenaan menghampirinya.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila kenderaan yang dinaiki Lim ketika hendak meninggalkan perhimpunan itu dihalang anggota NGO sehingga berlaku pergelutan antara mereka dengan peserta perhimpunan yang cuba membuka laluan kepada Ketua Menteri itu.

Dalam keadaan tegang itu, wartawan dan jurugambar akhbar Kwong Wah Jit Poh iaitu Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di bahagian badan dan kepala ketika sedang menjalankan tugas.Mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ayub berkata polis mengambil tindakan segera selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu dengan menghantar 40 pegawai serta anggota polis untuk mengawal keadaan dan bertindak segera menyuraikan pertembungan dua kumpulan itu bagi mengelak keadaan lebih teruk.

"Apa yang saya pelik kenapa penganjur perhimpunan di Kuantan,Pahang boleh berbincang dengan polis sebelum mengadakannya tetapi penganjur di Pulau Pinang tidak boleh berbuat demikian," katanya.

Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menyiasat pihak yang bertanggungjawab mencederakan dua petugas media berkenaan. - BERNAMA

Itulah kronologi yang berlaku di petang keramat tersebut.MMI yakin sekiranya sesiapa saja yang berada dilapangan tersebut pada hari kejadian sudah pasti akan meletakkan maruah orang Melayu sebagai yang paling depan apabila melihat dan mendengar ucapan dan memekan daripada para penyokong DAPigs.  

Akhirnya terjadilah kejadian seumpama ini yang pastinya menyusahkan semua pihak.Apa pun MMI ucapkan tahniah dan syabas kepada semua anak-anak Melayu yang berada di medan hadapan pada hari kejadian kerana kita telah memberikan mereka mesej jelas JANGAN CUBA MAIN DENGAN API !!


MMI

Sunday, 26 February 2012

Pakatan Haprak Meroyan Bila Tak Di Jemput Mesyuarat - Ada Baca Ka ?


Satu mesyuarat melibatkan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri ke 114 telah diadakan pada 21 Februari 2012 Selasa yang lalu bertempat di Ibu Negara.YAB PM telah mempengerusikan mesyuarat tersebut dan turut disertai oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.Semuanya berjalan lancar dalam suasana yang cukup mesra.

Namun setelah semuanya selesai ianya tiba-tiba menjadi kecoh apabila terdapat berita yang menyatakan pemimpin pembangkang tidak di jemput bersama dalam mesyuarat tersebut.Berita ini juga menghiasi helaian dalam media-media pembangkang termasuklah HARAKAH.

MMI juga tidak kurangnya apabila turut diajukan soalan ini oleh rakan-rakan maya berkenaan hal ini.Seperti biasa MMI akan cuba untuk meneliti dan mencari punca berlakunya kejadian ini.

MMI bawakan laporan dari Harakah Daily untuk tatapan semua.


Menurut laporan daripada Harakah Daily jelas ianya bukan saja setakat laporan bahkan terus menyerang dengan melabelkan YAB PM sebagai pendendam dan dikaitkan pula dengan Tun Dr. Mahathir.Dasyat ni jika sebegitulah tuduhannya perkara ini memang berat.

MMI juga melihat seperti ada yang tidak kena dengan apa yang diklaporkan.Sebagai Menteri Besar dan Ketua Menteri kenapa mereka tidak dijemput ? Apakah rasionalnya mereka-mereka ini tidak dijemput ?

Jom kita lihat pula laporan daripada pihak kerajaan dan jawapan daripada YAB PM berkenaan hal ini melalui Sinar Harian Online.


YAB PM telah menyatakan bahawa mesyuarat tersebut merupakan satu mesyuarat penyelarasan antara kerajaan pusat dan negeri yang dihadkan kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri daripada Barisan Nasional (BN) sahaja dan mengikut perlembagaan.

Itulah laporan yang telah MMI bawakan kepada semua daripada kedua-dua belah pihak.Sekarang kita perlu rasional untuk menyelesaikan persoalan ini.

Bagi MMI sepatutnya mesyuarat tersebut mestilah dinamakan "Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN" barulah isu ini tidak timbul dan disini MMI kekal dengan pendirian kelemahan mestilah diatasi.Kesalahan ini sebenarnya tidak memberikan apa-apa impak pun jika dilihat dalam konteks yang lebih besar.Diharapkan selepas ini perkara seperti ini perlu diberikan perhatian untuk mengelakkan sebarang isu yang boleh menimbulkan sebarang perasaan kurang senang mana-mana pihak.

Begitu juga pihak pembangkang,walaupun terdapat kelemahan kenapa perlu sampai ke tahap laporan berunsurkan tuduhan dendam yang dilihat lebih kepada mempolitikkan isu yang sepatutnya ditangani dengan baik.

Jelas dikhabarkan oleh YAB PM bahawa mereka (Pembangkang) juga turut tidak ketinggalan dalam menyertai mesyuarat-mesyuarat tertentu seperti mana yang dilaporkan diatas.

Jadi ianya adalah atas keperluan sesuatu perkara dan janganlah dijadikan sebagai isu politik yang boleh menyebabkan kerencatan membangunkan negara.

Pernah atau tidak kita semua melihat YAB PM yang sering dicemoh dan dicaci malahan gambarnya diedit oleh juak-juak pembangkang memaki dan marah-marah seperti mana yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim hanya apabila beliau tidak dijemput mesyuarat ? He3 kadang-kadang lawak juga.



Ada PM bising pasal keja-keja kotor juak-juak pembangkang terhadap diri dia ? Serangan individu tu bro.

Kalau setakat mesyuarat tak jemput ni tak payah nak petikai lah.Buat kerja kamu masing-masing yang makin teruk tu.Jangan pula kata teruk kerana kerajaan pusat tak bantu sedangkan selama kamu menang dan berkuasa tak henti-henti menyerang kerajaan kononnya kerajaan tak bagus.Habis kalau tak bagus nak hadir mesyuarat buat apa ? ADA BACA KA ?

Psssst PM tak panggil pasal nak suruh depa selesaikan masalah pasir di Selangor,tanah Bayan Mutiara di Penang,isu air di Kelantan dan pentadbiran di Kedah.He3.

MMI.

Saturday, 25 February 2012

Berita Terkini - Ustaz Badrul Amin DiTangkap Khalwat !



Gempar !

Berita Terkini : Ustaz Badrul Amin Bahrum ditangkap khalwat di Pahang oleh Jabatan Agama Islam Pahang .

Badrul Amin yang terkenal dengan ceramah mencarut,maki hamun dan fitnah ini di tangkap bersama pasangannya disebuah bilik di Swiss Garden Hotel semasa retreat parti PKR.

Berdasarkan maklumat,Pasangannya adalah isteri orang bernama zatiwani yang bekerja sebagai juruteknik di kolej komuniti rompin . Suami wanita tersebut bernama fazli pungut.

Sekarang ini dikatakan sedang kecoh dikalangan ahli PKR Pahang,mereka cuba menutup kes khalwat bersama isteri orang ini tetapi berjaya didedahkan.

Uztaz Badrol yang pernah mencetuskan kegemparan apabila menamakan Anwar Ibrahim sebagai imam mahdi  diberitakan hanya memakai tuala sahaja ketika ditangkap.Klik Sini

Apa pun kita nantikan maklumat lanjut selepas ini.Klik Sini

Pssst Dalam progrm retreat parti pun sempat lagi tu..

MMI.

Lim Guan Eng - Rakyat Pulau Pinang Terus Di Tipu


Internet telah menjadi satu keperluan bagi kebanyakkan rakyat di Malaysia.Boleh dikatakan semua anak-anak muda hari ini menjadikan internet sebagai medium untuk mencari bahan-bahan  rujukan disamping mengakses laman-laman blog dan Facebook.

Kemudahan internet tanpa wayar (Wifi) merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam sebarang carian maklumat terutamanya melibatkan pelajar dan sesiapa sahaja pada setiap hari dan waktu.

Dan itulah yang dijanjikan oleh DAP dalam PRU Ke12 yang lalu untuk menyediakan Wifi percuma diseluruh negeri Pulau Pinang sekiranya Pakatan Haprak diberikan mandat oleh rakyat menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang. 

Sememangnya janji ini merupakan satu janji yang dilihat amat baik bagi kebanyakkan rakyat Pulau Pinang kerana ianya merupakan satu keperluan dan permintaan yang amat tinggi apatah lagi selama ini semuanya dikenakan pembayaran.

Tetapi sehingga ke hari ini sedarkah wahai rakyat Pulau Pinang khususnya dikawasan-kawasan yang dimenangi oleh Barisan Nasional kemudahan yang dijanjikan ini tidak kunjung-kunjung tiba.Walaupun terdapat dibeberapa tempat kemudahan ini telah disediakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan DAP ianya tetap merupakan satu penipuan dan pembaziran kerana ia tidak dapat digunakan sepenuhnya dan dipasang di kawasan yang tidak strategik.Ini pernah dikemukakan  oleh Ketua Pemuda parti Gerakan Oh Tong Keong.

Beliau berkata pemantauan oleh sayap parti itu di beberapa lokasi mendapati kemudahan yang disediakan itu langsung tidak boleh digunakan.

"Ketua Menteri (Lim Guan Eng) mengumumkan talian itu dapat digunakan biarpun dalam lingkungan 100 meter, tetapi (kini) dalam lingkungan 20 meter pun ia tidak dapat digunakan, kebanyakan tempat tumpuan orang ramai dan perumahan yang dikatakan mempunyai kemudahan Wifi juga tidak dapat digunakan, ini merugikan semua".


Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang , Dato Zainal Abidin Osman turut pernah mempersoalkan tindakan kerajaan negeri DAP yang tidak memberi kemudahan perkhidmatan WIFI Percuma di tiga kawasan Parlimen yang bukan milik Pakatan Rakyat ( Kepala Batas , Tasek Gelugor & Nibong Tebal ) .

Beliau menganggap kenyataan dikeluarkan oleh Jeff Ooi iaitu orang kanan Guan Eng merupakan hukuman kepada rakyat kawasan berkenaan yang mengundi BN .

LGE telah membidas Bernama dan New Straits Times kerana kononnya tidak menyiarkan penjelasan tentang inisiatif WiFi percuma. Beliau juga berkata bahawa Wifi itu adalah untuk semua, termasuk kawasan parlimen BN.


Padahal, sudah terbukti bahawa Jeff Ooi dari DAP telah berkata  "Jika penduduk di kawasan tersebut mahukan WiFi, mereka hendaklah mengundi Pakatan,"

Memetik daripada blog matkilaupenang.blogspot.com pada 8 Oktober 2011 yang lalu tertulis dengan jelas Lim Guan Eng lepas janji PRU 12 kata nak bagi semua rakyat Pulau Pinang FREE WIFI tetapi semua tue macam musibat ada bukan tak ada tetapi hanya melepaskan batuk ditangga buat saja lebih kurang.Lihat apa yang telah disenaraikan bukan semua tempat boleh guna,inilah ketua menteri yang tak boleh pakai dalam sejarah Pulau Pinang.


Tadi kisah yang lama nie ada pulak cerita baru pasal FREE WIFi jugak,depa DAP celaka nak bagi FREE WIFI Dekat Pasar la pulak,Yang pertama telah dibuat di Pasar Awam Bayan Baru,Bestla orang bayan baru pasal pi market lepas nie boleh dapat wifi free.Apa punya bangang DAP nie PASAR bagi wifi.awat makcik dan serta mami-mami Penang pi Pasar bawak Blackberry kot Tengok apa boleh beli hari nie dan tengok apa yang murah kat Pasar tue guna internet melalui Blackberry.Klik Sini

Itulah perangai dan sikap puak-puak Pakatan Haprak ni berjanji pandai tapi untuk melaksanakannya macam haram.Mungkin dah menjadi tabiat mereka agaknya suka membuat janji dan berakap berbelit-belit.

Sedar atau tidak Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah Rejim DAP telah berjanji kemudahan FREE WIFI ini akan disiapkan dalam masa 2 tahun.Cuba ampa kira tengok dah berapa tahun rejim DAP ni perintah Pulau Pinang ? Lebih dari apa yang dijanjikan dan sehingga ke hari ini kepada anak-anak muda khususnya di Kepala Batas dan Tasek Gelugor ada ampa dapat kemudahan FREE WIFI yang disediakan oleh kerajaan negeri DAPigs ni ? Habuk pun tarak.Lagi rakyat Pulau Pinang kena pembohong dengan Lim Guan Eng berlidah biawak ni.

Ternyata Lim Guan Eng menipu rakyat.Sebagai seorang pemimpin yang mengetuai negeri Pulau Pinang beliau seharusnya memastikan FREE WIFI mestilah dipersiap dengan segera.Itu janji mereka!

Nak harap dekat Malik Itik dengan Salleh Man untuk bercakap soal ini dan sampaikan kepada kepimpinan diperingkat negeri (LGE) umpama bercakap dengan patung ja lah.

Memang puak-puak ni penipu besar.

Amacam ?

Lim Guan Eng ni bagus ka? 

MMI.

Friday, 24 February 2012

Guan Eng Meroyan Pulau Pinang Berjaya Di Bawah DAP ??


Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak layak untuk mengakui kejayaan negeri ini mencapai pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan pada tahun lalu disebabkan pentadbiran pembangkang.

Ini kerana kejayaan tersebut sebenarnya mampu dicapai hasil usaha keras kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu yang berjaya meyakinkan pelabur.

Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO negeri, Aziaan Ariffin berkata, kerajaan BN telah menyediakan pelbagai kemudahan asas untuk menarik minat pelabur ke Pulau Pinang.

Antaranya, jelas beliau, lapangan terbang, pelabuhan, zon perdagangan bebas, jambatan dan rangkaian lebuh raya yang baik.

“Dia (Guan Eng) tidak sepatutnya sombong. Kejayaan Pulau Pinang hari ini bukan 100 peratus usaha dia.

“Kerajaan DAP Pulau Pinang pun tidak buat penambahbaikan, tidak mengubah dasar tapi hanya meneruskan polisi serta usaha BN dulu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng dalam ucapan sempena majlis makan malam anjuran DAP di Petaling Jaya semalam mendakwa kejayaan Pulau Pinang dan Selangor sebagai destinasi pelaburan sektor pembuatan terunggul pada tahun lalu membuktikan pembangkang mampu mentadbir dengan bersih dan cekap.

Pulau Pinang mencatat jumlah pelaburan sebanyak RM9.1 bilion manakala Selangor RM8.7 bilion.

Aziaan memberitahu, segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan BN sebenarnya untuk semua rakyat di negeri ini tanpa mengira fahaman politik.

“Kalau nak tunggu dia (Guan Eng) buat, berpuluh tahun lagi pun belum tentu siap,” ujarnya.

Mereka-mereka yang tidak mengikuti arus perjalanan politik Pulau Pinang sahaja yang boleh menerima kata-kata Guan Eng.Jika dilihat keseluruhannya kerajaan DAP Pulau Pinang langsung tidak bekerja untuk kebaikan rakyat melainkan menjual segala apa yang ada untuk kepentingan DAP dan juak-juaknya.

Kerana sifat mereka yang bermuka-muka serta RASIS itulah maka kelemahan demi kelemahan ditunjukkan dan rakyat Pulau Pinang sudah muak dengan sandiwara ini.

Pilihan raya ke 13 bakal menjadi saksi berkuburnya Pakatan Haprak di bumi Pulau Pinang.

MMI.

Thursday, 23 February 2012

Ikatan Pas & Anwar Terus DiPertikai


Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim menggesa Majlis Syura Ulama Pas menjelaskan pendiriannya berhubung tindakan parti itu yang terus menyokong dan memberi kerjasama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana katanya, tindakan parti itu menyokong Anwar yang secara terang-terangan menyokong Israel, boleh dianggap sebagai bersubahat.

"Saya menggesa Majlis Syura Ulama Pas supaya menyatakan pendirian dalam hal ini kerana Anwar tidak melakukan dua perkara yang telah diputuskan oleh majlis tersebut untuk membuktikan bahawa beliau tidak menyokong Israel.

"Selain itu, saya juga mahu tahu pendirian majlis tersebut sama ada parti itu dianggap sebagai bersubahat kerana menyokong kenyataan Anwar seperti yang dikeluarkan dalam The Wall Street Journal (WSJ)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anwar yang tidak akan menyaman WSJ berhubung kenyataannya mengenai sokongan terhadap keselamatan Israel sebagaimana disiarkan pada 26 Januari lalu meskipun Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini menggesa Ketua Pembangkang itu berbuat demikian jika kenyataannya diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Sambil mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya dalam pertemuan selama satu jam semalam, Anwar berkata, WSJ tidak melakukan kesalahan kerana ia turut menyiarkan kenyataannya mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh rejim zionis dalam memenuhi aspirasi rakyat Palestin.

Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini sebulat suara memberi kata dua kepada Anwar supaya menarik balik kenyataan menyokong keselamatan Israel dan menyaman WSJ bagi membuktikan bahawa beliau tidak menyokong negara berkenaan.


Dalam pada itu, Razali turut mempertikaikan tindakan Anwar yang hanya memberi penjelasan kepada Nik Aziz sahaja.

Sedangkan, katanya, Anwar sepatutnya memberi penjelasan tersebut kepada Majlis Syura Ulama dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana ia membabitkan kepentingan ummah.

Sementara itu, berhubung dakwaan bahawa syarikat Malaysia mempunyai hubungan perdagangan dengan Israel, Razali menyifatkannya sebagai strategi pembangkang untuk mengelirukan rakyat.

"Malaysia tidak ada hubungan diplomatik dan mengiktiraf negara tersebut apatah lagi mempertahankan keselamatan negara itu.

Ini merupakan perkara yang berbeza serta sengaja dibangkitkan untuk mengalih pandangan, mengelirukan dan bertujuan mendapatkan sokongan rakyat. Kita tidak perlu menyokong pihak yang melakukan kesalahan kerana kita mempunyai pilihan, menolak atau bersubahat," jelasnya.

Semua masyarakat dalam negara dah kenal dan tahu perangai puak-puak ni,jelas lagi nyata dan paling menerima kesan adalah Pas yang dilihat sanggup menjadi pak sanggup dan anjing DAP semata-mata untuk mengejar kuasa dan menuju Putrajaya.

MMI cuma menanti masa dan ketika dan disaat itu barulah puak-puak Pas akan menangis PASTI.

MMI.

Braces Jadi Trend Anak Muda Masa Kini


DI awal kemunculan pendakap gigi (braces), individu yang memakainya cenderung berasa rendah diri dan dilemparkan dengan pelbagai gelaran seperti 'bergigi besi', 'gigi buruk' dan sebagainya.

Namun keadaan sudah berubah apabila pemakaian pendakap gigi kini menjadi trend anak muda kerana pilihan getahnya yang berwarna-warni.

Seiring dengan perkembangan teknologi dalam bidang ortodontik juga, pendakap kini tidak lagi tertumpu kepada jenis besi (metal braces) sahaja. Sebaliknya terdapat yang diperbuat daripada seramik yang hampir tidak kelihatan jika dipakai kerana warna yang hampir sama dengan gigi.


Lebih hebat lagi dengan penciptaan invisalign braces yang langsung tidak kelihatan ketika memakainya kerana diperbuat daripada bahan lutsinar.

Kerana inovasi terkini jugalah, persepsi terhadap pemakaian pendakap gigi berubah 360 darjah kerana ada yang beranggapan ia bukan sahaja atas faktor kesihatan iaitu membetulkan semula kedudukan gigi yang tidak tersusun, bahkan dapat menambah kemanisan senyuman.Klik Sini untuk berita penuh.



Apa pun semua tu bergantung kepada setiap individulah cumanya janganlah pula lepas ni braces ni jadi trend ikutan sampaikan yang tak ada gigi pun nak buat juga hehe..

Kepada anda semua amacam nak follow ke ? MMI rasa setakat gigi yang 2 3 batang bertabur ni tak apa lah daripada nak menanggung besi-besi dalam mulut sampai berbulan-bulan lamanya.

Kepada yang di luar sana buatlah penilaian dengan teliti sebelum membuat keputusan.

Bukan apa takut makan diri macam si Anwar tu kononnya nak dapatkan sokongan alih-alih dapat habuan.

MMI.

CAT Di Mana Ketelusannya ??


Pakatan diantara DAP,Keadilan dan Pas sememangnya diketahui umum satu Pakatan yang sangat rapuh dari segi pendirian dan perjuangan.Ianya dilakukan semata-mata kerana terlalu mengikut hawa nafsu hanya untuk melihat Barisan Nasional ditumbangkan.

Fokus kali ini kepada Pulau Pinang yang ditadbir oleh seorang anak muda kelahiran Melaka bernama Lim Guan Eng yang sememangnya terkenal dengan lidah bercabangnya.Hari ini beliau dan juak-juaknya telah berjaya membuktikan bahawa orang Melayu dan India sebenarnya senang untuk dibeli dan akhirnya menjadi hamba kepada rejim DAP yang dipimpin oleh Lim Guan Eng semenjak 2008 yang lalu.

Mereka sememangnya licik dan hebat dalam menjalankan provokasi serta propaganda terhadap UMNO dan Barisan Nasional dalam setiap kempen dan ceramah-ceramah mereka.Jika diikuti rentetan kejadian propaganda yang dimainkan oleh juak-juak Pakatan Haprak ianya cukup membuatkan setiap yang melihat dan mendengarnya termakan dengan dakyah yang disampaikan.

Antara propaganda daripada Pakatan Haprak yang dimainkan seawal 2008 yang lalu yang menyebabkan kerajaan Barisan Nasional mengalami kekalahan dibeberapa buah negeri adalah seperti dibawah.


Kesannya cukup hebat bilamana beberapa buah negeri jatuh ketangan Pakatan Haprak termasuklah Pulau Pinang yang kini ditadbir oleh rejim DAP.

Namun kali ini kita akan membincangkan berkenaan dasar pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang kononnya mengamalkan dasar CAT iaitu Cekap Akuantibiliti dan Telus.Sejauh mana sistem ini diamalkan dan  sejauh mana keberkesanan dan ketelusan Lim Guan Eng yang selalu menghebahkan bahawa sistem ini adalah yang terbaik kepada rakyat.Ayuh kita lihat satu persatu.

Di mana telusnya slogan 'CAT'...

TEMPOH hari, reka bentuk binaan tempat letak kereta di kaki Bukit Bendera didapati tidak sesuai. Petak-petak untuk letak kereta itu disedari hanya sesuai untuk kereta bersaiz Kancil. Itu belum termasuk siling binaan yang rendah.

Akhirnya binaan itu diputuskan untuk diruntuhkan dan dibina baru Ogos ini. Padahal kerja pembinaan menelan kos RM5 juta itu datangnya daripada peruntukan kerajaan Pusat kepada PDC. Tidakkah itu suatu pembaziran?

Itulah antara yang didakwa siri kelemahan slogan Cekap Akauntabiliti Telus (CAT) yang diperkenalkan Ketua Menteri kerajaan DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng sejak mengambil alih negeri itu pada 2008.

Demikianlah juga yang berlaku apabila pemaju dibenarkan untuk melaksanakan pembinaan 1,500 unit rumah dalam projek SPICE di atas tapak Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (PISA). Dipersoalkan oleh Barisan Nasional (BN) negeri benarkah ia dilakukan melalui sistem tender terbuka.

Projek membabitkan kos RM300 juta hasil perjanjian konsesi SPICE itu ditandatangani oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP) dengan pemaju, Eco Meridian Sdn. Bhd., anak syarikat SP setia Berhad tahun lalu.

Namun pembinaan SPICE dikatakan hanya akan memberi kelebihan kepada pemaju menerusi pelbagai keistimewaan serta menyebabkan hasil yang sepatutnya dinikmati rakyat negeri itu hilang begitu sahaja.

"Dalam lawatan Perdana Menteri China tahun lepas, ketua menteri Guan Eng ambil kesempatan tandatangan MoU dengan satu syarikat China untuk membina terowong dari Teluk Air Tawar, Seberang Perai ke Gurney Drive di bahagian pulau yang akan melalui bawah pelabuhan Pulau Pinang, kita BN negeri juga persoalkan bagaimana syarikat itu dipilih, tidak ada langsung tender, tiba-tiba tandatangan MoU di depan kedua-dua Perdana Menteri (China dan Malaysia).

'Bila wakil BN tanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), dia jawab ini (MoU) tidak terpakai sebab kita (kerajaan negeri) nak panggil tender semula, sepatutnya bila sign MoU, dia kena hormatlah.

"Inilah antara dasar ketelusan yang kita (BN) persoalkan, di mana nilai slogan CAT itu," kata Setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya kepada akhbar ini ketika ditemui di Pulau Pinang Isnin lalu.

Hilmi menarik perhatian lagi apabila dalam sidang DUN, DAP membentangkan suatu perancangan besar untuk menyelesaikan masalah lalu lintas di George Town dengan membina jalan sambungan dari Farlim ke Jalan Lim Chong Eu. Cadangan ini bagaimanapun didakwa dibuat tanpa kajian.

"Kita pun tak tahu bagaimana caranya kerajaan negeri DAP akan bayar kos yang tentu sekali tinggi. Malah, saya sendiri persoalkan logik kes, kalau nak selesaikan masalah lalu lintas, kenapa bawa trafik dengan perancangan terowong bawah pelabuhan dan jalan sambungan ini.

"Ini semua akan membawa aliran kenderaan ke pusat bandar. Disebabkan tidak ada pengalaman, kerajaan negeri umum dahulu, baru fikir kemudian," katanya.

Beliau seterusnya merujuk Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010 mengenai Pulau Pinang. Antaranya, peruntukan pembangunannya berjumlah RM379.77 juta kepada sembilan jabatan, yang mana perbelanjaan hanya RM225.95 juta atau 59.5%.

Sejumlah lima jabatan, prestasi lebih 90%, dua jabatan prestasi 80% - 89%, satu jabatan prestasi 70% - 79%. Yang paling rendah ialah Pejabat Ketua Menteri iaitu hanya 54.7%. Ini kerana terdapat 23 projek yang tidak dapat disiap atau ditangguhkan.

"Apa projek-projek itu? Ia melibatkan enam projek pembesaran masjid dan sekolah agama, tiga projek perkuburan Islam, enam projek rumah kos rendah, tiga projek penyiasatan untuk pembangunan ekonomi Pulau Pinang, dua projek > membina Mahkamah Syariah serta masing-masing satu projek pembangunan sukan, pembangunan ICT dan projek bekalan air," katanya.

Kata Hilmi: "Namun ini langsung tidak ditegur oleh Exco-Exco dari Pas dan PKR, barangkali mungkin ada tegur tapi ketua menteri tak dengar, nampak seolah-olah ketua menteri autokratik, buat kerja sorang-sorang, partner daripada Pas dan PKR langsung tak ada peranan, inilah lompang pada pengamatan kita."

Begitu juga projek di tapak tebus guna tanah di utara Queensbay.

"Apa sudah jadi? Dulu masa BN dah diluluskan satu projek perumahan bercampur, rumah kos sederhana rendah, kos sederhana dan kos tinggi, lengkap dengan sekolah dan masjid.

"(Tetapi) sekarang di bawah Guan Eng, Pas dan PKR, rumah kos sederhana rendah, rumah kos sederhana dah hilang, yang ada rumah kos tinggi sahaja... sekolah dan masjid pun hilang juga.

"Macam ni pun rakan kongsi - Pas dan PKR tak berani tegur Guan Eng. Elok tak payah jadi kerajaan. Makin lama, makin terhakis hak kita," kata Hilmi.

Ketika baru tiga bulan mengambil kerajaan negeri, Guan Eng mengumumkan pula pencapaian Pulau Pinang sebagai negeri pertama berstatus miskin tegar sifar di negara ini. Namun mesyuarat PAC hujung tahun lepas merumuskan ramai pemilik rumah Perumahan Rakyat (PPR) tidak mampu membayar sewa. Disahkan bahawa keadaan ini disebabkan masalah miskin tegar yang masih ada di negeri itu.

Antaranya, dilaporkan keluh-kesah 20 keluarga miskin tegar di PPR Taman Bagan Jaya, Butterworth supaya mereka tidak dihalau keluar berikutan kegagalan membayar tunggakan sewa (bulanan RM124). Suatu ketika, dikejutkan pula dengan kisah seorang warga emas yang juga ibu tunggal di situ yang hanya bergantung kepada bantuan Pusat Urus Zakat (PUZ) sebanyak RM250 sebulan untuk membayar sewa rumah.

"Ini jelas menunjukkan apa yang berlaku tidak sama dengan apa yang kerajaan negeri cakapkan, benda yang tidak betul dikatakan betul," kata beliau.

Seperkara lagi yang menurut Hilmi bagaimana kerajaan DAP Pulau Pinang cuba mengelirukan rakyat negeri itu ialah apabila mendakwa dalam sidang DUN kononnya kerajaan Pusat hanya memperuntukkan RM700 juta kepada Pulau Pinang dari 2001 hingga 2008 padahal dakwa mereka pendapatan dari cukai kastam dan cukai pendapatan di negeri itu sahaja mencecah RM4 bilion setahun. Kalau dalam lapan tahun berapa, dakwa mereka.

"Ini satu lagi isu yang cuba dikelirukan kerajaan negeri. Hakikat sebenarnya ialah apa yang penduduk Pulau Pinang dapat adalah lebih daripada kutipan cukai. Cuba kita renung-renungkan betapa banyak projek pembangunan bernilai tinggi berbilion-bilion ringgit dibelanjakan setiap tahun untuk Pulau Pinang," kata beliau.

Pelabuhan, lapangan terbang dan kemudahan infrastruktur terbaik, semuanya ada di Pulau Pinang. Itu belum lagi dikira jambatan pertama sedia ada sepanjang 13 kilometer dan bakal menyusul dibina, jambatan kedua 24 kilometer yang antara terpanjang di dunia.


Bandingkan klip diatas dengan klip ini dan anda bezakan

CAT wajar setara dengan keikhlasan pembawa slogannya.

Sumber Utusan Malaysia.

MMI.


Bai'ah Berulang Lagi - Pemimpin Pas Lebih Hebat Dari Tuhan


Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”. 

MMI nak mengajak semua untuk refresh semula perkara berkenaan bai'ah ni.Mungkin ada yang dah lupa jom kita ingat balik.


Apa cer bro ? Dulu sampai ke tahap isteri di ceraikan sekarang ni celaka dunia dan akhirat,Persoalannya siapa Hadi Awang yang nak celakakan sesama manusia ni ? Dan paling menyimpang sekali adalah celaka dunia dan akhirat.Bukankah semua tu seolah-olah menyamakan dirinya dengan kuasa Allah SWT ?

Dalam kes dulu sehingga tertalak tiga si isteri sekiranya mengkianati parti maka bagaimana pula nasib Hasan Ali sekarang agaknya ? Bukankah beliau dipecat kerana mengkianati parti ? Apakah alasannya untuk tidak jatuhnya talak tiga kepada isteri si Hasan Ali ini ?

MMI bawakan kenyataan daripada beberapa tokoh agama yang pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan bai'ah Pas sehingga tertalak tiga para isteri ini untuk sama-sama kita renungkan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata tindakan itu jelas mempersendakan kemuliaan isteri apabila menjadikan pasangan sebagai barang gadaian dan jaminan politik.

"Isteri bukannya barang gadaian dan jaminan, sewaktu hendak kahwin kita ambil dengan cara baik dan kita memperisterikannya dengan perjanjian yang besar di hadapan Tuhan," katanya ketika mengulas mengenai pendedahan beberapa pemimpin Pas melakukan baiah talak tiga yang akan jatuh ke atas isteri wakil rakyatnya yang mengkhianati parti itu termasuk melompat parti. 

Bagi Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, menyifatkan baiah sehingga talak tiga akan jatuh ke atas isteri pemimpin Pas yang melompat parti adalah tidak bertamadun dan boleh menjatuhkan imej Islam.

"Talak juga dibenci oleh Allah, baiah seperti ini adalah budaya orang yang tidak bertamadun. Perempuan mahal harganya dan bukan boleh dijual beli dan bab agama jangan dipolitikkan sehingga isteri menjadi mangsa.

"Sanggupkah dengan politik kita biarkan rumah tangga yang dibina hancur. Bagaimana jika pemimpin itu melompat parti pada usia 65 tahun, sudah punyai ramai cucu, anak dan menantu. Apa yang berlaku jika mereka bercerai, cuba bayangkan," katanya. 

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata, amat malang bagi gerakan yang mengambil Islam teras perjuangan menjadikan baiah itu sebagai dasarnya.

"Dasar ini mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian," kata beliau dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com. 

"Malah ada di antara mereka menceritakan bagaimana mereka sendiri menggigil apabila mengangkat baiah berkenaan.


"Yang paling sedih, ada di antara isteri yang dikehendaki hadir dalam majlis baiah ini menangis dan menggeletar mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud," katanya. 

Itulah yang berlaku dan masih berlaku dalam sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.Jelas mereka hanya menggunakan Islam untuk kepentingan survival politik semata-mata.Selebihnya hampa pikiaq sendirilah.


Hadi Awang turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya Pas sudah menyeleweng dari dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan. "Jawapannya, Pas tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya.

Apa kejadahnya Hadi Awang cakap ni ? Rasanya mungkin dah sampai tahap sakit otak dia ni dek kerana melayan kerenah Nik Aziz yang semakin meroyan dan nyanyok tu.

Negara Kebajikan yang BN laksanakan selama ini dikatakan rasuah,memang hebat Hadi Awang ni tapi pernah ka dia fikir yang selama ni membantu warga tua melalui JKM tu apa dia ? Banyak lagi lah malas cakap dengan puak-puak songsang ni.

Yang ni nak kira macam mana pula 
Yang terbaru antaranya bantuan persekolahan dan BR1M,kerajaan berikan kepada mereka yang layak tanpa mengira fahaman politik contoh seperti gambar diatas apa adakah ianya masih dikira rasuah ? Bagaimana pula pemberian RM100 kepada warga emas di Pulau Pinang apakah ianya dianggap sebagai bantuan ? 

Mamun agaknya Hadi Awang sekarang ni,maklumlah takut diri sendiri pula dipecat oleh Pas.

Apa pun MMI cuma mahu semua untuk membuat penilaian yang sebaik-baiknya adakah Pas masih boleh dianggap sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam ? Apakah mereka masih berada dilandasan yang benar ? fikirlah kerana soal akidah dan bangsa terletak ditangan kita.

MMI.
 

Wednesday, 22 February 2012

AMK Pulau Pinang Malu Besar - Taraf Budak Tadika


Hari ini kecoh satu Pulau Pinang mengatakan AMK Pulau Pinang akan ke Menara UMNO di Jalan Macalister untuk serah surat meminta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang , Datuk Zainal Abidin Osman supaya meletakkan jawatan kerana isu skandal tanah Bayan Mutiara.

MMI yang tak berkesempatan untuk bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain hanya mengikuti perkembangan melalui jaringan blog dan makluman daripada telefon juga tidak senang duduk dengan apa yang berlaku di Menara UMNO.

Namun apa yang menarik berlaku di Menara UMNO adalah Panglima Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang Ir Shaikh Husin Mydin sebenarnya telah sedia menanti kedatangan juak-juak rejim DAP ni.

Paling mengejutkan adalah tindakan dan surat yang diserahkan oleh Amir Ghazali selaku Ketua AMK kepada   Ir Shaikh Husin Mydin amatlah memalukan sekali hatta jika dilihat surat tersebut ianya jelas menunjukkan taraf dan maruah AMK sendiri yang amat tidak profesional.

Haha MMI yang melihat surat ini pun ketawa kecil apatah lagi mereka yang menerimanya.Daripada sumber yang MMI perolehi kisahnya bermula dengan surat di sediakan oleh DAP Nibong Tebal.Pada mulanya Puak DAP ni nak serahkan kepada Datuk Zainal sebagai memorandum desakan kiranya DAP nibong tebal nak jadi hero lah , kemudian puak ni call Amir malam semalam untuk serahkan namun Amir kata tak boleh hadir. Tiba-tiba bila sampai di Menara UMNO,puak-puak ni nampak Geng Pemuda UMNO.Amir pun kebetulan hadir pagi ni dan dia call Khairil Anuar Jelutong.Respon dari Khairil Anuar katanya lewat sikit sebab ada hal di Masjid Jamek Jelutong.Sebab tu pagi tadi waktu pemuda UMNO semua dok tunggu depa,bila nampak kelibat Khairil Anuar mai,baru depa yang lain semua mai sekali.Akhirnya dengar kata Khairil Anuar marah teruk kat Amir pasal isu surat nie kah kah kah.

Tu lah buat kerja harapkan orang lain akhirnya yang selamat puak-puak DAP yang malu besar puak-puak AMK.Itulah akibatnya apabila menjadi anjing kepada DAP.

Apa pun MMI nak ucapkan SYABAS kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang yang cukup berani dan steady dalam menangani isu ini.Tahniah juga kerana beliau turut menyediakan surat rasmi daripada Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang untuk menuntut Lim Guan Eng supaya meletakkan jawatan.Dan paling menarik adalah beliau menjadikan AMK yang hadir ke Menara UMNO pagi tadi sebagai budak destpach yang perlu pula menyerahkan surat kepada Lim Guan Eng.

MMI sesekali tak menyesal menjadi ahli pemuda UMNO apatah lagi dengan ketua yang sebegini.Teruskan bro.Klik Sini untuk melihat gambar penyerahan surat dari kedua-dua belah pihak dan surat yang diserahkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang kepada Lim Guan Eng.

Apa pun kita teruskan perjuangan dan jadikan apa yang berlaku pagi tadi sebagai salah satu rancangan lawak di pagi hari oleh AMK.

Psssttt Ingat nak jumpa Amir Ghazali nak minta tolong dia buat surat pasal nak ucap tahniah kepada Ir Shaikh Husin Mydin,Ada dia nak mau aaa?

MMI.

Labels